http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Thursday, September 15, 2011

Bab 13



        Pagi yang baru dengan semangat, jiwa dan matlamat yang baru juga. Aku ingin lupakan semua hal yang berlaku semalam dan dulu semalam dan berbaik semula dengan Ros yang tak habis-habis meminta maaf dariku dan... maafkan Harraz? Nantilah aku fikirkan.

Semasa ingin ke ruangan makan, aku ternampak atuk dan Harraz sedang bercakap-cakap tentang sesuatu. Aku berhentikan langkah dan menyorok di sebalik pintu, tiba-tiba terasa macam nak curi-curi dengar apa yang mereka bualkan. Tapi diorang bercakap macam berbisik!, Walaupun jarak aku berdiri dengan meja makan cuma beberapa langkah, tapi aku masih tak dengar dengan jelas butir-butir perbualan mereka. Tapi.. aku seakan-akan terdengar atuk menyebut namaku. Diorang bercakap tentang aku ke?.

"Ehem..ehem.." 

Aku tersentak dan menoleh ke belakang bila terdengar bunyi deheman itu. Oh, pak cik Ghazi rupanya. Aku tersengih sumbing, malu.

"Kenapa cik muda berdiri kat sini? Kenapa tak masuk?" Soalnya.

"Ah.. nak masuk la ni" Kataku buat selamba, dan terus melangkah masuk ke ruangan makan sebelum 
duduk di kerusi berhadapan dengan Harraz diikuti pak cik Ghazi yang duduk disebelah Harraz.

"Irin? Macammana hari ni?" Atuk menegurku.

"Ermm.. ok! Baik." Balasku, sambil mencapai cawan kopi dan menghirupnya. Sehabis daya aku cuba buat selamba. Macam semalam tak pernah berlaku drama air mata dan mengurung diri dalam bilik

"Makan banyak sikit pagi ni." Kata atuk lagi sambil mencedokkan mee goreng ke dalam pingganku. Aku capai sudu dan menguis-nguis mee itu, mengasingkan taugeh dan sawi yang terdapat di dalamnya. Memang aku tak pernah suka makan taugeh dan sawi yang dimasukkan ke dalam makanan tak kisah la mee goreng, kuewtiaw goreng, bihun goreng atau apa saja. Selesai, aku capai lagi cawan kopi dan ingin menghirupnya tapi seketika mataku terpandang Harraz yang sedang memerhatikan perilaku aku tadi. Mata kami bertentangan sebelum dia kembali menunduk. Aku jongket bahu dan mula menyuap mee goreng ke dalam mulut.

"Lepas ni Iman nak bawa Irin pergi mana?" Soal atuk kepada Harraz. Aku angkat kepala memandang kedua-duanya. Mereka ada agenda tersembunyi ke yang tak diberitahu kepadaku?.

"Tak tau lagi, tengoklah kejap lagi macammana." Jawab Harraz, langsung tidak memandang ke arahku sedangkan mereka sedang bercakap tentangku. Ini yang tiba-tiba buat aku rasa macam tak puas hati ni, ingat aku ni anak patung ke? Semua keputusan dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan dariku. Eeeiii...

"Kenapa atuk?" Soalku, tak tertahan rasanya menanggung persoalan yang berterbangan dalam kepala otak ini. Sementara atuk ada, baiklah aku tanya je apa rancangan mereka, daripada nanti aku lagi tertanya-tanya kemana Harraz akan membawaku pergi.

"Iman cakap hari ni dia nak bawa Irin keluar, hari-hari asyik terperap kat dalam villa ni je, mesti Irin bosan kan? Satu hari ni, Irin boleh la pergi jalan-jalan. Cakap je nak kemana, nanti Iman akan bawa." Jawab atuk, tersenyum. Macam dia pula yang akan dibawa keluar bersiar-siar. Aku orang yang sepatutnya gembira ini tak rasa apa-apa pun, malah kalau boleh aku tak mahu keluar dengan Harraz, pasti membosankan!.

"Kalau tak payah keluar tak boleh ke atuk?" Soalku lagi, sengaja mencari pasal. Aku dah memang tau yang kepantangan Harraz jangan melawan cakapnya tapi aku nak lawan juga. Tengok tu, dia dah angkat kepala memandangku. 

"Eh, kenapa pula tak nak keluar?" Soal atuk kembali. Berkerut dahinya, pelik sebab aku menolak tawaran keemasan ini. 'Keemasan' la sangat setakat dibawa keluar oleh 'seorang singa' apa la yang seronoknya.

"Tak.. saja Irin tanya," Balasku dan kembali menyuap makanan ke dalam mulut.

"Cik muda belum pernah jalan-jalan kat kl ni kan? Masa ni la nak pergi jelajah satu kuala lumpur." Sampuk pak cik Ghazi. Dengan reaksi muka teruja!.

Aku senyum segaris. Kenapa semua orang gembira dan teruja untuk aku ni? Kenapa Harraz sendiri nampak macam terpaksa untuk lakukan semua ni? Errgghh.. kenapa fikiran negatif aku ni suka mengatasi tahap fikiran positif aku berfikir?. 

Mungkin ada baiknya kalau aku berhenti berfikir dan membuat sebarang andaian. Biarkan saja hari ini berlalu dengan sendirinya, cuma satu harapanku, agar hari ini tidak akan jadi hari yang panjang dan menyesakkan dada.  Dan moga-moga tuan muda singa tu tak buat aku bertambah sakit hati, amin....


****************

Sejak tadi, suasana sunyi yang menyelubungi kami berdua di dalam kereta ini. Harraz dihadapan sedang memandu, aku dibelakang sedang duduk menyandar sambil berpeluk tubuh dan merenung ke luar tingkap ala-ala gaya seorang bos. Mungkin aku patut baca surat khabar jadi aku akan lebih kelihatan seperti seorang bos muda!.

"Hurrmmm..." Tanpa sedar aku mengeluh kebosanan. kalau dia pasang radio pun ok, sekurang-kurangnya taklah terasa sunyi dan kekok sangat dalam kereta ni, tapi nak cakap kat Harraz suruh pasang radio pun terasa berat je mulut aku ni. Selepas peristiwa semalam aku dan Harraz betul-betul macam orang asing walaupun sebelum ni kami taklah serapat mana, tapi sekurang-kurangnya kami taklah sehingga jadi pendiam begini. 

Kebosanan mula hilang sedikit demi sedikit bila mata aku dijamahkan dengan pemandangan indah di kiri dan kanan jalan. Padahal tak lah indah mana, setakat bangunan yang menjulang tinggi, asap kereta berkepul-kepul, kereta bertali arus, nampaknya kami sudah memasuki kawasan bandar. Entah kemanalah Harraz ingin membawaku pergi. Kelekaan aku membuatkan aku tak sedar yang rupanya kini kami sedang memasuki kawasan garaj di dalam sebuah bangunan. Sehingga Harraz memarkir keretanya, barulah aku kembali tertanya-tanya dimana kami berada sekarang ini?.

Tanpa mempedulikanku, Harraz terus keluar dari kereta. Cepat-cepat aku pun keluar, bila dia tekan punat untuk mengunci kereta dan berjalan, aku mengekori langkahnya. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut kami sejak pagi tadi. Dan aku sendiri pun tak tahu sampai bila kami akan senyap seribu bahasa begini. Suasana jadi bertambah-tambah janggal bila berada di dalam lif. Oh.. 

Sebaik pintu lif terbuka, mata aku dijamu dengan lautan manusia yang maha ramai, tiba-tiba aku jadi macam kena kejutan budaya, macam rusa masuk kampung, macam ayam berak kapur, macam.. macam.. macam aku tak pernah jumpa manusia. Aku kaku di dalam lif sedangkan Harraz sudah pun menapak keluar. Sungguh! Tiba-tiba aku jadi jakun!. 

Tiba-tiba pintu lif tertutup sendiri. Aku panik, butang apa aku nak tekan? Macammana aku nak panggil Harraz? Kalau aku jerit agak-agak dia dengar tak?. Tiba-tiba pintu lif terbuka sendiri. Muncul Harraz dihadapan mataku. Huhhhh.. Aku tarik nafas lega.

"Apasal yang kau tercegat lagi kat situ? Keluar lah cepat" Harraz memanggilku dalam nada sinisnya. Macam biasa...

Aku menapak keluar dari kotak lif dan berdiri di sebelah Harraz, menunggu dia membuka langkahnya jadi aku akan berjalan beriringan dengannya. Tapi itu adalah apa yang aku fikirkan aku mahu buat, sebaliknya sebaik saja aku berdiri di sebelah Harraz, dia terus menonong berjalan dengan bukaan langkah yang besar sehingga menyukarkan aku untuk menyaingi langkahnya. Dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan manusia. Huishh.. berpinar mataku nak mencari lelaki berkemeja hitam dan seluar slack hitam yang namanya, tuan muda singa itu.

Sekali lagi, aku kehilangan jejak Harraz. 

Kalau tadi kerana 'kejakunan' aku melihat lautan manusia, tapi sekarang kerana 'kepinaran' mataku melihat manusia. oh, Harraz.. kau dah tau yang ini pertama kali aku ke tempat seperti ini, kenapa la kau tinggalkan aku sorang-sorang??.

"irina!" Aku seperti terdengar namaku dipanggil seseorang. AKu menoleh ke kiri dan ke kanan mencari gerangan empunya suara, tapi tak kelihatan di mana-mana.

"Irina.. sini!" Jerit suara itu lagi, lebih kuat. Aku menoleh secara rambang ke sekelilingku sehinggalah aku ternampak Harraz sedang berdiri di satu sudut, bersebelahan dengan sebuah gerai kecil yang dibuka di tengah-tengah pusat beli belah ini. Haiihh... sekali lagi aku menarik nafas lega dan berjalan mendekati Harraz.

"Kau ni boleh tak kalau jangan jalan jauh sangat dari aku? Kalau hilang karang siapa yang susah nak cari kau? Aku jugak..." Bebelnya tiba-tiba. Ini yang buat aku tiba-tiba rasa macam nak balas balik ni, siapa yang jalan jauh-jauh dari siapa ni? Bukan dia ke yang jalan laju sangat?. 

Belum sempat aku nak balas apa-apa dia dah kembali membuka langkah, berjalan dan meninggalkan aku dibelakangnya. Eeeii.. mamat ni, memang menguji kesabaran aku betul!. Kerana kepantasan ayunan langkah kakinya, aku sampai tak sempat nak pandang sekeliling semata-mata sebab tak nak mata aku hilang jejaknya, tapi entah macammana, dari jauh aku dah ternampak sebuah kedai komputer yang dicermin lutsinarnya tersadai beberapa jenis laptop dengan jenama dan rekabentuk berbeza. Tiba-tiba aku jadi lupa diri, aku lupa siapa sepatutnya aku ikut, apa sepatutnya aku lakukan, kaki aku terus menghala ke arah kedai komputer tersebut.

Haihh.. putih... pink, purple, hijau, macam-macam warna ada. Huishh.. rambangnya mata aku. 

"Hooiishh.. kau ni kan! Bersidai kat sini kenapa? Kan aku suruh kau ikut aku tadi?" Sergah Harraz tiba-tiba, yang kini sedang berdiri di sebelahku.

"Err.. tak, kita nak tengok ni kejap.." Jawabku takut-takut sambil menunjuk ke arah deretan laptop di hadapan mataku.

Harraz turut memandang ke arah laptop-laptop yang aku tunjuk itu sambil berpeluk tubuh. Tiba-tiba aku terperasan macam dia juga berminat dengan dengan apa yang menjadi idaman aku ini. Kemudian dia terus melangkah masuk ke dalam kedai. Amboi.. dia betul-betul berkenan ke?. Aku mengekorinya masuk dan mengikut saja langkahnya yang sedang memerhatikan deretan jenis dan jenama laptop, ipod, iphone, ipad dan segala macam 'I' di sini.

"Kau nak ke?" Tiba-tiba dia menyoal kepadaku. 

"Ha??" Aku terpinga-pinga.

"Aku tanya kau nak ke ni?." Katanya menunjuk ke arah gadget-gadget itu. "Tak nak tak apa, jom blah." Dia berura-ura untuk mengatur langkah keluar dari kedai bila aku masih ternganga memandangnya.

"Eh, eh... kejap. Awak tanya kita nak ke?" Aku menghalang laluannya dari bergerak dan bertanya lagi sekadar untuk mendapatkan kepastian. Bukan apa, aku takut Harraz sebenarnya saja main-mainkan aku. Bila aku cakap 'nak' karang entah-entah dia cakap 'belilah sendiri'. Bukan boleh percaya sangat mamat ni.

Harraz memandangku dengan muka bosannya. Eh, aku terlupa. "Jangan paksa dia untuk ulang apa yang dia dah cakap" adalah salah satu prinsipnya. 

"Ok.. Kalau kita cakap kita nak, awak nak belikan ke?" Soalku lagi.

"Kau ni banyak pula soalannya. Aku tanya kau nak ke tak nak je? Kalau nak aku beli, tak nak sudah, jom pergi tempat lain.." Harraz mula naik angin dengan kerenahku yang banyak soal.

"Ok..ok.. kita nak!" Kataku memintas percakapannya. Baru dia pamer reaksi berpuas hati dengan jawapanku. 

"Hah.. kan senang, nak cakap jelah hendak, ini banyak pulak soalan." Harraz merungut-rungut sendiri.

Aku pula merungut-rungut dalam hati, mestilah aku kena banyak tanya sebab yang offer untuk belikan laptop ini bukan atuk! Bukan pak cik Ghazi, bukan Ros, bukan orang lain yang kalau diorang cakap aku yakin yang diorang memang maksudkannya, tapi yang menawar diri adalah tuan muda Iman Harraz yang cakapnya aku tak pasti nak tafsirkan sebagai soalan, sindiran atau pemberian.

"Apalagi? Pilih la nak yang mana.." Katanya.

Tak payah fikir panjang lagi terus aku menunjuk kearah laptop berjenama apple yang berwarna putih. Memang itu yang menjadi idamanku selama ini. Walau yang lain ada  yang lebih cantik dan menarik tapi hati aku macam dah terkunci untuk memilih itu sahaja.

"Pilih yang lainlah." Katanya, menolak mentah-mentah pilihanku. Aik? Tadi suruh orang pilih...
"Kenapa pula... kita nak yang tu je." Mogokku.

"Kau ni zaman sekarang orang dah tak pakai laptop, orang pakai Ipad je. Lagi senang nak bawa kemana-mana, macam ni." Ditunjukkan kepadaku salah satu jenis Ipad.

"Alaaa.. kita tak nak Ipad ke, Ipod ke, Iphone ke, kita nak yang tu je..."Aku tetap berkeras dengan pilihanku. Laptop ini aku ingin gunakan untuk menaip, kalau guna Ipad memanglah senang nak dibawa kemana-mana tapi agak susah untuk menaip. Aku dah la tak pandai nak guna gadget yang jenis touchskrin ni. Nak guna laptop pun belum tentu aku pandai. Almaklumlah.. tak pernah sentuh pun...

"Heh.. sukahati kaulah, kau yang nak guna.." Katanya perlahan seolah kalah dengan keinginanku lalu dia memanggil pelayan kedai dan bercakap sesuatu dengan pelayan itu sebelum pelayan itu kembali ke meja kaunter dan melakukan prosedur untuk menjual laptop itu. 

Tau pun aku yang nak pakai tapi dia sibuk nak tentukan apa yang aku patut beli. Entah apa-apa... Selesai semua urusan pembayaran, dia memberiku kotak yang mengandungi laptop di dalamnya. Disuruhnya aku pegang. Kerana tahap keterujaan yang terlampau, pegang kotak yang berat itu pun tak jadi isu buatku. Aku berjalan mengikut langkah Harraz dengan senyuman yang tak lekang dari bibirku. Tak sangka, semudah ini aku akan dapat apa yang aku impikan bertahun-tahun lepas. Rasa macam mimpi!

Kini kami berhenti dihadapan sebuah salun rambut. Aku fikir Harraz ingin menggunting rambutnya tapi sebaik saja kami masuk dia mengambil kotak laptop dari tanganku dan dia menyuruh aku duduk di kerusi tempat orang menggunting rambut. Aku pelik.

"Kenapa pula kita yang kena duduk kat situ? Bukan awak ke yang nak gunting rambut?" Soalku.

"Bila masa aku cakap aku nak gunting rambut. Kau la yang kena gunting rambut." Balasnya.

"Eh, kenapa nak gunting rambut kita pula..??" Soalku terkejut. Aku pegang kepalaku seolah tidak 
membenarkan sesiapa pun untuk menyentuh rambutku.

"Rambut kau tu dah panjang sangat. Tak kemas, susah nak dijaga. Lainlah kalau kau pakai tudung." Katanya. Macam rambut aku yang panjang ini menjadi satu masalah padanya. Apakah? Merepek saja mamat ni.

"Biarlah kalau panjang pun, bukannya rambut awak! Rambut kita, kita yang jaga, kita yang sikat.. tak ada kena mengena dengan awak pun" Balasku, tegas. Kadang-kadang aku geram dengan Harraz kerana dia suka bertindak di luar kemahuanku. Dan hanya kadang-kadang sahaja aku betul-betul berani melawan cakapnya. Seperti sekarang.

"Kau ni, boleh tak dengar je cakap aku.. bukannya aku suruh kau buat benda tak elok pun, gunting rambut je.." Katanya lembut dan perlahan. Mungkin kerana perempuan cina yang sedang menunggu untuk memberikan perkhidmatan kepadaku itu sedang memandang ke arah kami.

"Ish.. tapi kenapa mesti kena gunting....." Rajukku, juga bercakap dalam nada yang lembut dan perlahan. Sebenarnya hati aku agak terkesan bila dia buat pertama kalinya bercakap dalam nada yang lembut begitu denganku. Sekalipun aku tak pasti adakah ianya datang dari hati yang ikhlas atau kerana terpaksa mengawal intonasi suaranya di tempat awam.

"Sebab kau kena ubah imej. Ingat tak yang kau sekarang bukan lagi Irina Imani yang biasa. Sekarang kau adalah cik muda Irina Imani!. Ok, macamni. Aku dah belikan barang yang kau idam-idamkan selama ni, jadi sekarang boleh tak kau tolong ikut apa yang aku suruh?" Pujuknya lagi. Antara rasa terharu dengan intonasi suara lembut Harraz, dengan tak sanggup untuk potong rambut yang aku dah simpan bertahun-tahun ini dan.. termakan budi kerana laptop idamanku ini, aku jadi serba salah untuk membuat keputusan.

"Irina.. please.." Sekali lagi Harraz memujukku membuatkan  hati aku rasa sejuk macam air mengalir. Sungguh, tak sangka dia akan bercakap lembut seperti ini. Adakah aku bermimpi??.

"Err.." Aku sedang membuat pertimbangan. Potong? Tak payah?. Aku pandang muka Harraz yang seolah-olah sedang memohon simpatiku. Alaaa.. comel! oppss. 

"Haihh... ok. Tapi tak mahu pendek sangat!" Akhirnya aku bersetuju. Bukan sebab dia buat muka comel dia tu, tapi sebab aku rasa mungkin dah sampai masa untuk aku ubah fesyen rambutku. Kalau diingat-ingat balik, dah berbelas tahun aku tak pernah menggunting rambutku sebab rambut kerinting walaupun dah panjang, tapi masih nampak macam pendek. Dan kerana memikirkan yang rambut aku lambat panjang itulah membuatkan aku tak mahu gunting rambut sebelum ini. 

"Bagus. Kan senang kalau dari tadi je kau biarkan cina tu potong rambut kau, tak adalah kita buang masa kat sini" Kata Harraz dengan senyuman sinisnya. Chit. Aku tertipu dengan pujuk rayunya yang palsu itu!. Terus aku beredar dan duduk di kerusi menghadap cermin yang ditunjukkan oleh perempuan cina itu kepadaku. Dalam hati memaki-maki diri sendiri kerana mudah sangat terpedaya dengan mulut manis Harraz. Ok, yang sebenarnya aku malu sebab aku pun bercakap terlebih lembut dengannya tadi.

Aku masih boleh duduk dengan tenang dan aman semasa cina itu mencuci rambutku, tapi hati aku mula berdebar-debar bila ternampak cina tu mula capai gunting, habislah, tamatlah riwayat rambutku yang dah aku bela bertahun-tahun selama ni, Aku pejam mata bila mata gunting dah terasa betul-betul di helaian rambutku. Zap! Zappp! Zaaaappp.. dan rambut-rambutku jatuh ke lantai. Ah, sedihnya.. 

Tak sangka rambut yang selama ni cuma membuat aku rasa rimas dan leceh, rupanya mempunyai satu 'ikatan' yang sangat kuat dalam diriku sampaikan aku boleh terasa sebak bila ianya digunting. Dan aku terus menerus memejam mata sepanjang proses pengguntingan itu dilakukan. 

Beberapa minit kemudian.

"Miss, sudah siap." perempuan cina itu memanggilku. Mungkin dia fikir yang aku sedang tidur agaknya tadi. Perlahan-lahan aku buka mata. Lama mata aku terpaku pada cermin. Aku ke ni? Tanganku mengusap rambut yang dah siap dipotong separuh, tidak terlalu pendek, tetap melepasi paras bahu. Aku pusing kepala ke kiri dan ke kanan, terasa ringan. Cantik!.

"You suka?" Soal perempuan cina itu yang memerhatikan gelagatku sejak tadi. Aku tersenyum malu sambil mengangguk. 

Perempuan cina itu juga tersenyum, gembira agaknya kerana pelanggannya ini berpuas hati.

"Thank you ya. Oh, rambut saya tu saya nak bawa balik." Pintaku sambil menunjuk ke arah rambutku yang bertaburan di atas lantai.

"Nak bawa balik aa? Sekejap, saya bungkuskan." Katanya dan beredar. 

Aku mengangguk dan kembali mengusap-ngusap rambutku dihadapan cermin. Lembut je rasa lepas dicuci. 

"Suka?" Soal Harraz yang kini sedang berdiri di belakangku dengan tangan kiri disembunyikan dalam kocek seluar dan tangan kanan memegang kotak laptop. Kami berpandangan melalui cermin. Aku mengangguk.

"Haiihh.. kalau aku ikut cakap kau tadi, agaknya sampai bila-bila pun agaknya kau takkan ubah gaya rambut kau.." Katanya, memerliku.

Aku sekadar mencebikkan bibir. Tak mahu aku membalas kata-katanya, nanti aku juga yang sakit hati. Seorang pekerja di salun itu menghampiri kami untuk menyapu rambut-rambut aku yang bertaburan di atas lantai tadi. Harraz berganjak beberapa langkah ke belakang. Sebaik pekerja itu beredar, Harraz kembali menghampiriku. 

"Aku rasa banyak lagi perubahan yang kau kena lakukan.." Kata Harraz. Aku kerut dahi, perubahan apa pula yang aku kena buat?.

"Kenapa...."

"Miss.. nah, rambut you" Perempuan cina tadi datang dan menghulurkan bungkusan plastik yang mengandungi rambut kepadaku sekaligus mematikan soalan yang ingin aku ajukan pada Harraz tadi.

"Ok, thank you." Kataku lalu menyambut hulurannya. Perempuan cina itu mengangguk dan berlalu 
meninggalkan kami.

"Rambut?" Soal Harraz sambil mengerutkan dahi.

"Humm.." Gumanku perlahan.

"Rambut siapa? Nak buat apa dengan rambut tu?" Soalnya lagi.

"Rambut kita yang  digunting tadilah. Kita nak tanam.." Jawabku, lalu bangun dari kerusi dan berdiri di hadapan Harraz.

"Heh.. nak tanam? Buat apa nak tanam? Siapa yang nak korek tanah nanti?" Soalnya lagi. Reaksi lucu, pelik dan tertanya-tanya terlukis di wajahnya.

Oh, kalau aku yang tanya banyak soalan dia marah? Tapi kalau dia yang sibuk-sibuk tanya banyak soalan kat aku tak apa pula?

"Eii.. awak ni sibuk jelah. Kita tau la apa yang kita nak buat.." Balasku, jawapan spontan kerana rimas dengan soalan-soalannya.

"Amboi.. berani kau nak berlagak dengan aku ya. Aku tinggalkan kau kat sini sorang-sorang nanti baru tahu." Katanya sambil bercekak pinggang. Rasa tercabar dengan jawapan balasku tadi.  

"Alaa.. mana ada kita berlagak. " Kataku perlahan, cuba untuk kembali merendahkan egoku jadi dia akan berasa yang dia hebat.. huh!.

Harraz tidak membalas kata-kataku tapi dari reaksi mukanya aku tau dia suka bila aku cakap macam tu. Wah, nampaknya kau memang suka diri kau dibenci ya Harraz?. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus melangkah menuju ke kaunter pembayaran. 

Kejap! Dia suka dirinya dibenci? Dia suka bila aku takut dengan ugutannya? Dia... 

"Irina!" Lamunanku terhenti, Harraz sedang menungguku di muka pintu keluar. Cepat-cepat aku atur langkah menuju ke arahnya. Aku akan fikirkan tentang hal ini, kemudian!.


*************

Harraz memandang jam tangan di tangan kirinya manakala kotak laptop aku masih berada kemas dalam genggaman tangan kanannya. Oppss, mungkin dia terlupa untuk menyuruh aku bawa lepas keluar dari salun tadi. Hehe..

"Baru pukul 12 lebih??.. Shit,  Apa lagi aku nak buat ni?" Rungut Harraz perlahan. Tapi masih mampu didengari oleh aku. Memang aku sengaja pasang telinga pun.

"Kau nak pergi mana?" Soalnya kepadaku. Eh, aku ingat aku yang kena ikut kemana saja yang dia nak pergi?.

"Entah.. kita mana tau tempat apa yang best kat sini.." Balasku.

Harraz mengeluh. Dari tadi kami cuma berdiri di dalam pusat membeli belah ini sambil memikirkan kemana destinasi seterusnya yang ingin kami tuju.

"Kau nak beli apa-apa ke?" Soalnya lagi.

"Hah? Beli apa?" Soalku kembali. Aku blur sebenarnya. 

"Beli apa-apa la.. baju ke, kasut ke, apa-apa yang kau nak belilah." Katanya menyenaraikan segala barang yang kemungkinan aku ingini. Baju? Dalam  walk-in wardrobe kat bilik tu pun berderet baju-baju yang aku belum pakai. Buat apa nak tambah baju lain, membazir je. Kasut? Pun sama.. 

"Tak ada.. tak nak beli apa-apa pun." Balasku.

"Hemmm... Nak makan?" Soalnya kembali.

"Kenyang lagi." Jawabku.

Harraz mengangguk. Dia kembali diam dan berfikir. Aku garu kepala, eh.. terasa pelik pula bila pegang rambut yang dah pendek ni, rasa janggal...

"kau tak nak apa-apa ke? Nak jalan-jalan kemana-mana ke?" Soalnya lagi. Eh, pelik betul perangai Harraz hari ni. Siap tanya aku nak pergi jalan kemana-mana ke? Dia dah kena brainwash dengan atuk ke apa ni??

"Tak ada.. lagipun kita mana tau apa yang best kat sini. Kalau dah tak tau nak kemana balik jelah." Kataku memberi cadangan. 

"Kau ingat aku suka sangat ke nak berpelesaran kat luar ni kalau tak ada hala tuju? Tapi masalahnya atuk suruh aku bawak kau keluar dan jangan balik sampai kau betul-betul puas berjalan. Sekarang baru nak dekat pukul satu tengahari, takkan dah nak balik? Nampak sangat macam aku tak bawa kau pergi jalan-jalan.." Katanya mengeluh.

Oh, atuk.. Aku dah agak dah yang ini semua bukan rancangan Harraz. Patutlah pagi tadi pun muka macam orang kena paksa. Memandangkan ini rancangan atuk, bukankah rugi kalau aku tak rebut peluang ni? Harraz tak boleh marah aku sebab atuk yang suruh aku jalan-jalan sampai puas. Kan?.

"Atuk suruh awak bawa kita pergi jalan-jalan sampai puas. Maksudnya, kita boleh pergi kemana-mana saja yang kita nak pergi asalkan kita puas hati?" Soalku. Sekadar ingin memancingnya untuk berkata 'ya'.

"Nampaknya macam itulah" Balas Harraz. Ok, aku anggap jawapannya itu bermaksud 'ya'.

"Kalau macam tu, kita nak pergi jalan-jalan sekarang dan balik nanti kita nak cerita kat atuk semua tempat yang kita dah pergi." Kataku sengaja menggunakan nama atuk supaya dia takkan merungut atau menghalang niatku untuk pergi ke mana-mana tempat yang aku mahu.

"Ok! Baguslah macam tu. Tak payah aku pening-pening kepala nak fikir tempat mana yang sesuai untuk kau pergi" Balasnya. Senang hati.

Aku tersenyum gembira dan terus mengatur langkah mendahului Harraz dibelakangku. Terus berjalan dan singgah dimana-mana lot kedai yang menarik perhatianku. Ah, sekarang barulah terasa nikmat shopping! Tak ada sekatan, tak ada gangguan, tak ada ilusi tentang tuan muda singa itu mungkin akan tinggalkan aku atau akan marahkan aku sebab sekarang dia yang kena ikut langkah aku. Hahahaha... Ya, aku sangat puas hati!.

********************

Selepas puas melawat ikan-ikan dan duyung di Aquaria KLCC, terus lepak kat taman KLCC ambil gambar puas-puas dengan handset baru yang Harraz belikan siap ada kemera tu, terus ke Times Square dan cuba semua permainan yang ada walaupun yang sebenarnya aku tersangatlah takut dan gayat dengan ketinggian tapi sebab Harraz paksa dan katanya..

"Kau yang ajak aku ke sini jadi jangan nak mengada-ngada tak nak main langsung." 

"Kita gayatlah!" Balasku. 

"Peduli apa aku kau gayat ke tak, yang penting kita dah sampai kat sini dan kau jangan nak buat aku rasa menyesal sebab ikut cakap kau. Oh ya, kau kata kau tak tau apa tempat-tempat best kat kl ni, tapi macammana pulak kau boleh ajak aku ke sinilah, ke KLCC,ke Aquaria tadi.. macammana kau tau?" Soal Harraz sambil berpeluk tubuh. Memandangku penuh curiga.

Aku tersengih menampakkan barisan gigi. Aku tayang telefon baru beli ditanganku kepadanya. "Ros.." Kataku yang bermaksud aku dapat semua info ini daripada Ros. Ya, kan aku kata membazir sebab tak gunakan peluang yang ada ini sebaik-baiknya, maka aku sms Ros dan minta pendapatnya kemana tempat patut aku tuju. Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku nak tuju lepas ni, huhuhu...

Dan penyudahnya, lepas puas menjerit atas 'binatang-binatang' yang aku sendiri pun tak tau apa namanya tu, tekak aku loya, kepala aku berpusing. Padahal Harraz yang ikut sama main rileks je. Aku berjalan sambil pegang kepala sebab keadaan sekeliling nampak berpusing-pusing, terasa macam berada kat bulan sebab aku tak rasa macam pijak lantai.

"Apasal? Dah pening? Heh.. baru main sikit dah pening. Belum aku bawa pergi genting lagi," Kata Harraz yang aku tak tahu dimana dia berada. Sebab telinga aku je yang mendengar tapi mata aku tak dapat melihat dengan jelas. Pening sangat ni.

"Oit.. oit, Irin! Agak-agak la sikit nak landing pun jangan la kat tengah-tengah orang ramai ni.." Kata Harraz lagi dan aku terasa tangannya di bahuku. Bila aku pandang keadaan sekeliling betul-betul baru aku sedar yang kaki aku dah bengkok dan menunggu masa untuk punggung aku mencecah lantai je lagi kalau tidak ditahan oleh Harraz.

"Berdiri elok-elok, jom duduk kat kerusi tu." Katanya lagi dan memimpinku ke sebuah kerusi berdekatan. Aku pejam mata dan panggung kepala untuk beberapa minit sehingga aku benar-benar yakin yang aku sudah ok. Maksud aku, kepala aku dah tak berpusing lagi.

Tapi bila mata aku buka, kelibat Harraz sudah tidak ada di sebelahku, mahupun di sekelilingku. Alamak.. dia sengaja tinggalkan aku kat sini ke? Sampainya hati.. Aku masih memandang-mandang sekeliling jika mungkin aku akan nampak kelibat Harraz.

"Kau cari siapa? Aku ada kat sini.." Kata satu suara dari sebelah kiriku. Aku menoleh. Harraz!.

"Awak pergi mana.. kita ingat awak nak tinggalkan kita kat sini.." Kataku. Harraz menghulurkan secawan air dalam cawan kertas kepadaku. Oh, dia belikan air rupanya, baiknya. Aku mencari juga cawan di tangannya, tapi tak ada. Maksudnya dia belikan air untuk aku je? Oh! lagi sweet... Well, sebenarnya Harraz ni taklah teruk sangat.

"Nak pergi mana pulak lepas ni?" Soalnya.

"Putrajaya."

Harraz memandangku dengan mata terbeliak.

Aku kerut dahi. Kenapa pandang aku macam tu?


*******************

"Kita teringin nak naik cruise tu," Kataku kepada Harraz. Sebenarnya lebih kepada permintaan untuk naik cruise itu. 

Sebelum bergerak ke Putrajaya tadi, Harraz mengajak aku makan dulu walaupun aku kata aku masih kenyang lagi. Tapi katanya dia tak larat nak memandu ke sana sebelum makan sebab jarak dari Times Square ke Putrajaya agak jauh, katanya. Penyudahnya banyak masa kami dihabiskan di Times Square semata-mata hanya makan dan tak buat apa-apa. Bila sampai di putrajaya hari pun dah malam.. 

Aku rasa Harraz cuma menipu bila dia kata nak pergi Putrajaya tu jauh sebab ikut perkiraan jam aku, masa perjalanan untuk sampai ke sini hanya ambil masa lebih kurang dalam satu jam je. Musykil aku dibuatnya tentang apa motif dia menipu siap dengan mata terbeliak segala. Hemm..

Harraz memandangku sebelah mata. Kerek. Fine, dengan pandangan macam tu, aku tau yang aku pasti takkan dapat naik cruise itu. Tak apalah... Aku menunduk, sedikit kecewa. Harraz terus mengatur langkah meninggalkanku. Entah kemana dia nak pergi.

"Jomlah." Panggil Harraz bila dia terperasan yang aku tak ada di sebelahnya.

"Ha?" Soalku, agak blur.

"Nak naik cruise tu ke tak nak?" Soalnya lagi, bosan.

"Oh. Nak.. nak.." Laju aku mengangguk beserta senyuman teruja. Terus aku berjalan pantas dan mengejar langkahnya yang dah berjalan dulu.

Selesai urusan tiket dan segala yang perlu, kami pun naik kapal yang agak klasik tu, entah apa namanya, aku pun tak tahu.  Pemandangan di waktu malam atas kapal melayari tasik, entah apa yang istimewanya aku pun tak tahu tapi kata Ros rugi tak naik benda ni kalau dah sampai Putrajaya, so aku pun naik ajelah.

Lima minit pertama, aku leka menghirup udara segar yang sejuk dari tasik ini, sambil memerhati lampu-lampu yang terpasang berwarna-warni. Haihh.. mungkin keadaan akan jadi berbeza kalau yang duduk kat sebelah aku sekarang bukan Harraz tapi Syafiq!. Ah, tiba-tiba pula teringatkan pasal syafiq buat aku rindu pada semua kawan-kawan di kampung. Apa agaknya khabar Bob sekarang? Masih suka bergaduh dengan Ziana lagi ke? Emak abah macammana kat rumah tu?. Haihh.. kenapa mesti sekarang di saat aku cuma nak hayati malam yang indah ini, aku mesti teringatkan orang-orang di kampung? Bikin aku sedih je.

"Berangan tak sudah" Kata-kata sinis Harraz menyedarkan aku kembali dengan siapa aku berada sekarang.

"Mana ada kita berangan.." Balasku, geram dengan tuduhannya.

"Mana ada kita berangan.. ye lah tu, macam aku tak tau yang kau tu suka berangan.." Balas Harraz, sempat dia mengajuk cara percakapanku. Eii. geram betul.

Aku malas nak balas apa-apa lagi, setakat nak menyakitkan hati aku je baik tak payah.

"Cita-cita kau apa Irin?" Soal Harraz lagi. Aku pulak yang pelik dengan mulutnya yang banyak tanya tu.

"Kenapa nak tau?" Soalku.

"Eh, boleh tak kalau aku tanya tu kau jawab je, tak payah nak soal aku balik?" Balasnya, agak bosan.

Eleh, dia tanya orang, dia marah orang balik. Peliklah Harraz ni, takkan nak tanya soalan pun tak boleh?.

"Tengok tu, berangan lagi?" Usiknya.

"Ish mana ada kita berangan. Yang awak tu sibuk sangat nak tanya-tanya kita kenapa?" 

"Oh lupa pula. 'Cik muda' mana boleh disoal." Harraz sengaja buat aku rasa serba salah dan 
menyampah dengan gurauan sinisnya. Sengaja ditekankan perkataan cik muda itu.

Lama kami diam. Aku kembali memandang dada langit yang ditaburi bintang. Itu maksudnya yang cuaca baik, hujan takkan turun. Insyaallah.

"Kau nak jadi penulis yeah?" Tiba-tiba Harraz menyoalku kembali. Aku menoleh memandangnya. Eh? Takkan dia main teka-teka pun boleh tepat macam tu?

"Mana awak tau?" Soalku, curiga.

"Aku tanya kau... kau tanya aku balik." Itu jawapannya.

"Hurmm..." Gumanku perlahan. Malas nak persoalkan lagi bagaimana dia boleh meneka dengan begitu tepat sekali.

"Kenapa nak jadi penulis?" Soalnya lagi. Sungguh, Harraz buat aku rasa pelik dengan kelakuannya 
malam ini. Dia banyak tanya. Dan dia tak bercakap dalam nada yang keras dan kasar. Err.. tapi masih terselit nada sinis itu.

"Bila masa kita kata kita nak jadi penulis?" Soalku, sengaja memutar belitkan fakta. Sedangkan tadi aku dah pun mengaku sekalipun aku tak cakap 'ya, kita nak jadi penulis.'

"Tadi!"

"Bila?"

"Yang kau cakap Hemm tu"

"Eh, itu.. "

"Dah la kau, tak payah nak putar belit fakta dengan aku." Harraz memotong percakapanku, geram.

Aku mengalihkan pandangan ke arah tasik, tersenyum. Pertama kali aku nampak Harraz tak puas hati, selalunya aku yang tak puas hati dengan dia.

Tiba-tiba ingatan aku teringat tentang kata-kata atuk "orang yang tak bertanggungjawab perlu diberi tanggungjawab" dan atuk suruh aku tanya Harraz. Memandangkan yang malam ini mood dia agak baik, kenapa tak aku tanyakan saja pasal tu?

"Er.. Harraz.. kalau kita nak tanya sesuatu boleh?" Perlahan aku menuturkan persoalan.

"Kenapa kau panggil aku Harraz?" Soalnya, agak menyimpang dari soalan asalku.

"Ha??"

"Kau tak bagi aku panggil kau Rina, tapi kau tak minta izin aku pun untuk panggil aku Harraz."

"Tapi dulu awak yang tak bagi kita panggil awak tuan muda..."

"Nama aku tuan muda ke? Nama aku Iman Harraz. Dan ini tak ada kena mengena dengan pangkat tuan muda tu."

"Habis tu? Awak nak kita panggil awak apa?"

"Iman.. macam yang orang lain panggil"

"Tapi kita tak biasa..."

"Peduli apa aku kau biasa ke tak, kalau aku tetap panggil kau Rina, kau marah kan?"

"Ok.. tapi kalau kita panggil awak Iman kita rasa macam.. macam panggil nama kita sendiri."

"Apasal?" Harraz mengerut dahi.

"Imani.. Iman..kan dekat-dekat tu."

"Iman.. Imani.. " Harraz menyebut nama kami berulang-ulang kali, seolah cuba memasukkan nama itu ke dalam ingatannya.

"Ok, aku terima alasan kau tu, tapi mulai sekarang aku akan panggil kau imani!"

"Eh, kenapa?"

"Apsal? Tak boleh pulak?" Soalnya, gaya dah macam nak cari gaduh dengan aku pula.

"Panggil je la Irin.. kita dah biasa dengan nama tu je.."

"Bagus. Lain kali jangan jadi macam lalang, pertahankan apa yang kau rasa kau mahu." Tutur Harraz tiba-tiba. Aku pula jadi blur.

"Erk?"

"Aku akan mengajar kau bukan setakat dalam kelas di bilik bacaan, tapi aku akan ajar kau dimana-mana yang aku rasa aku nak ajar, jadi tolong fokus dengan apa yang akan aku cakap lain kali. Jangan lupa pelajaran untuk hari ini tadi."

"Oh.." Aku terangguk-angguk. Boleh pula macam tu? Nak ajar aku agar jangan jadi lalang dan pertahankan apa yang aku rasa menjadi hak aku, tapi tak bagi signal? Mati-mati aku ingat yang dia tak bagi aku panggil dia Harraz tadi, sedangkan selama ni mana pernah aku panggil dia Iman dan dia tak pernah kisah pun!.

"Kau nak tanya apa tadi?" Soalnya.

"Ha?"

"Tadi.. kau nak tanya sesuatu kan? Apa dia?"

"Oh, tak.. kita nak tanya apa maksud orang yang tak bertanggungjawab perlu diberi tanggungjawab?"

"Soalan jenis apa yang kau tanya ni Irin.. heh.. tak ada soalan yang lagi mencabar ke?"

Aku tersengih. Harraz diam, mungkin memikirkan jawapan untuk soalan itu.

"Orang yang tak bertanggungjawab, kalau diberi tanggungjawab, bertanggungjawablah dia. Itu jawapan yang kau nak?" Soal Harraz selepas memberi jawapan.

"Er... agaknya." Itu pula jawapan yang aku dapat? Tak membantu langsung!. Baik aku tanya pada Ros je nanti.

Kami diam lagi, entah berapa minit pula kali ni. 

"Irin.." Harraz memanggilku, Aku memandangnya.

"Hem?"

"Kau tak jawab soalan aku lagi."

"Soalan apa?"

"Kenapa kau nak jadi penulis?"

"Kenapa nak tau?"

"Ish, kau ni nak tunggu aku jatuhkan hukuman ke baru nak jawab?"

"Sikit-sikit nak hukum, sikit-sikit hukum.. bosan!" Rungutku di luar sedar.

"Apa kau cakap? Oh, dah pandai nak merungut pula sekarang? Masuk kali ni kalau kau paksa aku ulang balik soalan aku tu, memang aku tinggalkan kau kat sini, balik la sendiri." Ugutnya.

"Ok..ok..ish! Kita nak jadi penulis sebab... " Aku terdiam, tercari-cari jawapan sesuai untuk aku berikan kepadanya. Kenapa aku nak jadi penulis?

"Sebab?" Soal Harraz. Tak sabar, kenapa dia begitu ingin tahu?

Aku garu kepala. "Sebab... kita suka!"

"Lain, jawapan lain tak ada ke? Selain daripada kau suka, kau minat... kau.. ah yang sewaktu dengannya."

"Errmmm.." Aku letak jari di bawah dagu. Terfikir-fikir.

"Jangan nak buang masa aku menunggu jawapan bodoh kau. Lima saat je untuk kau fikir."

Aku pandang muka toya tak ada perasaan tu, jawapan bodoh katanya.. padahal dia yang sibuk sangat nak tau apa tujuan aku nak jadi penulis. Entah apa-apa..

"Kita nak jadi penulis sebab kita suka menulis dan kita tau kita boleh mengarang dan bakat ni bukan semua orang yang ada. Kita nak orang buka mata, buka hati, buka fikiran dengan apa yang dah kita tulis, kita nak bagitau kat orang lain sesuatu yang diorang mungkin tak tau melalui buku kita, kita nak ubah persepsi orang tentang buku itu bosan, kita nak bila orang baca buku kita orang terus addicted untuk baca semua buku. haihh.. ok tak jawapan tu?"

Aku pandang Harraz yang dah terpempam. Mungkin tak jangka dengan jawapan aku yang sangat panjang itu. Heh.. ini irinlah, jangan pandang sebelah mata ok..

"oh..ok..ok.. Baguslah. Lain kali kalau orang tanya, kau kena jawab macam tu"

Aku tersengih, suka aku dengar pujian itu. Bukan senang nak dengar Harraz bercakap sesuatu yang baik tentang aku. Well.. sebenarnya dia taklah teruk sangat. Oh, rasanya ini kali kedua aku cakap yang dia 'taklah teruk sangat'. 

"Awak pula, apa matlamat hidup awak?" Soalku, sengaja mencipta ruang yang lebih santai dan lain daripada yang lain dimana Irina bersembang dalam keadaan yang aman damai dengan tuan muda singa!

"Aku? Aku... eh, apasal aku kena bagitau kau pula?" Soalnya, tiba-tiba terserlah peribadi asalnya yang poyo itu.

"Sebab kita dah bagitau pasal kita."

"Itu kau punya pasal la, aku ada hak samada nak bagitau kau ke tak nak.."

"Huh, cakap dengan awak ni semuanya awak je yang nak menang kan?"

"So.."

Aku berpaling ke kiri dan berpeluk tubuh. Perasaan menyampah terhadap Harraz menyelubungi diri. Rosak malam yang indah ini gara-gara Harraz. Penyudahnya kami cuma diam sehinggalah kapal ini berpatah balik untuk kembali ke jeti.

"Selain daripada menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik-baiknya, perlu ke matlamat lain dalam hidup? " Soal Harraz tiba-tiba, aku memandang wajahnya, ingin memastikan kepada siapa soalan itu diutarakan. Tapi Harraz langsung tak memandang ke arahku. Dia macam mengelamun.

"Err.. awak cakap dengan kita ke?" Soalku, masih memandang wajahnya. Kali ini Harraz mengalih pandang ke arahku.

"Ada orang lain yang aku kenal ke kat sini selain kau?" Soalnya, sinis.

"Ehee..  " Aku tersengih, malu. "Ermm.. matlamat dalam hidup itu kan bergantung pada individu. Kalau macam kita, ada sesuatu yang kita cari yang kita nak capai, tapi kalau awak, terpulang pada awaklah. Mungkin dengan cara jalankan tanggungjawab dengan baik itu adalah matlamat awak."

"Jalankan tanggungjawab tu bukan matlamat aku. Tapi aku harus jadi bertanggungjawab kerana kerja aku." katanya agak bosan dan mendengus.

"Ha?.." aku memandangnya.

Dia membalas pandanganku.

"Macam kau, matlamat aku bukan untuk jaga kau tapi aku terpaksa buat sebab kau dipertanggungjawabkan kepada aku." 

Tiba-tiba kata-kata atuk itu bermain kembali dalam kepala otakku. "Orang yang tak bertanggungjawab perlu diberi tanggungjawab" Bersilih ganti dengan kata-kata Harraz. "Orang yang tak bertanggungjawab pun kalau diberi tanggungjawab, bertanggungjawablah  dia.." memang kedua-dua ayat itu seakan sama tapi aku masih belum faham maksud sebenarnya sehinggalah Harraz cakap aku adalah tanggungjawab dia. 

Apa maksud dia?. Mungkinkah Harraz seorang lelaki yang tak bertanggungjawab, jadi atuk bagi dia tanggungjawab supaya dia menjadi manusia yang bertanggungjawab dan aku adalah'tanggungjawab' itu. Kata atuk lagi yang aku boleh ubah Harraz, jadi maksudnya atuk memang sengaja jadikan Harraz sebagai penasihat aku sebab dia nak aku ubah Harraz? Mustahil.

"Tak habis-habis la kau berangan, kita dah sampai pun kau tak sedar." kata-kata Harraz mencantas pemikiranku. Terus dia berdiri dan menungguku untuk turut berdiri sebelum kami keluar dari kapal ini.

Aku hanya memerhatikan Harraz yang sedang berjalan mendahuluiku di hadapan sana dengan bermacam-macam persoalan yang berlegar dalam kepalaku. Ah, mungkin aku perlukan nasihat Ros untuk menguraikan persoalan ini. 

Masuk ke kereta dan kami terus pulang ke villa, jam sudah hampir mencecah 10  malam. Dan aku pun dah penat berjalan seharian ini sampai tertidur dalam kereta. Aku hanya terjaga bila Harraz menggerakku ketika kami dah sampai di villa.

6 ceritaMia's lovers:

Anonymous said...

hihiiii...suke cter ni.suke yg sgt2!..nak lg..

mia kaftiya said...

tanpa nama : alhamdulillah, ada jgk yg suke dgn Harraz yg poyo tu. hehe.. thanks lain kali "letak nama" okeh?

Anonymous said...

salam adik..baru terjumpa blog adik..overall citer adik ni mmg seronok membacanya.. dan setiap kali ia terhenti dalam satu satu episod..kita akan teruja nak tahu..what is the next scene..begitulah excited nya citer adik ni..Diharap ada sambungannya..dimasa yg terdekat ini..

salam
kak idA

mia kaftiya said...

kak ida : thank you akak. ha.. kan bagus kalau letak nama, heheh.. pasti akan sambung, tapi.. lepas seminggu boleh? hehe.. *gelak manjer*

Anonymous said...

hayooo....lme plak rs nyer nak tgu next n3...anyway, i'm waiting...hehehehe~
-aqie-

mia kaftiya said...

aqie - hehe.. sabar menunggu okeh, kte cuba buat cepat2 skitlah, dlm 3 hari sekali satu entry. okeh? *try harder!!*