http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Sunday, September 18, 2011

Bab 14


       "Cik muda... bangunlah. Oh, semalam pergi jalan sakan dengan tuan muda hari ni nak bangun lambat pula ya?" Ros mengejutkan aku yang sedang lena dengan menepuk-nepuk punggungku. Aku selak selimut yang menutupi muka, dengan mata separuh terbuka, aku memandangnya.

"Apa Ros.." Soalku, perlahan. Haihh.. mengantuk betul. Penat semalam pun tak habis lagi ni.

"Bangunlah cik muda.. dah pukul 6 ni. Eh, macammana semalam? Teruk tak kena buli dengan tuan muda?" Soal Ros, makin galak menarik selimutku sehingga ke hujung kaki agar aku tidak lagi sambung tidur.

Aku mengereng menghadapnya. Selimut aku tarik kembali menutupi separuh badan. Sejuk!. Sempat aku menguap dengan mata yang kembali aku pejam.

"Nantilah kita cerita, kita nak tidur ni.. pukul 6.30 awak gerak kita ok?" Kaaku dan berkira-kira untuk kembali lena tapi terganggu dengan suara Ros yang nyaring itu. Bukan main bertenaga lagi dia nak mengacau aku.

"Cik muda.. janganlah tidur. Ikut jadual ini dah masa untuk bangun ok. Cepatlah bangun, saya dah tak sabar nak dengar cerita cik muda ni.." Giat Ros menarik-narik selimutku.

"Ye.. kejap lagi kita cerita, tapi sekarang bagi la kita tidur dulu.." Aku turut menarik selimutku. Haishh, kenapa Ros terlebih hyper pagi ini. Selalunya tak pula dia sampai tarik-tarik selimutku semata-mata nak suruh aku bangun.

"Kejap lagi yang maksudnya malam nanti ke cik muda Irina? Hari ni jadual cik sangat padat, nak bersembang pun tak ada masa. Baik cik cerita sekarang daripada saya lagi tertanya-tanya.." Bebel Ros lagi. Aku diam. Tak larat nak buka mulut. "Eh, kejap!" Kata Ros dan aku terasa yang dia mengusap-ngusap rambutku. "Potong rambut? Oh my gosh! Siapa yang potong rambut cik muda ni?" Soal Ros makin kuat dan penasaran.

Aku diam, malas nak layan soalan-soalannya. Bukan sekarang.

"Cik muda..."   Panggil Ros, perlahan. Membodek.

Aku buat bodoh. 

"Cik muda...." Panggil Ros, lebih berlagu. Lebih gedik.

Buat tak tau lagi.

"Cik muda!!!.. Tolonglah bangun. Saya dah tak sabar nak dengar cerita cik muda niiiiii..." Jerit Ros, cukup kuat menampar gegendang telingaku dan serta-merta membuatkan aku terbangun. Terkejut!.

"Ros!, Kenapa jerit-jerit ni? Terkejut kita.." Dengusku sambil mengurut dada.

"Sorry..." Ucap Ros perlahan, terpamer riak serba-salah di wajahnya. "Tapi kita curious sangat nak tau kemana cik muda dengan tuan muda pergi semalam" kata Ros lagi dengan reaksi muka teruja dan tak sabar. 

"Hurghh.." Aku mengeluh dan kembali berbaring. "Semalam kitorang pergi semua tempat yang awak cadangkan tu." Aku mula membuka cerita.

"Hah? Semua? Semua tempat yang saya cadangkan tu? Dengan tuan muda? Dia tak kisah ke?" Soal Ros bertalu-talu siap bersila di atas katilku.

Aku tersenyum, lucu melihat reaksinya yang siap terbeliak mata. "Taklah, dia lagi suka kita yang cadangkan tempat yang kita nak pergi sebab dia tak tau nak bawa kita pergi mana.."

"Oh, Tapi.. dari KLCC, Putrajaya, Times Square, Shah Alam, Banting.. bukan dekat tempat-tempat tu semua. Takkan tuan muda sanggup drive?" Soal Ros lagi, tertanya-tanya.

"Kitorang pergi KLCC, Times Square dengan putrajaya je. Tempat lain yang awak cakap tu tak sempat pergi, Masa pergi Putrajaya pun dah malam. Oh.. kita ada sesuatu nak tunjuk kat awak.." Aku bingkas bangun bila teringat sesuatu yang aku baru beli semalam. Kotak laptop yang aku letak di atas meja kopi aku capai, juga telefon bimbit yang aku letak di sebelah laptop itu. Aku bawa ke katil dan menunjukkan ianya kepada Ros yang sekarang sedang ternganga mulut.

"Ros.. tak payah nak ternganga sangat boleh kan?" Tegurku, tertawa sinis. Macamlah dia tak pernah nampak benda ini.

"Mana cik muda dapat semua ni? Siapa bagi?" Soalnya.

"Cuba teka.." 

"Tuan pengerusi?" 

Aku menggeleng. Ros garu leher.

"Kalau bukan tuan pengerusi yang nak bagi, siapa lagi?"

"Ahhaks, Harraz la yang belikan.."

"Harraz? Tuan muda?"

Aku mengangguk.

"Tuan muda.... tuan muda belikan laptop dengan handset ni untuk cik muda? Biar betul?" Soal Ros tak percaya.

"Awak tengok muka kita ni ada rupa macam orang main-main ke Ros?" Soalku.

"Tak.. tapi takkan lah tuan muda tu baik hati sangat sampai nak belikan untuk cik muda? Atau cik muda yang minta?" 

Aku menggeleng lagi. "Dia sendiri yang tawarkan untuk belikan untuk kita. Kita pun terkejut, tapi dah dia serius, ambil je la. Lagipun awak nak tau Ros, dah bertahun-tahun kita pasang azam nak kumpul duit untuk beli benda ni, tak sangka boleh dapat macam tu je semalam." Aku petik jari, menggambarkan betapa mudahnya untuk dapatkan laptop ini seperti memetik jari.

"Rezeki.. jangan ditolak." Ros tersengih memandangku, kemudian dia memegang rambutku. "Ini lagi satu benda yang saya nak tau ni, kenapa cik muda gunting rambut?"

"Bukan kita yang nak gunting, Harraz yang suruh. Siap paksa-paksa kita lagi. Cantik tak?" 

"Cantik... nampak comel! Nanti kalau pakai riben ke, bunga ke mesti lagi comel"

Aku tersipu-sipu malu. "Dan lagi satu, nanti tak payah la Ros susah-susah nak sikat rambut kita lepastu nak sanggullah, nak dandanlah segala sebab dia dah pendek, boleh lepaskan aje macam tu, kan?" Soalku, agak teruja.

"Ha'ah.. kalau tak sempat nak sikat rambut pun tak apa, sebab rambut cik muda memang dah kerinting, kalau tak sikat pun bukannya orang tahu. Hihihi" Galak pula Ros mengusikku.

"Amboi Ros... Oh ya, kita sebenarnya ada sesuatu nak tanya pada awak Ros." Aku mula serius dan membetulkan duduk.

"Apa dia?"

"Hari tu atuk ada cakap kat kita pasal Harraz, Atuk cakap lelaki yang tak bertanggungjawab, perlu diberi tanggungjawab, lepas tu kita tanya balik apa maksud atuk, tapi dia suruh kita tanya pada Harraz."

"Aha.. lepas tu?"

"Lepas tu semalam kita tanya la kat Harraz, apa maksud ayat yang atuk cakap tu, Harraz pulak cakap 'orang yang tak bertanggungjawab, kalau diberi tanggungjawab, bertanggungjawablah dia'. Kita tak faham.. Awak faham apa-apa tak Ros?"

"Kejap. point kat situ berkenaan tanggungjawablah. Tuan pengerusi bercakap pasal orang yang tak bertanggungjawab, tuan muda pula cakap tentang orang yang diberi tanggungjawab... " Ros garu kepala. Kami sekarang macam menyelesaikan satu teka teki yang akan membawa kami kepada harta karun yang bernilai jutaan ringgit.

"Hah.. lepas tu Harraz ada cakap.. 'matlamat dia bukan untuk jaga kita tapi dia terpaksa sebab kita ni tanggungjawab dia' masa kita tanya apa matlamat hidup dia"

Ros terfikir-fikir mencerna maksud ayat itu.

"Maksudnya, 'tanggungjawab' itu adalah cik muda. Tuan pengerusi serahkan cik muda pada tuan muda. Nak tak nak, tuan muda kena terima tanggungjawab itu a.k.a cik muda dan jaga sebaik-baiknya. Macam tu?"

Aku jongket bahu.

"KIta rasa betullah itu maksud tuan pengerusi. Sebab, cik muda ingat tak saya pernah cerita yang kami, kakitangan villa ni sangat pelik kenapa tuan pengerusi biarkan tuan muda untuk jadi penasihat cik muda sedangkan dia tau perangai tuan muda tu macammana. Jadi mungkin ini sebab kenapa dia buat macam tu. Betul tak?"

"Er.. ha'ah. Atuk pernah cakap yang dia percaya Harraz boleh berubah dan kita boleh ubah Harraz, cuma yang kita tak faham, kita nak ubah dia macammana?"

"Erm.. itu saya pun tak pasti." Dan kami sama-sama terdiam dan memikirkan tentang itu sehinggalah telefon bimbit Ros berbunyi. Ros mengeluarkan ianya dari poket baju, merenung nama di skrin sebelum menjerit.

"Kenapa?" Soalku, panik.

"Tuan muda call. Jam dah pukul 6.40!!" Kata Ros, juga panik, malah .Sangat. Panik.

Aku ikut terjerit, tanpa berlegah aku terus ke bilik air dan mandi. Gara-gara melayan Ros bersembang aku sampai tak sedar masa berjalan. Mampus aku pagi ni, tak pasal-pasal kena hukum lagi ni. Aku sekadar mandi ala kadar, cukup syarat saja. Keluar dari bilik air, disambut dengan muka Ros yang serba salah.

"Sorry cik muda.. saya tak perasankan jam tadi. Kalau cik muda kena hukum, cakap je saya yang tak gerakkan cik muda ok?" Ros mengekori langkahku ke meja solek. Aku capai sikat, baru terfikir nak sikat rambut tapi teringat yang Ros cakap tak payah sikat rambut pun tak apa, aku letakkan balik sikat dan capai getah rambut. Rambut aku ikat seperti ekor kuda, capai bedak sapu ala kadar kat muka, lagipun pagi ni aku akan buat senaman, membazir pakai bedak tebal-tebal nanti berpeluh juga.

"Cik muda.. dengar tak saya cakap ni? Susah sangat, biar saya ikut cik mudalah, nanti saya jelaskan pada tuan muda, ok?" Soal Ros, risau.

Aku pusing dan memandang Ros, "Awak jangan risaulah Ros, kita ok.. tuan muda awak tu takkan suruh kita berlari lagi kalau betul kita kena hukum pun. Kita pergi dulu okeh? Bubbye.." Pantas aku berlari meninggalkan Ros yang masih termanggu-manggu.

Aku keluar dari bilik dan disambut oleh Harraz di muka pintu bilikku.

"Lambat bangun.." Itu teguran pertama yang keluar dari mulut Harraz. Sinis.

"Ya.. penat semalam pun tak hilang lagi ni." Balasku, menipu. Ya, takkan aku nak cakap dah bangun awal, tapi bersembang dengan Ros pasal semalam dan terlupa nak tengok jam? Memalukan!.

"Yeah, seharian berjalan semalam dan penat tak bermakna yang kau boleh bangun lambat hari ini dan ubah jadual yang aku dah tetapkan." Balas Harraz, sinis. Tangan disembunyikan di kocek seluarnya.

"Ok.. sorry. Tapi kita ingat awak faham.."

"Faham. Kalau aku boleh bangun seperti biasa sepatutnya kau juga patut faham yang disiplin itu penting. Dah, tak payah nak membebel lagi, cepat ikut aku, ada hukuman untuk kau sebab lewat bangun" Kata Harraz lalu mengatur langkah.

Membebel? Siapa yang membebel sekarang ni? Aku mendengus marah lalu mengikut saja langkahnya yang entah ingin kemana. Sehinggalah kami sampai di kawasan luar villa. Ok, dia ni nak suruh aku tolong tukang kebun mengemas ke apa?.

"Lari satu pusingan." kata Harraz. AKu memandangnya, terkejut.

"Apa?" 

"Lari dua pusingan"

"Ha? tadi kata satu pusingan je." Aku memberontak.

"Yang kau tanya banyak sangat tu kenapa, kau tanya lagi aku naikkan lagi satu pusingan."

"Tapi kita kan tak boleh berlari.. nanti perut kita sakit. Awak nak tanggung?" Ugutku.

"Jangan banyak soallah, lari aje."

Aku ragu-ragu.

"Cepat!" Harraz meninggikan suara, lebih tegas.

Hendak tak hendak terpaksa jugalah aku mengatur langkah berjalan perlahan-perlahan. Dan semakin laju. Boleh dikatakan aku bukan berlari tapi aku berjalan laju. 

"Irina! Lari. Bukan berjalan" Jerit Harraz dari belakang, automatik aku terus berlari, takut juga kalau dia ikut aku nanti, tak pasal-pasal lagi susah aku dibuatnya. Bila dah semakin jauh dari Harraz aku mula perlahankan langkah dan berjalan santai. Menghirup udara pagi yang nyaman sambil menikmati pemandangan indah di sekeliling. Melihat padang luas yang ala-ala macam padang golf yang terbentang di sebelah kananku, menikmati haruman bunga yang baru nak berkembang dan oh, dari sini pun boleh tengok matahari terbit ya. Nampak lagi cantiklah. 

Kebetulan aku terserempak dengan salah seorang tukang kebun yang sedang menyapu daun-daun kering di tepi laluan yang sedang aku lalui ini. Bila dia ternampak aku, lekas-lekas dia berhenti menyapu dan menundukkan sikit kepalanya kepadaku sambil mengucap selamat pagi. Aku tersenyum dan membalas ucapan selamatnya sebagai tanda menghargai. Ah, sungguh aku malu bila dia buat macam tu, aku masih lagi belum boleh terima hakikat yang aku adalah "Cik muda" di sini. 

"Pin..pin..pin.." Tiba-tiba ada bunyi hon kuat di belakangku, pantas aku menoleh. Harraz? Alamak, mati aku. Dia datang cari aku naik kereta macam yang orang guna kat padang golf tu semata-mata nak pastikan yang aku berlari atau tak ke apa?. 

"Oh, aku dah agak dah kau mesti berjalan punya. Lari sekarang" Katanya, tegas. Walaupun dia cuba sembunyikan senyuman sinis di bibirnya tu, tapi mata aku masih belum rabun untuk tidak melihat senyumannya itu. Suka kau eh Harraz nak kenakan aku.

"Kita sakit perut lah, tak larat nak berlari.." Aduku sambil memegang perut, dan pura-pura buat muka kasihan. Ish, aku tak tau kenapa setiap kali aku dilanda masalah yang datang daripada Harraz, aku akan berazam untuk tidak ikut perintah dia lagi tapi bila berhadapan dengannya, aku jadi macam... tikus!. Ya, tikus yang berani curi makanan masa tak ada manusia tapi berlari masuk lubang bila manusia itu ternampak kelibat dia. Dan Harraz adalah manusia itu!.

"Tak payah nak banyak alasan sangatlah, muka kau tu bukan muka menipu. Dah tak payah nak berdalih lagi, lari je la cepat!. Karang aku suruh lari lagi dua pusingan baru kau tau."

Aku mencebik, geram. Tak puas hati. Irina!! Apasal kau ni lembik sangat? Lawan la Harraz tu. Aku memarahi diri sendiri tapi dalam masa yang sama kaki aku masih berlari mengikut perintahnya. 

'Arrgghh.. Irin apasal kau ni, lawan la dia balik!, dia yang bekerja untuk kau, bukan kau yang bekerja untuk dia!!!' Aku seolah-olah ternampak bayangan diriku dalam pakaian warna merah dan menyuruhku menentang Harraz, sedang bercakap dengan reaksi muka geram dan tak puas hati.

'irin.. dia penasihat kau, dia tau apa yang dia buat dan dia tau apa yang terbaik untuk kau. Ikut je arahan dia..' Bayangan diri aku dalam pakaian putih pula kelihatan. Bercakap dalam nada yang lembut dan sopan.
"Irina, lawan!"

"irina, sabar.."

"Irina! Irina! Irina!.. Argghh." Dan aku terjelepok jatuh. Itu lah berangan tak sudah kan dah tak nampak batu depan mata.

"Haduhhh.." Aku mengerang kesakitan, padahal tak adalah sakit sangat pun, ini teknik nak cover malu je. Harraz memberhentikan kenderaannya di sebelahku.

"Alololooo.. jatuh ya, sakit tak? Ada cedera kat mana-mana tak? Itulah aku suruh kau berlari, bukan suruh kau sambil berlari sambil berangan.." Harraz memerliku. Entah kenapa sejak semalam, dia suka memerliku dengan ayat 'berangan'. Sebelum ni tak pernah pun dia nak cakap macam tu. Apsal eh?.

"Apa kena mengena kita terjatuh dengan kita berangan? Entah apa-apa entah awak ni. Dah nak jatuh, jatuh je la. Tak ada kena mengena dengan berangan pun." Balasku, geram juga tengok dia mengekek ketawakan aku dari atas kereta dia tu.

"Kalau kau fokus berlari, kau takkan terjatuh sebab kau akan nampak batu depan mata walaupun batu tu kecil, jadi kau akan mengelak daripada tersepak batu tu kan? Tapi sebab kau tengah berangan, batu sebesar gajah pun kau boleh tak perasan!." Katanya lagi. Masih belum puas ya memerli aku?.

Terasa kalah dengan hujah balas dia, aku pantas bangun dan mengibas-ngibas telapak tanganku. Sebelum aku sambung larianku, sempat aku hadiahkan jelingan tajam untuknya. Tapi jelingan aku tu sekejap je sebab dibalas dengan pandangan mengerikan daripada Harraz. Eleh, dia ingat kalau buat muka serius macam tu, aku akan takut?. Ok, sebenarnya memang aku takut!.

"Haih.. dah separuh pusingan kau berlari, tapi separuh padang pun tak sampai lagi ni, cuba lari pantas sikit. Irina Imani, go! Go! Go!. Pantas! Tangkas! Ada anjing tengah kejar kau kat belakang, lari laju lagi kalau tak nak seluar kau koyak kena gigit." Bebel Harraz merepek-repek. Sejak bila pula ada anjing kat dalam kawasan villa ni?. Tu, mulut dia tu, apasal makin banyak sangat bercakap? Siap buat lawak bodoh segala. Masa awal-awal aku kenal dengan dia, jangan harap nak dengar dia bercakap selain daripada hal-hal penting yang berkaitan. Sekarang...

"Irina!! Anjing tu dah dekat dengan kau, lari lah cepat." Jerit Harraz cemas. Aku nak berpaling memandangnya tapi tiba-tiba aku terasa macam ada satu libasan kayu di punggungku. Adoi, siapa yang pukul aku ni. 

"Irin!!.. dia nak gigit kau lagi, lari cepat sikit, pantas! Pantas" Jerit Harraz lagi. Kali ni aku dah tak fikir rasional atau tidak, yang aku tau kata-kata Harraz itu dah berjaya mempsiko kan kepala otak aku untuk percaya. Sebab bila aku perlahankan langkah, punggung aku terasa seperti dilibas dengan sesuatu. Walaupun taklah sakit sangat, tapi tahan ke asyik kena hempuk kat situ je? Lama-lama koyak pula seluar aku.

Penyudahnya, aku berlari sehingga hampir sampai ke garisan penamat, perut aku pula tiba-tiba sakit. Kejang. Oh, dia dah mula dah.. Aku berhenti berlari dan menekan perutku.

"Apasal?" Soal Harraz dari atas kenderaannya.

"Awak punya pasallah, dah perut kita sakit" Kataku, sengaja ingin buat dia rasa serba-salah. Harraz turun dari kereta kecil tak berpintu itu dan berdiri di hadapanku yang sedang berdiri terbongkok. Dia juga ikut menunduk dan mencari wajahku, aku angkat kepala, memandangnya pelik. Apasal tiba-tiba buat perangai pelik ni?.

"Aku memang sengaja nak suruh kau sakit perut." Katanya. Aku kerut dahi. Sah, makin lama aku makin tak faham dengan perangai Harraz. 

"Kenapa?" Soalku.

"Sebab aku yakin pasti ada sebab kenapa kau sakit perut setiap kali berlari, oleh sebab itu, aku dah pun buat sikit kajian dan menjumpai puncanya." Kata Harraz. Lagaknya dah macam seorang professor tak bertauliah.

"Apa sebabnya?" Soalku, nak tahu juga kan. Kot-kot aku ada penyakit kronik ke...

"Ada empat sebab." Harraz menegakkan empat jarinya sambil berjalan mundar mandir di hadapanku. Macam seorang pegawai penyiasat menyoal tertuduh. "Pertama." Ditegakkan jari telunjuk manakala jari yang lain dijatuhkan. "Tubuh kekurangan bekalan oksigen, kau kena tahu mengawal teknik bernafas yang betul semasa berlari. Sebab bila kau tarik nafas terlalu kuat masa berlari itulah yang menyebabkan dinding otot perut kau sakit." Terang Harraz sangat panjang lebar ok.

Aku terangguk-angguk. "Oh.. yang kedua?" Soalku. Semakin teruja.

"Yang kedua." Dia berjalan ke kereta kecil itu dan duduk di atasnya. Melihat dari gayanya itu aku tahu yang sesi ini akan jadi satu sesi yang panjang, jadi aku pun mengambil kesempatan untuk duduk di atas aspal. Sambil memeluk lutut.

"Kekurangan cairan tubuh. Atau dehidrasi. Biasalah bila berlari, badan kita mestilah keluarkan peluh, jadi secara tak langsung dehidrasi pun berlaku. By then kau kena ambil air yang secukupnya. Sebab itulah biasanya orang yang rajin berjogging pagi-pagi diorang akan bawa botol air. Tak macam kau, dah la bangun pun lambat, satu benda pun tak bawa, tau bawa badan je.." Sempat lagi dia mengenakan aku. Chit, menyampah. Aku tak nampak pun dia bawa botol air dia sendiri?.

"Apa? Mengutuk aku? Tak berkat ilmu nanti baru tau. Tak sedar ke yang sekarang aku tengah mengajar subjek biologi pada kau ni?" Katanya lagi.

"Ish, mana ada kita kutuk. Orang tak cakap apa-apa pun.." Rungutku perlahan.

Harraz menjelingku sambil mencapai botol air dari seat sebelah dan meneguknya sambil masih menjelingku. Eh, apasal tiba-tiba dia ada air botol pula ni?.

"Sebab yang ketiga. Terjadinya kram perut. Itulah aku pesan dulu, sebelum berlari buat regangan dulu, yang kau main lari je, bukan setakat kaki je yang boleh kram, perut pun boleh tau!" 

"Ohhhh.." Aku terangguk-angguk lagi. Faham. "Err.. yang keempat?" Soalku bila Harraz seolah melengah-lengahkan sesi bercerita.

"Adanya masalah pada usus besar atau pundi kencing. Bila organ di dalam tubuh seperti usus besar, kandung kencing atau otot pinggul mengalami gangguan, maka hal ini akan berdampak dengan timbulnya rasa sakit di perut. Sebab itu kau jangan berlari terlalu cepat atau terlalu keras pada saat awal berlari, macam tadi, aku saja pukul kau dengan kayu ni sebab aku nak pastikan betul atau tak teori yang aku jumpa tu." Harraz menarik sebatang kayu penyapu dari belakang kereta itu. Aku dah ternganga mulut melihatnya. Oh, itu yang dia kata ada anjing kejar aku tu? Sengalllll. Sakit punggung aku kena libas dua tiga kali!. "Jadi kalau dah terasa perut kau sakit, lambatkan larian atau berhenti je macam yang kau buat tadi." Kata Harraz menyambung bicara.

"Jahat la awak ni pukul kita dengan batang penyapu tu. Sakit tau!" Aku mencebik, geram.

"Sakit? Aku pukul sikit je, bukannya aku libas betul-betul."

"Ye la, bagi awak memang la sikit je, tapi bagi kita yang kena ni, sikit pun sakit tau!" 

"Herrrr.. pandailah kau nak menipu aku. Dah bertahun-tahun aku buat kerja pukul orang ni, aku taulah macammana pukulan yang sakit dengan yang tak menyakitkan." Kata Harraz tetap mahu menang sambil menghidupkan enjin kereta. 

"Awak nak pergi mana tu?" Soalku, cuak. Aku mula berdiri.

"Balik la, bosan aku asyik mengadap muka kau je."

"Eh, habis tu kita nak balik naik apa?" Soalku.

"Jalan kakilah!"

"Eeeii.. perut kita sakit ni." 

"Peduli apa aku dengan perut kau, bukan perut aku."

"Harraz!!.."

"Kejar aku dulu, baru aku bagi kau naik" Katanya dan kereta pun mula berjalan perlahan. Seolah sengaja memberikan peluang kepadaku untuk mengejar. Dalam keadaan perut yang sakit terpaksa berlari semata-mata untuk menumpang kereta orang yang tak ikhlas untuk tumpangkan tu? Aku rela duduk kat sini sampai perut aku tak sakit lagi. Aku kembali melabuhkan punggung. Geram, sakit hati, eeii.. sabar je lah dengan perangai Harraz ni.

Beberapa saat kemudian, Harraz mengundurkan keretanya dan berhenti betul-betul di hadapanku. Aku buat tak nampak. Malas nak angkat kepala dan melihat muka sinisnya itu.

"Dah macam peminta sedekah aku tengok. Heh heh.. sorrylah dik, abang tak ada syilinglah. Hahahahah " Katanya sinis beserta ketawa yang sangat menyakitkan telinga. Fine, kau kenakan aku sekarang. Esok lusa kalau ada peluang aku pula akan kenakan kau. Mendidih suhu kepanasan hatiku, geram.

"Naiklah, kesian pula nanti gardeners tengok kau macam orang nak raih simpati. Hahaha.." Tengok tu, tak habis-habis lagi dia nak bahan aku. Aku kakukan diri dan buat tak dengar. "Cik muda, naiklah. Nanti tuan pengerusi marah saya pula sebab tak jaga cik muda..." Dan lagi. "Haishh.. degilnya budak Irin ni, nak suruh aku angkat ke? Meh, meh, aku dukung meh.." Kata Harraz dan turun dari kereta menuju ke arahku. Cepat-cepat aku bangun dan menuju ke arah seat disebelah pemandu. Sempat telinga aku menangkap bunyi suaranya yang ketawa sinis sambil berkata, "Tau takut.." 

Sepanjang perjalanan ke pintu utama villa aku senyap tak bersuara, masih tak puas hati dengan gurauan Harraz. Kereta diberhentikan, aku turun dari kereta dan ingin cepat-cepat masuk ke dalam, tapi panggilan Harraz yang memanggilku berkali-kali menghentikan langkahku.

"Kenapa?" Soalku, malas.

"Apasal nak tunggu aku panggil banyak kali baru nak menyahut? Dah pekak ke apa? Ke tak korek telinga?" Soalnya, ah, sempat pulak la nak membebel kat sini..

"Ish.. kita nak masuk cepat, nak mandi ni. Nanti terlambat lagi awak marah pula."

"Kalau kau siap awal pun kau tetap akan terlambat sebab aku nak bagitau kau kelas kau hari ni kat tempat lain.." katanya. Aku baru berkira-kira untuk bertanya dimana kelas aku akan diadakan, tapi tak terkeluar soalan tu bila aku ternampak ada kereta yang sedang menuju ke arah kami. Kereta hitam yang belum pernah aku lihat ada di kawasan villa sebelum ini. Harraz turut memandang ke arah yang aku lihat itu. Kami diam sehinggalah pemandu kereta itu keluar dan mengeluarkan beg pakaian dari bonet kereta. Pintu di tempat penumpang dibuka dari dalam. Kaki yang menyarung kasut tumit tinggi yang ala-apa kasut but yang mula-mula dulu keluar dari kereta sebelum empunya badan. 

Seorang wanita yang berkulit putih bersih dengan rambut yang disanggulkan berdiri di hadapan kami, buat beberapa saat mata aku dan dia bertentangan. Aku terpana, dia merenungku dengan dahi berkerut.

"Ibu?" Dan bibirku tanpa sedar mengucapkan panggilan yang dah lama aku rindukan itu. Harraz memandangku tanpa perasaan. 




4 ceritaMia's lovers:

arasnieryie@1995 said...

Irina,jgn lar lembap sgt.xsuke tau!!..

Qaireena Erlysa said...

lawanlah irin..adushhh,biar padan muka harraz...kena marah nnti..

apapun besh la...smbung2

Anonymous said...

Cannot wait 2 see the nxt chapter ;DCannot wait 2 see the nxt chapter ;D

Anonymous said...

Cannot wait 2 see the nxt chapter ;D