http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Wednesday, September 7, 2011

Bab 12



Tepat pukul 6 pagi jam loceng di kiri dan kanan katilku akan berbunyi. Aku akan ada dua pilihan samada nak matikan jam loceng dan terus bangun atau matikan jam loceng dan sambung tidur sehingga Ros menggerakku bangun untuk kali kedua.

Mengikut jadual seterusnya, masa aku akan dihabiskan dengan menghadap muka tuan muda yang tegas dan garang itu sehingga waktu makan tengahari, disambung semula selepas makan tengahari sehingga petang. Disambung lagi dengan selepas makan petang. Masa untuk diri aku sendiri hanya pada waktu malam, itupun mengikut jadual aku harus tidur tepat pukul 10 malam!. Heh, kadang-kadang aku rasa macam aku bukan berada di villa atuk tapi aku berada di penjara putih yang jadual hidupku dikawal ketat. 

Bosan!.  

Sekali sekala aku perlukan kehidupan yang lari daripada jadual harian itu, oleh itu tanpa pengetahuan Ros aku keluar ke laman di kawasan villa sewaktu Ros ke dapur untuk dapatkan minuman untuk aku. Buat masa ni yang aku fikirkan aku cuma ingin bersendiri. Mungkin aku perlukan masa untuk betul-betul mengadaptasikan diri dengan kehidupan baruku di sini. Mungkin aku perlukan sedikit ruang untuk aku beritahu kepada diri aku yang sekarang aku bukan lagi gadis biasa yang matlamat setiap hari adalah untuk pergi kerja dan kumpul duit beli laptop jadi suatu hari nanti aku akan jadi penulis. Tidak!.

Mulai sekarang aku perlu beritahu diri aku yang aku harus bekerja keras dan belajar dengan gigih untuk menjadi pewaris rangkaian hotel milik atuk. Mesti!. Dan aku harus beritahu diri aku yang jadual hidupku kini tidak lagi misteri tapi telah ditentukan.

Aku duduk di sebuah kerusi yang berlatar belakangkan rimbunan pokok renek yang cantik dibentuk. Buku nota yang dah lama aku tinggalkan sejak hari pertama aku menjejakkan kaki ke sini aku buka. Kesibukan bersama Iman Harraz membuatkan aku langsung terlupa untuk mencoretkan sesuatu di dalam buku ini. Mata bulat pen hitamku mula menari di atas kertas putih berjalur itu.

Perkara yang irina Imani  MESTI lakukan!.

1. Dengar cakap Harraz dan belajar rajin-rajin. Oh, sentiasa bawa kamus kemana-mana saja.

2. Ikut jadual yang dah mamat sengal tu tetapkan kalau taknak kena hukum lagi. :c

3. Jangan terlewat bangun!!.

4. jangan bercakap dengan mamat sengal tu kalau tak ada hal penting. *tips untuk mengelakkan hati aku rasa sakit macam disia-siat dengan pisau tumpul*. :p

5. Dapatkan pertolongan Ros kalau mamat sengal tu cuba nak lakukan benda-benda yang tak masuk akal dia tu. 

6. ......

Aku memusing-musing batang pen sambil memikirkan apa lagi perkara yang wajib aku lakukan dalam villa ini. Tiba-tiba batang pen itu berpusing lalu terjatuh dari pegangan jari aku, terus melantun ke tanah. Aku menunduk dengan satu keluhan yang keluar dari mulutku sambil mencapai pen tersebut.

"Apa Cik muda buat kat sini?" 

Aku tersentak. Terkejut. Aku terus berdiri dan berpaling ke belakang. Seorang lelaki separuh usia sedang tersengih memandangku.

"Er..er.." AKu garu kepala. Tak ada alasan untuk aku beri pada pak cik ini. "Maaf, kita..kita... balik dulu." Kerana rasa serba-salah dan kaget terus aku meminta diri untuk pulang dan berjalan beberapa langkah menjauh daripada pak cik itu.

"Eh, cik muda kenapa tiba-tiba nak balik? Duduklah sini. Biar saya yang pergi." Pak cik itu menghalang laluan aku dan menyuakan tangannya ke arah kerusi yang aku duduk tadi. Senyuman masih belum lekang dari bibirnya. Aku pula yang jadi serba salah samada nak duduk balik atau terus pergi je?.

"Maaf saya bukan nak ganggu cik muda tadi tapi sebab saya dah jarang nampak cik muda lepas malam jamuan tu, sebab tu saya tegur cik muda, tapi tak tau pula yang cik muda tak selesa. Duduklah, saya nak pergi sambung kerja." Kata pak cik ini lagi.

Malam jamuan? Aku tenung muka pak cik ini lagi. Rasa macam pernah tengok...

"Pak cik ni...." 

"Saya Sibir, tukang kebun kat sini. Cik muda tak ingat ke malam tu kita pernah jumpa?" Soalnya sambil mengangkat sebelah kening dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

"Ohh... Ingat..ingat.. " Aku tergelak menutup rasa malu. Dalam satu malam macammanalah aku nak ingat semua orang. 

Pak cik Sibir mengajak aku duduk dengan isyarat tangannya. Aku mengikut saja tapi aku sorang saja yang duduk sementara pak cik Sibir lebih selesa berdiri. Untuk beberapa minit pertama kami senyap tanpa bicara. Pak Cik Sibir membuatkan aku tertunduk malu dan rasa serba tak kena kerana dari tadi dia asyik merenungku macamlah aku ni snow white yang cantik lagi jelita. Eh, eh, kenapa snow white jadi perumpamaan pula ni??.

  "Makin saya pandang muka cik muda, makin saya nampak bayangan Puan Insyirah. Haihh.. memang la, mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan?. Hahahaha..." Kata Pak Cik Sibir lalu ketawa. Aku tersipu-sipu, malu. Pak Cik Sibir orang kedua yang cakap macam tu selepas atuk.

"Oh ya, apa yang cik muda tulis tadi? Saya nampak macam kusyuk je.. " Soal pak cik Sibir lagi sambil matanya mengerling melihat buku nota yang aku letak di atas kerusi di sisiku. Aku tarik buku notaku itu rapat ke peha. Sebagai langkah berjaga-jaga agar pak cik Sibir tidak akan mengambilnya.

"Ahhh.. tak ada apa, saja conteng-conteng. Err.. pak cik boleh tak kalau tak payah panggil kita cik muda? Panggil Irina je, Irin pun boleh. Kita tak selesalah dengan panggilan tu.." Pintaku. Kalau dengan Ros mungkin tak kekok sangat sebab beza umur aku dengan Ros cuma beberapa tahun, tapi pak cik Sibir ni dah macam pangkat ayah untuk aku.

Pak Cik Sibir ketawa. "Memang. Memang sebiji macam mak kamu, suka merendah diri... dia suka marah bila pak cik panggil dia puan." Senyuman pak cik Sibir mula hilang sikit demi sikit. "Tapi sayang.. cepat sangat dia pergi." Terlukis reaksi kesedihan di muka pak cik SIbir. Hilang terus panggilan 'cik muda' dan ganti nama 'saya' di mulut pak cik Sibir. Hemmm.. kenapa aku rasa macam dia nak uji aku je tadi??

"Pak cik kenal ibu kita?" Soalku. Kalau tak silap kata Ros, villa ini dibina sebelum ibu dan ayah kemalangan, jadi bagaimana pak cik Sibir macam dah kenal ibu lebih lama?.

"Pak cik kenal Ibu kamu sejak ibu kamu masih muda lagi, dari kamu baru lahir pun pak cik dah kenal kamu. Sebenarnya pak cik dah lama kerja dengan tuan pengerusi, sejak di banglo lama yang tuan pengerusi tinggal dulu, sampai dia dah pindah ke sini, pak cik tetap berkhidmat untuk dia.."

"Wow.. lamanya. Setia betul pak cik dengan atuk ya? Mesti atuk bayar gaji mahal pada pak cik kan?" Usikku.

"Hahaha.... mahal tu tak adalah, tapi... entahlah, pak cik rasa serasi dengan atuk kamu tu, lagipun dari pak cik muda sampailah ke tua pak cik buat kerja ni, dah sebati dalam diri pak cik dah. Nak tukar kerja lain pun dah rasa macam tak boleh nak tukar. Dari muda sampai ke tua cantas pokok, kekok pula rasanya bila nak pegang kuali. Betul tak?" Pak Cik SIbir memberikan perumpamaan kepadaku tentang betapa kerja yang dilakukan sekarang ini begitu sebati dan dekat di hatinya. Aku mengangguk mengiyakan. 

"Ni.. dari tadi pak cik nak tau, Irina buat apa kat sini seorang diri?" Soal pak cik Sibir dengan dahi berkerut. Tanda tanya besar terlukis diwajahnya.

Aku menunduk. "Saja... nak tenangkan diri" Jawabku, separuh berkias.

"Tenangkan diri? Kenapa? Ada seseorang yang buat Irina tak tenang ke?" Soalnya, mula mengambil tempat duduk disebelahku.

Aku senyum segaris dan menoleh sekilas kearah muka pak cik SIbir yang nampaknya begitu berminat untuk mengorek rahsia hatiku.

"Ada!... hari-hari dia buat Irin rasa tak tenang." Kataku, bersemangat. Terpancar sinar kemarahan dimataku.

"Siapa?" Soal pak cik Sibir, sedikit menunduk mengintai mukaku yang sedang merenung ke pokok-pokok renek dihadapanku ini, seolahnya aku sedang memandang muka Harraz yang sedang tersenyum sinis kearahku.

"Ahh.. tak ada sesiapa." Aku diam sejenak, sebelum kembali membuka topik perbualan. "Pak cik seronok tinggal kat sini, kerja kat sini?" 

"Seronok? Dalam hidup pak cik, seronok-seronok tu dah tak penting.. yang penting pak cik ada kerja, boleh tanggung keluarga pak cik makan, tempat tinggal, dan yang paling penting lagi pak cik serasi dengan kerja pak cik ni. Cukup." 

Aku mengangguk, setuju. Ya, bagi sesetengah orang kelengkapan hidup itu lebih penting daripada kepuasan dan keseronokan, tapi bagi aku, biar tak lengkap hidupku asalkan aku rasa gembira dan puas dengan setiap perkara yang aku lakukan.

"Irin tak seronok ke tinggal kat sini?" Pak Cik Sibir pula yang bertanya padaku soalan sama.

"Mestilah seronok.... duduk rumah besar, ada orang gaji ramai, makan pakai semua orang uruskan, soal duit tak jadi masalah, siapa yang tak seronok kan pak cik..  tapi..." Aku terdiam. Tak pasti patut atau tak aku teruskan kata-kata ini.

"Tapi apa?" Soal pak cik Sibir.

"Tak ada apalah." Aku tersenyum.

"Pak cik tau Irin ada simpan sesuatu dalam hati Irin tu, kalau Irin rasa tak tau nak luahkan pada siapa, pak cik boleh jadi geng irin. Jangan risau sebab rahsia irin selamat dalam pokek pak cik." Kata pak cik Sibir separuh berjenaka sambil menepuk poket seluarnya.

AKu ketawa. Dari hari pertama aku jumpa lelaki tua ini aku tau yang dia memang peramah. "Betul ke rahsia Irin selamat duduk dalam poket pak cik tu? Pasti yang poket tu tak bocor?" Soalku juga berjenaka.

"Eh tak la, isteri pak cik hari-hari check poket pak cik, kalau bocor dia tolong jahitkan." Dan kami ketawa bersama. "Ceritalah Irin.." Kata pak cik Sibir setelah ketawa kami reda.

"Entahlah pak cik, kadang-kadang Irin rasa terkongkong hidup dalam villa ni, hidup Irin dah tak misteri macam dulu. Setiap hari bila Irin celik je mata, dah tersenarai tugasan untuk Irin. Setiap hari pun irin buat benda yang sama, menghadap muka orang yang sama. Bosan!." Luahku.

"Jadi Irin tak sukalah tinggal kat sini?" Duga pak cik Sibir.

"Bukan tak suka..." Aku menunduk sambil bermain dengan jari. "Tapi irin tak sangka yang kehidupan Irin akan berubah sepenuhnya.." Luahku bersama satu keluhan kecil.

"Mesti Irin tak sangka yang Irin sebenarnya pewaris rangkaian hotel atuk Irin kan?" Soal pak cik SIbir. Aku mengangguk. Bukan setakat tak sangka, malah aku langsung tak tahu tentang itu.

"Haihh.. memang payah nak biasakan diri. Tambah-tambah bila perkara tu terlalu mengejut. Tapi lambat laun Irin tetap kena hadapi semua ni. Cuba perlahan-lahan.."

"kalaulah Irin boleh cuba perlahan-lahan memang Irin tak kisah tapi Irin kena paksa. Tak boleh salah sikit kena hukum, tak boleh cuai sikit kena marah, tak boleh itu, tak boleh ini. Semuanya nak kena sempurna, nak kena puntual, nak kena.. errgghh.. tension lah!."

"Irin marah kat siapa sebenarnya ni?" Soal pak cik Sibir berkerut dahi memandangku. Pelik agaknya tiba-tiba aku bertukar menjadi agresif sampai menghentak-hentakkan kaki dan menggemgam penumbuk.

"Kat siapa lagi, tuan muda singa itulah. Apa la malang nasib Irin kena jumpa dia hari-hari.." Rungutku.

"Hahaha... maksud Irin, Iman? Hemm.. dah banyak cerita pak cik dengar pasal dia. Yang paling teruk pak cik pernah dengar yang dia suruh siapa ke lari keliling villa ni dua pusingan. Kesian budak tu.."

Terbeliak mataku mendengar kata-kata pak cik Sibir. "Pak cik pun tau pasal tu?" Soalku.

"Siapa yang tak tau memang dia ketinggalan zaman dalam villa ni. Bak kata pekerja-pekerja dalam villa ni, tuan muda Iman Harraz adalah orang paling kejam di alam semesta, hahaha.. entah apa la yang diorang takutkan sangat dengan Iman tu." Pak Cik Sibir ketawa sambil tergeleng-geleng kepalanya.

"Dia memang orang yang paling kejam pun. Apalah malang..."  

"Cik muda!!" 

Kata-kataku tergantung tak sempat untuk aku habiskan bila seseorang memanggil namaku dari arah belakang tempatku duduk. Serentak itu aku dan pak cik SIbir menoleh ke belakang. 

Itu dia.. Ros dan Iman Harraz sedang memandangku. Yang seorang memandang dengan pandangan lega dan tercungap-cungap keletihan dan yang seorang lagi memandangku dengan pandangan serius dan marah. Seperti seekor helang yang sedang mencari mangsa untuk dimakan.

O'oooo......

Ros berlari anak mendekatiku. Aku berdiri menikus. Seboleh mungkin aku cuba mengelakkan mata aku dari berpandangan dengan Harraz yang sedang merenungku. Seram. Kejap-kejap aku garu kepala, kejap-kejap aku kuis rumput, kejap-kejap aku tersengih pada pak cik Sibir yang memandang pelik kearah kami bertiga. 

"Cik muda kenapa nak datang sini tak bagitau saya?..." Soal Ros yang kini sedang berdiri di sebelahku.

Aku tersengih memandangnya. Tak tahu nak bagi alasan apa. 

"Risau kami tau tak tengok tiba-tiba cik muda hilang, nasib baik tuan muda tak benarkan saya bagitau pada tuan pengerusi kalau tak lagi kecoh jadinya. Ingatkan cik muda kena culik ke apa rupanya duduk kat sini je... lain kali jangan buat macam ni lagi, kalau cik muda buat juga saya gari tangan cik muda kat tepi katil, biar...bla..bla..bla.." 

Bebelan Ros dah tak masuk ketelinga aku lagi memandangkan setiap derap langkah kaki Harraz kedengaran jelas di telingaku sedangkan berjalan di atas rumput ini tidak mengeluarkan satu bunyi pun. Selangkah, dua langkah, deru nafasnya, aura 'kepanasan' suhu badannya, asap yang keluar dari telinga dia, api yang keluar dari kepalanya.. Arrgghhh.... kenapa aura lelaki ini begitu kuat denganku?. Habislah, lepas ni mesti dia menjerit dan tengking aku sebab buat diorang risau. Boleh jadi dia pun akan membebel macam yang Ros tengah buat sekarang ni.

"Ros!" Nama Ros yang dipanggil oleh Harraz dulu, bukan nama aku. Oh mungkin sebab Ros terlalu asyik membebel sampaikan dia tak sedar kehadiran 'tuan muda singa' kat belakang dia jadi tuan muda singa ni nak sedarkan Ros supaya berhenti membebel. "Bagi chance kat aku pulak" katanya...

Ros berhenti membebel dan mengundur selangkah ke belakang. Aku angkat sikit kepala nak intai reaksi muka Harraz. Masam. Payau. Kena letak sikit gula ni nak bagi manis. Dalam tempoh yang tak sampai seminit aku memandang mukanya tu sempat juga mata kami bertentangan. Cepat-cepat aku menundukkan kembali mukaku. Hati aku dah berdebar-debar ketakutan ni, apa hukuman pula yang dia nak bagi kali ni? cakap je la cepat, tak payah la nak senyap seribu bahasa macam ni, buat aku tertanya-tanya je. 

"Ros, bawa cik muda balik, jangan bagi dia keluar bilik sehingga saya sendiri izinkan dia keluar." Terus aku angkat kepala pandang muka Harraz sebaik saja dia mengeluarkan arahan itu. Oh gosh, kena perintah berkurung pula? Aku lebih rela kena berlari keliling padang daripada dikurung dalam bilik. Tolonglah, duduk dalam villa ni pun dah buat aku rasa macam sesak nafas apatah lagi kena kurung dalam bilik?.

Aku pandang muka Ros yang serba-salah. Aku pandang muka pak cik Sibir yang terpinga-pinga tak faham hujung pangkal. Aku pandang sekali lagi muka Harraz yang tak ada perasaan. Aku pandang sekeliling. Aku cari seseorang yang boleh tolong aku agar Iman Harraz menarik balik hukuman yang dah dijatuhkan kepadaku tadi. Tapi.. muka tak ada perasaan ini juga yang aku nampak. Muka ini saja yang boleh tarik balik hukumannya itu. tapi...

"Ros, bawa cik muda balik!" Kata harraz tegas. Walaupun dia berdiri betul-betul dihadapanku tapi dia langsung tidak memandang ke mukaku sebaliknya mendongakkan kepala dan memandang ke arah lain. Ros mula menarik tanganku supaya pergi dari situ sedangkan aku ingin terus berdiri di sini dan meminta Harraz menarik balik hukuman itu.

"Cik muda, jom.." 

Aku lepaskan pegangan tangan Ros dilenganku. "Kejaplah.." Kataku kepada Ros sebelum kembali memandang muka Harraz yang lebih tinggi dariku ini. "Harraz mana boleh awak hukum kita sampai macam tu sekali sedangkan kita tak buat salah apa-apa pun.." Rungutku. Sebenarnya tahap keberanianku untuk melawan arahannya ini tidaklah setinggi mana, tapi mengenangkan yang dia mungkin boleh menghukumku dengan cara yang lain maka aku kuatkan juga semangat untuk berjuang, demi menegakkan hakku di villa ini.

"Mungkin cik muda Irina dah lupa dengan lima prinsip saya yang "cik muda" kena patuhi. Tak apalah, saya boleh tolong ingatkan prinsip saya yang kedua, 'Jangan melawan!'" Kali ini Harraz memasukkan tangannya ke dalam poket seluar dan memandangku dengan pandangan yang tajam. 

Aku tertunduk, kecut perut. Bahasa panggilan yang digunakan tadi saja dah menunjukkan yang dia sedang memerliku, tapi aku tetap merasakan yang hukuman yang diberi itu terlalu berat untuk kesalahan kecil yang aku lakukan. 

"Cik muda.. jom balik." Panggil Ros perlahan sambil cuba menarik tanganku. Aku lihat mukanya yang dah beriak kerisauan. 

"Tapi... tapi takkan sampai kena.."

"Balik bilik kau sekarang sebelum aku tarik kau ke sana." Kata Harraz memotong kata-kataku dengan nada suara yang perlahan tapi kedengaran penuh ketegasan. Aku yakin yang  tak mustahil dia akan lakukan apa yang dikatakannya itu tapi entah kenapa hati aku masih berdegil untuk mengikut saja arahannya. Tiba-tiba aku rasa yang Harraz sudah bertindak keterlaluan!.

"Cik muda.. jomlah.." Ros separuh merengek mengajakku balik ke bilik. Pak Cik Sibir sejak tadi hanya menjadi pemerhati kami. Dan aku, makin meluap-luap perasaan tak puas hati terhadap tindakan Harraz.

"Kau tak faham bahasa ke? Pergi balik ke bilik kau sekarang!!" Tiba-tiba Harraz menengkingku. Aku tersentak, terhenjut bahuku kerana terkejut. "Ros, bawak cik muda awak ni balik sebelum saya mengamuk" kata Harraz dengan muka merah padam. 

Terus tangan aku ditarik sehingga makin menjauh dari Harraz dan pak cik Sibir. "Ros, kita tak buat apa pun kenapa pula sampai kena kurung? Tak boleh keluar bilik? Ingat kita ni binatang ke yang boleh dikurung-kurung?  Mana aci macam ni!!.." Aku meluahkan ketidakpuashatianku kepada Ros dan berharap yang Ros boleh membantuku keluar dari belenggu hukuman ini.

"Saya tak boleh buat apa-apa cik muda, kena kurung dalam bilik pun dah kira ok daripada dia suruh cik buat benda-benda yang lagi tak masuk akal. Lagipun dalam hal ini cik muda bersalah juga.." kata Ros seolah meletakkan kesalahan kecil itu di bahuku. Sedangkan bagiku itu bukan satu kesalahan pun. 

"Kita buat salah apa? Takkan nak keluar dalam kawasan villa pun kena bagitau Harraz? Kena bagitau awak? Siapa yang bekerja untuk siapa sekarang ni Ros? Awak yang pesan kat kita jangan ikut sangat cakap Harraz tu, sekarang awak pula yang backup dia? Korang berdua sama je!" Selama hidupku rasanya belum pernah aku jadi semarah ini. Tanpa sedar aku bercakap agak kasar dengan Ros, bukan setakat kasar tapi aku menengking Ros tadi dan berjalan lebih pantas meninggalkan dia dibelakangku. 

"Cik.. cik muda, jangan la macam ni. Saya minta maaf." Ros mengejarku dari belakang sambil memohon maaf dariku, tapi tak langsung aku pedulikan. Entah kenapa aku sangat terasa bila Ros seolah-olah menyalahkan aku dalam hal ini, sedangkan selama ni Ros lah yang selalu menyebelahiku dan membantah keras setiap tindakan Harraz terhadapku.

"Cik muda..." Ros berjaya mencapai tanganku dan digenggam erat. "Saya minta maaf kalau saya tersalah cakap, tapi saya pun tak boleh buat apa-apa.." Katanya, gusar melihat reaksiku.

"Memang selama ni pun awak tak boleh buat apa-apa sebab tak ada sesiapa pun yang berani lawan cakap tuan muda tu kan? Sampai dia tengking kita tadi pun tak ada sesiapa yang berani marah dia dan sedarkan dia yang dia sepatutnya hormat kita, bukan kita yang sepatutnya hormat dia! Kan?" Air mata bergenang di kelopak mataku. Pedih. Selama aku hidup tak pernah aku ditengking oleh emak dan abah, atau ibu dan ayah, malah atuk sekalipun tak pernah memarahiku. Tapi Harraz...

"Cik muda.. saya.." Ros cuba membalas kata-kataku tapi dia juga kelu.

Tanpa menunggu jawapan balas dari Ros aku terus berjalan. Berjalan. Dan berjalan sehingga sampai di muka pintu bilik, aku masuk dan hempas pintu dengan kuat sebelum menguncinya semasa Ros berdiri betul-betul di muka pintu. Tahap kemarahanku sekarang berada di suhu yang tertinggi. Yang ais batu pun takkan mampu untuk menyejukkannya.  

*******************

Pintu bilikku diketuk lagi. Tidak aku endahkan. Sejak semalam aku terkurung di sini. Memang aku dijatuhkan hukuman perintah berkurung, tapi sekarang aku yang memilih untuk mengurungkan diri di bilik. Sejak semalam Ros memujukku supaya membuka pintu, tapi aku pekakkan telinga. Aku siap sendal pintu dengan kerusi dan meja-meja kecil yang mampu aku angkat supaya mereka tak dapat membuka pintu walaupun menggunakan kunci pendua. Sehari semalam tak makan nasi pun aku tak peduli. Perut aku pun dah tak ingat nak rasa lapar, semuanya gara-gara suhu kemarahanku yang masih belum turun ke paras yang normal.

"Irina.. buka pintu ni" Kali ni suara Harraz pula yang menjerit memanggilku. Heh, baru sekarang kau nak cari aku, nak pujuk aku? Pujuk yang tak macam pujuk. Silap-silap bila aku buka pintu, lagi dihukumnya aku sebab kurung diri dalam bilik. Menyampah!

"irina.. kalau kau nak terperap dalam bilik tu pun tak payahla sampai tak nak makan. Boleh tak kau buka pintu ni kejap, ambil makanan ni then kalau kau nak berkurung dalam tu sebulan pun sukahati kaulah." Kata-kata sinis Harraz itu kedengaran jelas di telingaku. Makin mendidih suhu kemarahanku. Dia tu kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah ke?.

"irina!.. irina!.. buka pintu ni sebelum aku pecahkan." Ugut Harraz lagi. Aku tekup telinga dan masuk ke dalam satu bilik kecil yang menempatkan  pakaianku. Aku akan lebih tenang kalau aku tak dengar suara-suara mereka yang hanya menyakitkan hati aku itu. Kalaulah aku ada sayap, sekarang juga aku nak terbang berjumpa emak dan abah. Kalaulah... 

Masalahnya sekarang aku tak ada sayap. Tak ada perkara lain yang aku boleh buat selain menangis dan menyesal kerana kembali ke 'dunia' asing ini. Mak, Abah.. Irin nak balik.. Irin tak nak duduk kat sini lagi. Irin tak nak kena marah dengan Harraz, Irin tak nak kena soal dengan wartawan, irin tak nak pikul tanggungjawab besar ni.. Irin tak mampu... isk..iskk...

Tiba-tiba aku teringatkan buku notaku. Entah dimana la aku simpan ia semalam? Aku keluar dari almari pakaian, aku geledah atas katil, atas kusyen, atas meja, atas lantai, dalam bilik air, kat semua tempat yang aku fikir aku mungkin akan letak, sementara bunyi ketukan di pintu  yang masih belum berhenti memanggilku, tak aku pedulikan. Dalam fikiranku cuma memikirkan tentang buku nota yang bercorak anak beruang dan tertulis "Irin and her soul" di atas buku itu.  Buku nota lunyai yang menyimpan segala rahsia hatiku, yang menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan, idea, pemikiran dan segala yang ingin aku tuliskan. Tapi buku itu tak ada di sini!!.

Akhirnya aku menuju ke meja belajar dan mengoyak sekeping kertas dari buku nota yang Harraz beri untuk aku catitkan nota semasa kelasnya, oh ya, juga sebatang pen dan aku kembali mengurung diri di dalam bilik pakaian. Di atas sekeping kertas itu aku luahkan segala yang tersimpan dalam hati. 

"Iman Harraz  Bengong"

"Tuan Muda Singa yang suka memerintah" Aku lukiskan gambar kepala singa dengan rambutnya yang sangat kembang dan besar. Juga misainya yang tebal macam A. Galak. Otak aku membayangkan kalaulah rambut Harraz panjang lepas tu dia simpan misai macam ni, confirm! Muka dia akan jadi lebih kurang macam dalam gambar yang aku lukis ni.

"Tuan Muda Iman Harraz yang sangat-sangat-sangat kejam terhadap pekerja  *belasah dia cukup-cukup* dan suka memerintah *ambil kayu hempuk kepala dia*." Aku membayangkan yang aku dan pekerja-pekerja villa sedang melakukan rusuhan terhadap Harraz dan membalas dendam terhadap apa yang dia telah lakukan kepada kami.

"Harraz gila."

"Harraz sengal"

"Harraz muka serius yang tak reti senyum"

"Iman Harraz.. yang menyakitkan hati. Yang annoying, yang buruk perangai"

Selepas itu aku menulis dengan sebesar-besar tulisan, sepenuh-penuh ruang di kertas itu tiga perkataan ini. 

" I HATE YOU!!!!"

Aku juga tulis di satu ruangan kertas itu kata-kata semangat untuk diriku sendiri.

"Mulai hari ini, aku tak akan dengar dan ikut cakap Iman Harraz sengal tu lagi. Mulai hari ini, aku nak jadi Irin yang kuat yang tak takut pada singa jantan tu lagi. Mulai hari ini, aku nak jadi irina Imani yang baru. Yang berani, yang.. yang.. hebat!"

Dan aku conteng kertas itu seolah-olah dengan cara itu hati aku akan puas dan kemarahan aku akan terluah. 

"Irina... " Satu suara sayup-sayup kedengaran lembut memanggil namaku.

"Irina!!.." Satu suara kasar, menyakitkan telinga menampar gegendang telingaku.

"Cik muda...." Satu suara lembut, dengan nada kegelisahan kedengaran jelas di telingaku. Aku bangun dan menekapkan telingaku rapat di pintu. Diorang dah berjaya masuk dalam bilik aku ke?. Aku kembali duduk di tempatku tadi. Memeluk lutut. 

Biarlah diorang nak terjerit-jerit kat luar tu pun, aku tak mahu keluar dari bilik kecil ini. Tak ingin. Aku membatukan diri walaupun mereka masih terjerit-jerit memanggil namaku. Yang paling kuat memanggil, si tuan muda singa itulah. Huh, menyampah.

"Irina!.." Aku tersentak bila suara itu kedengaran begitu dekat sekali dan serentak itu pintu terbuka. Mata aku dan mata Harraz bersatu. Terpancar sinar kemarahan di matanya. Aku memeluk lutut lebih erat. Takut...

"Irin..." 

"Cik muda..." 

Muncul Ros dan atuk yang berdiri di sisi Harraz sambil memandang ke arahku. Aku tarik nafas lega bila melihat atuk. Tiba-tiba dadaku sebak, air mata pun nak jatuh. Ahh.. kenapa ni? Bukan tadi aku kata nak lawan Harraz ke, kenapa menangis pula bila nampak atuk?. Daripada airmata yang jatuh menitis satu persatu, terus ke aku menangis teresak-esak. Sedih. Takut. Lega. Semua perasaan bercampur baur.

Atuk menghampiriku. Begitu juga dengan Ros. "Kenapa Irin? Atuk bukan nak marah Irin pun, dah, dah jangan nangis." Pujuk Atuk. Tapi aku tetap tersedu-sedan sambil mengesat airmata. Memang pada asalnya aku agak kaget bila melihat muka Harraz, tapi aku lagi kaget kalau atuk akan marah sebab aku buat kerja bodoh yang menyusahkan orang ni. Lebih-lebih lagi  menyusahkan atuk. Dah la atuk tu banyak kerja, terpaksa pula dia nak hadap kerenah aku yang tak matang ni.. ish! ish! ish...

"Jom.. kenapa la terperap kat sini, Ros cakap dari semalam Irin belum makan kan? Jom! kita makan dulu, lepas tu Irin boleh cerita semua kat atuk, hari ni atuk temankan Irin. Ok?" Atuk memegang tanganku dan memimpinku bangun sedangkan dirinya sendiri pun masih belum mampu berdiri dengan stabil lagi. 

Aku genggam erat jemari atuk dan mengikutnya berjalan keluar dari bilik kecil ini, sewaktu melintasi Harraz aku hanya menundukkan pandangan sebab aku tau yang dia sedang merenungku. Mesti dia kata yang aku ni mengada-ngada, nak atuk juga yang pujukkan. Hush.. biarlah dia nak kata apa, aku punya atuk, bukan atuk dia.


*************

Aku dan atuk ditinggalkan sendirian di ruangan makan. Sambil aku menjamu selera yang tak berapa nak berselera tu, atuk bertanyakan apa masalah sebenar yang aku alami. Hati aku berbelah bahagi samada nak bagitau pada atuk atau tak payah. Err...

"Masalah dengan Iman ke?" Soal atuk lagi bila aku masih tidak menjawab soalannya. Aku angkat kepala memandang atuk. Tak tahu nak angguk atau nak geleng.

"Betul sebab Iman?" Soal atuk lagi. Kali ni soalannya kedengaran lebih yakin yang masalah aku berpunca dari Iman Harraz.

Aku menunduk kembali, menguis makanan dalam pinggan. Sungguh aku tak ada selera nak makan.

"Irin.. atuk tau perangai Iman tu tak macam orang lain, sebab tu Irin tak payah nak takut-takut cerita pada atuk apa yang dia dah buat sampai Irin berkurung dalam bilik. Cerita je, atuk nak dengar.."

"Tak.. Harraz tu," Aku terdiam sejenak. Entah kenapa aku susah nak panggil Iman Harraz dengan nama Iman?, Oh mungkin sebab nama Iman dengan Imani seakan sama jadi aku rasa seolah-olah aku memanggil namaku sendiri. "Harraz tu... " Aku terdiam lagi. Cuba untuk menyusun ayat supaya lebih teratur jadi atuk akan lebih faham.

"kenapa dengan Harraz?" Soal atuk, mula memanggil Iman Harraz dengan nama Harraz, bukan lagi Iman. 

"Dia tu suka buli Irin!." Luahku. Terlepas cakap, sebenarnya aku mahu bercerita kepada atuk tentang Harraz dalam keadaan matang, tapi sebaliknya..

"Ok, suka buli. Lagi?" Soal atuk seperti sedang menyenaraikan segala keburukan Harraz.

"Dia.. suka hukum Irin kalau Irin terbuat salah sikit je, lepas tu dia suka tengking-tengking Irin, macam lah Irin ni budak kecik yang tak faham bahasa, lagi cara dia cakap macamlah irin ni teruk sangat. Hari tu dia marah sebab Irin tak pandai bahasa inggeris, memang la Irin tak berapa nak pandai tapi tak payahla nak marah-marah, bukannya Irin tak nak belajar, masa yang Irin sakit perut tu, sebab dia lah, suruhnya Irin berlari satu villa sepuluh pusingan. Itupun nasib baik perut Irin sakit kalau tau agaknya sampai pengsan la irin kena lari, dah tu dia tu kenapa tak reti senyum? Kenapa tak boleh cakap elok-elok? Kenapa tak boleh toleransi sikit? Dia tu cakap je kerja untuk Irin tapi dia buat macam irin yang kerja untuk dia. Apa masalah dia tu atuk?" Tanpa sedar terluncur berpatah-patah perkataan dari mulutku. Dah lama aku simpan, sampai masa untuk aku luahkan memang tak ada satu pun yang tertinggal. 

Atuk terangguk-angguk sambil tersenyum. "Sekarang baru atuk faham. Lain kali Irin jangan simpan dalam hati, kalau tak puas hati, tak suka terus luahkan saja. Boleh?" Soal atuk. Aku tertunduk malu. Kalaulah mulut aku laser, memang tak ada maknanya aku nak simpan-simpan dalam hati, tapi itulah... kenapa la mulut aku tak laser?.

"Atuk dah kenal Iman lama, lebih lama dari tempoh Irin kenal dia. Atuk tau kelemahan dia, kelebihan dia, atuk tau perangai dia, atuk tau yang ramai pekerja-pekerja villa yang tak suka dia, staf di pejabat pun bukannya suka dia sangat. Pendek kata semua orang tak suka tuan muda Iman Harraz, tapi atuk suka dia dan atuk nak dia berubah. Atuk tau yang dia boleh berubah dan irin boleh ubah dia..." Kata atuk yakin.

Aku kerut dahi. Aku boleh ubah perangai tuan muda singa tu? Pelik.. tak mungkin!.

"Kenapa pula Irin?" Soalku.

"Sebab manusia yang tak bertanggungjawab perlu diberi tanggungjawab." Balas atuk, berkias.

"Maksud atuk?" 

"irin tanyalah Iman sendiri." Kata atuk tersengih-sengih. "Dah, makan cepat."

Aku terpinga dan tertanya-tanya...Manusia yang tak bertanggungjawab perlu diberi tanggungjawab???? Aku pandang atuk yang tersenyum-senyum.

6 ceritaMia's lovers:

purple punya cerita said...

bestlah.. smbung2 ^^

fatini said...

atuk nk jodohkn si irin dgn harraz ke ni?writer nak lgi!post cpt2 tau...sye minat dgn nvl ni :)

Anonymous said...

Good job :DGood job :D

azwin fitriah said...

hik3 best2 kawen kawen kah3

alya said...

best. tak sabar nak tunggu episode seterusnya :)

0nion_ring said...

wah cpt2 smbung...heheh