http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Wednesday, October 12, 2011

Bab 19



Seperti yang telah aku nantikan sejak awal pagi lagi, tibalah masanya untuk aku dan mak su keluar berjalan-jalan. Mood aku agak terganggu juga sebenarnya disebabkan sikap Harraz tadi tapi bila melihatkan wajah mak su yang ceria dan tersenyum lebar sampai ke telinga, aku paksa diri untuk lupakan tentang Harraz dan fokus pada aktiviti kami hari ini. Alah, kalau betul aku dan Harraz akan kembali bermusuhan pun aku peduli apa, bukannya aku tak biasa kena hukum dan lihat muka serius, tak ada perasaan dia itu. bak kata orang, alah bisa, tegal biasa.

"Ok.. hari ni Irin nak pergi mana selain shopping? Mak su dah fikir nak buat beberapa perkara tapi mak su nak minta pendapat Irin juga kot-kot Irin teringin nak kemana-mana." Kata mak su memandangku. Tidak seperti biasa bila keluar dengan Harraz dia yang akan memandu, tapi hari ini kereta dipandu oleh pemandu peribadi yang memakai pakaian seragam. 

"Irin ikut mak su jelah. Lagipun mak su lebih tahu mana tempat-tempat best yang kita nak pergi." Jawabku, menyerahkan sepenuhnya kepada mak su untuk mengatur aktiviti kami hari ini.

"Ikut mak su? Ok.. kalau macam tu kita pergi shopping dulu, lepas tu makan, lepas tu tengok wayang, lepas tu pergi spa sebab mak su dah lama tak buat rawatan muka dan badan, lepas tuuu....errmm..." Mak su menyenaraikan semua perkara yang ingin dilakukan hari ini dengan jari sambil memikirkan lagi apa aktiviti lain. Amboii.. sempat ke satu hari ni nak pergi semua tempat tu?.

"Mak su, kita ada satu hari ni je untuk pergi ke semua tempat yang mak su cakap tu, sempat ke?" Soalku.

"Satu hari tu maksudnya 24 jam Irin, hellooo.. Irin sekarang keluar dengan mak su yang dah pun berumur 32 tahun. Kita bukan budak sekolah yang harus balik ke rumah sebelum pukul 10 malam..." Itu pula jawapan mak su.

"Maksud mak su?" Soalku. Kerut dahi.

"Kita baliklah lepas puas pergi semua tempat yang kita nak pergi. Balik pagi-pagi buta pun atuk takkan marah la.." Jawab mak su tersenyum-senyum. Aku dah terangkat kedua-dua kening. Biar betul mak su ni, kalau balik lambat macammana aku nak ikut jadual Harraz esok?. Dah la mood dia tengah tak elok tu, karang tak pasal-pasal aku tak dapat tidur langsung terus kena pergi kelas. Adoiii...

"Kenapa? Irin tak nak ke?" Soal mak su curiga. Mungkin dia dapat mengesan perubahan pada air mukaku.

Cepat-cepat aku menggeleng. "Eh, tak. Mana boleh tak nak, mestilah nak.." Dalihku, tak mahu buat mak su terasa hati. Dah la ini kali pertama kali kami akan keluar bersama, takkan la aku nak tolak permintaan dan rancangannya.

Mak su senyum. "Irin tau tak, masa Irin hilang dulu mak su risau sangat, macam-macam yang mak su fikir, entah Irin kena culik ke, entah Irin pun kena langgar lepas tu mayat Irin tercampak kat mana-mana ke, Ish.. macam-macam la. Sebab tu bila Irin dah kembali ke villa tapi mak su langsung tak diberitahu, mak su jadi geram sangat. Tak fasal-fasal Irin yang jadi mangsa. Mak su minta maaf ya?" Mak su meletakkan tangannya di atas telepak tanganku, digenggam erat. Terasa seperti ada aliran kasih yang cuba mak su sampaikan padaku.

Aku balas genggaman tangannya dan membalas. "Tak mak su, Irin tak kisah pun apa yang mak su buat dulu. Irin faham perasaan mak su, cuma masa tu Irin betul-betul tak ingat yang Irin ada mak su. Maklumlah kejadian tu berlaku Irin kecil lagi dan Irin macam trauma sampai Irin tak ingat apa-apa pasal masa silam, kecuali apa yang Irin nampak masa kemalangan tu." Terangku bersungguh-sungguh, tak mahu mak su salah anggap tentangku.

Mak su tepuk perlahan belakang tanganku. "Tak apa, mak su faham.. Eh, dah la, kenapa la tengah nak seronok-seronok ni kita bangkitkan isu macam ni pula."  Kata mak su tergelak.

Aku senyum. 

"Puan, dah sampai.." Kata pemandu itu selepas dia berhenti di hadapan sebuah bangunan besar. Aku pun tak pasti apa nama kompleks beli belah ini.

"Jom Irin, kita dah sampai." Kata mak su dan membuka pintu kereta. Aku mengikutnya keluar.

Aku dan mak su kini berdiri di hadapan pusat membeli belah di tengah-tengah ibu kota. Mak su menghulurkan tangannya kepadaku, aku menyambut dan kami berjalan berpimpinan tangan masuk ke dalam pusat beli belah yang sangat sarat dengan lautan manusia itu. 

Lokasi pertama yang kami tuju adalah kedai yang menjual beg tangan berjenama. Mak su menyuruh aku memilih mana-mana yang aku berkenan, katanya semua perbelanjaan dia akan tanggung, tinggal lagi untuk aku pilih dan ambil. Aku angguk kepala saja,  tapi sayangnya aku tak minat nak pakai beg tangan berjenama yang jenis diperbuat daripada kulit ini. Aku ada satu pemikiran aneh iaitu bagi aku bila aku memakai beg tangan kulit aku terasa seperti dah tua. Bukan ke hanya wanita-wanita yang bekerjaya dan berumur dua puluh lima tahun ke atas sahaja yang suka pakai beg macam ni... 

Oh, aku tahu pemikiran aku sangat cetek. Boleh jadi pengaruh dalam drama di televisyen yang membuatkan aku berfikiran begini?.

"Irin? Dah pilih?" Soal mak su.

"Tak apalah mak su.. Irin tak minatlah." Kataku menyengih. Menolak secara baik.

"Tak minat? Tak apa, nanti kita tengok tempat lain, ok?" Saran mak su.

Aku mengangguk setuju. Aku harap yang mak su takkan bawak aku ke kedai beg yang jual beg kulit lagi!.

Mak su mencuba beberapa jenis beg yang berkenan di matanya sambil meminta pendapatku. Walaupun aku langsung tak pandai nak menilai 'kecantikan' beg itu, asalkan ianya nampak sedap mata aku memandang, aku cakap je "Hah.. yang tu sesuai untuk mak su"

"Ye ke sesuai? Tapi yang ni gelap sangatlah warna dia.. mak su tak sesuai guna warna-warna gelap.." Kata mak su dan meletakkan semula beg berwarna hijau tua itu ditempatnya.

Aku garu kepala.

Mak su capai pula beg tangan berwarna ala-ala cream campur kuning. Dipakai dan ditayangkan di hadapan cermin. Sekejap di sangkut ke bahu, sekejap dipegang, kemudian disangkutkan di siku. Akhirnya...
"Mak su rasa yang ini sesuai untuk mak su lah, Irin rasa?" Soal mak su tanpa memandang ke arahku.

"Er... sesuai kot.." Aduh, aku mana pandai nak jadi pengkritik pasal fesyen. Kalau tanya aku buku apa yang paling best untuk dibaca aku tahu lah.

"Kot?" Soal mak su terus memandang ke arahku. Perkataan 'kot' itu pun sangat besar maknanya bagi dia?.

"Eh, tak. Sesuai. Memang sangat sesuai. Kan mak su cakap, warna yang lembut-lembut sesuai dengan mak su.. ala, lagipun kalau mak su pakai apa pun semuanya nampak cantik Irin tengok." Kataku lancar. Gara-gara tak mahu mak su terus memilih beg yang sesuai sedangkan aku dah penat nak jadi tunggul tengok dia asyik membelek dari tadi. 

Mak su tersenyum. Nampak berpuas hati. "Kalau dah Irin cakap macam tu, mak su beli yang inilah.." Putus mak su akhirnya. Aku tarik nafas lega sebelum menghembusnya. Fuhh..

Kalau dah pentingkan kesempurnaan tu, semua benda pun nak sempurna je. Mak su.. mak su..

Aku mengekori langkah mak su ke kaunter bayaran. Selepas jurujual itu mengimbas tanda harga beg itu, aku mengucap dalam hati melihat harga yang tertera di skrin kecil mesin kira-kira itu. Nak beli beg tangan 'SAJA' mak su boleh berhabis sampai macam tu sekali? Sangat berbeza dengan kehidupan aku dulu yang nak beli kasut baru yang cuma RM10 kat pasar malam pun kena fikir dua, tiga kali. 

Memang kehidupan aku dah berubah seratus peratus. Irina Imani dan Cik Muda Irina Imani.

Seterusnya kami singgah di kedai kasut. Satu persatu kasut yang ada di situ mak su cuba. Aku hanya melihat kerana aku kurang gemar memakai kasut tumit tinggi. Seperti tadi, mak su juga meminta pendapatku tentang kasut yang paling sesuai untuknya. Sekali lagi aku garu kepala. Kenapalah mak su suka tanya soalan yang aku tak tahu nak jawab macammana? Citarasa aku dan mak su sangat berbeza. Kalau aku bagi 
pendapat aku, mak su pula yang tak setuju, sama je macam aku tak payah bagi pendapat langsung. Kan?

"Irin.. cepatlah, mana yang paling cantik ni? Mak su dah peninglah tak tahu nak pilih mana satu." Rengek mak su dengan di atas lantai itu berlambakan beberapa pasang kasut tumit tinggi berlainan warna dan rekaan. Semuanya mak su dah cuba, dan sekarang dia dah pening untuk buat pilihan.

Aku pandang pelayan kedai yang sedang berdiri berdekatan kami. Sejak tadi dia setia melayan kerenah mak su, dan aku terfikir untuk menyuruh mak su tanyakan saja pada pelayan kedai ini tapi tiba-tiba otak aku terfikir yang apa gunanya aku di sini kalau bukan untuk memberikan pendapat aku sekalipun ianya mungkin akan ditolak mentah-mentah oleh mak su.

"Errmmm.. Irin rasa mak su sesuai warna hijau tu lah." Kataku sambil menunjuk ke arah kasut tumit bertali yang berwarna hijau lembut itu. Bukan kah mak su cakap tadi yang dia sesuai dengan warna-warna lembut?

Mak su membongkok dan mencapai sebelah kasut yang aku tunjukkan itu. Dibeleknya berkali-kali, kemudian disarungkan ke kaki. Diperhati lagi.

"Kasut ni tak sesuai lah dengan mak su, nampak macam gaya remaja sangat." Kata mak su.
Aku angguk kepala. Dah tahu dah. 

"Mak su rasa merah ni lagi baik kot. Kalau pakai dengan dress hitam lagi menyerlah, kan?" Katanya sambil menggayakan kasut berwarna merah menyala. 

Kalau dah tahu kasut tu yang paling sesuai, kenapa la mak su pergi tanya kat aku mana yang sesuai untuk dia?. Mak su.. mak su.. nampaknya cukup sekadar aku keluar dengannya selama satu hari ini, aku sudah boleh kenal mak su luar dan dalam.

"Ok, saya nak yang ini.." Mak su menghulurkan sepasang kasut merah itu kepada pelayan kedai itu yang tersenyum, puas hati agaknya kerana akhirnya pelanggannya yang cerewet ini memilih untuk membeli sekurang-kurangnya sepasang kasut. 

Sepasang? Oklah tu.. daripada tak beli langsung.

"Betul Irin tak nak kasut?" Soal mak su kini memandangku. Aku menggeleng.

"Apa lah Irin ni, tadi suruh pilih beg tak nak, pilih kasut pun tak nak. Mak su ada duitlah Irin.. tak payah risau. Pilih saja apa yang Irin suka, kad kredit ada. Lagipun.. apa gunanya status kita sebagai pewaris harta legasi Resident Hotel kalau nak beli kasut sepasang pun tak mampu.." Bebel mak su. 

"Irin bukan tak nak mak su, tapi Irin tak minat.. " Kataku membela diri. Dah bertahun-tahun aku terbiasa hidup dengan cara yang sangat sederhana dan berjimat cermat, pastilah aku rasa sangat membazir bila ingin membeli sesuatu yang aku sangat tak perlukan.

Mak su bangun dan menyangkutkan beg tangan ke bahunya. "Irin.. sekarang status Irin dah berubah tahu? Dari tak minatlah Irin kena belajar untuk suka dan cuba benda-benda baru, kat bandar ni kalau nak orang hormatkan kita dengan wang ringgit, dengan barang-barang berjenama je, bukan dengan budi bahasa dan tutur bahasa yang sopan saja." Katanya dan berjalan menuju ke kaunter pembayaran. 

Buk, ambik kau sebijik-sebijik kata-kata mak su itu terkena pada batang hidung aku sendiri. Walau setinggi mana pun aku akan terbang, aku tetap akan berpegang pada jati diri dan prinsip aku. Kata emak, harta tak boleh buat hidup kita bahagia, tapi kitalah yang kena bahagiakan hidup kita walaupun tanpa harta.

Habis kat kedai kasut, pusing-pusing lagi. Tengok minyak wangi, mak su sibuk sembang-sembang dengan pelayan di kedai minyak wangi itu tentang produk wangian terbaru mereka. Aku tak ambil port sebab aku tak minat nak dengar. Lagipun diaorang bersembang dalam bahasa inggeris. Aku tak faham.

Mak su akhirnya beli juga minyak wangi tu, dua. Satu untuk dia satu lagi untuk aku. Kali ini dia tak tanya samada aku mahu atau tak, tau-tau dia dah hulur beg plastik kat aku pun.

Kami teruskan perjalanan, singgah sekejap di gerai menjual coklat yang berada di tengah-tengah ruangan pusat beli belah itu. Bukan untuk melihat-lihat, tapi untuk membeli. Kali ini mak su tak perlu tanya, aku sendiri dah memandai-mandai menunjuk coklat mana yang aku mahu. 

Mak su tersenyum. "That's my girl.." Katanya.

Seterusnya kami ke kedai pakaian wanita yang sangat-sangat cantik. Mak su menyuruh aku memilih apa saja pakaian yang aku suka, aku menolak kerana memikirkan yang pakaian di almari pakaian aku itu masih banyak yang belum dipakai tapi mak su memaksa dan katanya kalau aku tak beli juga dia akan anggap yang aku tak sudi menganggapnya sebagai mak saudaraku. 

"Tadi Irin cakap tak berkenan dengan beg tangan itu, tak nak kasut, sekarang Irin cakap dah banyak baju yang belum dipakai pula. Habis buat apa Irin keluar dengan mak su kalau Irin langsung tak beli apa-apa?" Soal mak su seperti berjauh hati denganku. 

Aku garu kepala. Bukan aku sengaja menolak pemberian mak su tapi dah memang banyak lagi baju-baru baru yang aku belum pakai kat almari pakaianku di villa tu, takkan nak tambah yang baru pula, nanti bila masanya aku nak pakai?

"Kalau Irin tak nak tak apalah, mak su boleh buat apa kan.. mungkin Irin belum anggap yang mak su ni mak saudara Irin.." Kata mak su lagi, lirih.  

  Mak su ni sengaja nak psiko aku kan. Kalah dengan mimik mukanya yang seperti menagih simpati itu akhirnya aku pilih jugalah beberapa pasang pakaian. Baru mak su senyum.

"Pilih sepasang cukuplah la ya mak su?" Kataku sambil menarik sehelai gaun putih paras betis.

"Sehelai je? Irin alang-alang dah beli, ambil la sepuluh helai pun tak apa." Kata mak su. Aku jadi keliru samada dia memerli aku atau benar-benar memaksudkannya.

"Ok..ok, dua helai." Balasku lalu menarik lagi sepasang kameja ringkas bercorak bunga-bunga kecil.

Mak su mendengus kasar. Dipilihnya beberapa helai pakaian dan diberi kepadaku. Pergi cuba semua baju ni, tengok sesuai atau tak. Tapi jangan cakap kat mak su yang semua baju tu tak sesuai dengan Irin!" Sempat pula mak su beri amaran keras kepadaku.

"Mak su..." Rengekku. Lecehnya nak kena fitting baju pula.

"Ini hukuman sebab Irin dah banyak kali tolak pelawaan mak su. Dah, dah pergi cepat. Eh, bak sini mak su pegangkan beg." Kata mak su sambil menolak aku ke bilik persalinan sebelum menarik beg tangan aku yang tersangkut di bahu.

Selepas mencuba baju pertama, aku keluar untuk tunjukkan pada mak su dan katanya baju gaun paras lutut itu sangat sesuai dengan aku, aku mencuba pula pakaian kedua, mak su sedang sibuk melihat-lihat baju pula jadi aku memutuskan untuk mencuba semua baju itu tanpa menunjukkan kepada mak su. Setelah hampir entah berapa jam aku duduk di dalam bilik persalinan itu, barulah aku keluar.

Nampaknya cuma ada beberapa pasang baju saja yang tak berkenan di hatiku. Aku memerhati sekeliling kedai, mencari kelibat mak su yang sudah tiada. Mana pula mak su pergi ni?. Aku memilih untuk bertanya pada pekerja di situ.

"Err.. kak, ada nampak tak mak cik saya yang datang dengan saya tadi?" Soalku. Aku yakin yang kakak ini tahu siapa yang aku maksudkan kerana dia yang menyambut kedatangan kami ke sini tadi.

"Oh, tadi dia pesan yang dia pergi tandas dan akan kembali ke sini semula. Dia suruh adik tunggu kat sini sampai dia datang." 

"Ermm.. sudah berapa lama  dia pergi ya?" Soalku lagi.

kakak ini melihat jam di pergelangan tangannya "Mungkin dalam dua puluh minit dah kot.."

"Dua puluh minit? Lamanya.." Kataku. "ermm.. tak apalah, terima kasih ya." Ucapku. kakak itu mengangguk dan kembali menyambung tugasnya di kaunter. Memandangkan yang mak su suruh aku tunggu, maka aku memutuskan untuk tunggu mak su di kerusi berhadapan dengan kedai ini saja. Sambil memerhatikan orang yang lalu lalang sampai pening lalat.

Rasanya macam dah lama sangat mak su ke tandas. Kenapa tak datang-datang lagi ni? Oh, kenapa tak buat panggilan saja? Aku tercari-cari beg tanganku. Eh, beg aku pun hilang? Oh, bukankah tadi mak su yang pegangkan beg tanganku?. Habis? Macammana nak call mak su ni?.

Aku dah rasa tak sedap hati. Kalau ada telefon di tanganku sekurang=kurangnya aku boleh tefon mak su, atau Ros, atau atuk atau sesiapa saja untuk memberitahu dimana aku berada tapi jadi satu masalah pula bila telefon tak ada dan aku langsung tak ingat nombor telefon mereka untuk aku buat panggilan menggunakan telefon awam. Apa patut aku buat sekarang?

"Mak su... Irin kat sini, mak su kat mana?" Rengekku, berharap sangat yang aku akan jumpa mak su sekarang. Aku bangun dari tempat dudukku dan berjalan tanpa arah hanya untuk mencari mak su. Mungkin aku patut mulakan dengan mencarinya di tandas. Mana tahu yang kat tandas ada ramai orang ke, sebab tu mak su terlambat keluar. Kot..??

Aku masuk ke dalam tandas di aras tempat aku berada tadi. Memang betul, ramai orang dalam tandas tapi aku tak nampak pun bayang mak su. AKu tunggu beberapa minit, mungkin mak su berada dalam bilik tandas itu ke. Tapi selepas seorang demi seorang keluar dari tandas muka mak su tak juga kelihatan. Aku keluar dari ruang yang sempit itu. Hati aku dah mula rasa tak enak. Kemana sajalah mak su ni pergi?.

Melilau-lilau mataku memandang sekeliling. Tiba-tiba aku ternampak kelibat mak su di sayap yang bertentangan dari tempat aku berdiri. Mak su melilau-lilau seperti sedang mencari aku. Aku dah terasa macam nak menjerit memanggil tetapi aku masih ada rasa malu untuk menjerit di tempat awam begini. Lalu aku berlari dan berharap yang aku masih sempat mengejar langkah mak su. Tetapi dalam keributan lautan manusia sekejap saja aku dah hilang jejak mak  su. Aku memerhati sekeliling, air mata memang dah tak dapat aku tahan lagi. Perasaan takut dan risau menguasi diri aku sekarang. 

Aku berjalan di setiap aras dalam shopping mall itu. Aku yakin yang mak su akan menyuruh sesiapa untuk datang mencariku di sini. Pasti. Bila dah penat berjalan, aku duduk tapi kepala aku tak berhenti bekerja dengan memandang sekeliling. Mana tahu yang aku mungkin akan ternampak kelibat mak su dimana-mana.

Puas berehat. Aku sambung perjalanan. Perut aku mula berbunyi, lapar. Tekak aku mula terasa kering. Haus. Duit pula tak ada. Makin berganda harapanku yang mak su akan cepat-cepat jumpa aku disini.

"Mak su.. mak su kat mana... " Rengekku seorang diri.

Aku turun ke aras paling bawah. Pusing sekeliling. Naik ke tingkat dua. Ke tingkat tiga. Dan seterusnya yang aku pun dah tak tahu berapa banyak kali aku turun naik, turun naik eskalator itu. Sedar-sedar cuaca kat luar pun dah gelap.

Malam pun menjelma. Kelibat mak su atau pekerja-pekerja mahupun bodyguard villa langsung tak kelihatan di sini. Apa mereka memang tak nak datang cari aku kat sini ke? Aku dah mula rasa macam nak meraung dan bagi satu kompleks ini dengar agar mereka boleh membantu aku mencari mak su. Tapi bukankah memalukan seorang anak gadis boleh sesat dari jagaan ibu saudaranya dan dia tak tahu jalan pulang ke rumah? Ohh... apa patut aku buat sekarang?. Perut aku dah semakin lapar, kaki aku dah semakin sakit untuk terus berjalan, tekak aku juga sudah semakin perit untuk bercakap. Pedih bila ianya tak disirami air sepanjang hari.

Aku semakin rasa ingin menangis bila melihat satu persatu kedai mula ditutup, pusat beli belah ini sudah ingin ditamatkan operasi untuk hari ini. Mahu tak mahu aku terpaksa keluar dari sini. Kemana pula hala tuju aku seterusnya?

Aku berjalan-jalan pula di sekitar kawasan luar pusat beli belah ini tapi bila keadaan jadi semakin sunyi, aku ambil keputusan untuk berjalan ke tempat yang lebih selamat dan riuh. Aku belum boleh percaya dengan keadaan di sini kerana kata emak, manusia ini kadangkala memakai topeng. Hati-hatilah dengan manusia bertopeng itu yang mempunyai peribadi di luar jangkaan kita.

"Hai... awak, jalan sorang-sorang nak pergi mana?" Soal seorang lelaki yang tiba tiba muncul di sebelahku dan meletakkan lengannya di bahu aku. AKu tepis kasar dan berjalan lebih pantas tapi lelaki itu sebaliknya mengejar aku. Benda yang paling aku harap takkan terjadi sekarang sedang berlaku. 

Air mataku  yang tadi sudah kering kini sekali lagi mengalir. Takut. Takut jika aku diapa-apakan.

"Hei apasal sombong sangat ni?? Mari la abang temankan...hahaha" Katanya sambil tergelak suka. Aku hampir meraung kerana takut yang teramat sangat. Lelaki ini panik melihatku yang tersedu sedan sedang mengesat airmata yang mengalih macam air terjun yang tak pernah berhenti mengalir jatuh.

"Weh bai.. aku tak buat apa-apa pun yang kau menangis ni kenapa?" Soal lelaki ini. Curiga.

Aku diam, yang aku lakukan cuma menangis dan cuba menjauhkan diri dari lelaki itu.

"Ahh.. mental ke budak ni, blah ar.." Katanya dan terus menjauhkan diri dariku. Aku tarik nafas lega dan terus mengatur langkah mencari tempat selamat untuk aku berlindung sebelum akhirnya aku menyorok di tepi pokok-pokok renek yang ditanam di tepi jalan. Menangis, menangis dan menangis dan berharap agar seseorang yang akan datang menyelamatkan aku di sini. Penat menangis, aku termenung. Tunduk merenung tanah sambil duduk memeluk lutut.

Entah berapa minit atau jam kemudiannya, ada seseorang yang berdiri di hadapanku. Aku memandang kasut selipar itu, sebelum melihat ke seluar track yang dipakai, terus mendongak memandang ke baju t yang dilapisi sweater nipis, akhirnya terus mendongak memandang muka manusia yang sedang berdiri di hadapanku ini. 

Harraz!.

Air mata yang dah kering tadi kembali basah dan mengalir laju keluar dari mataku. Aku bukan menangis sebab takut kena marah dengan Harraz walaupun reaksi muka dia sekarang menggambarkan yang dia mungkin akan marah aku, tetapi aku menangis kerana aku rasa lega yang teramat sangat. Aku rasa.. macam beban yang aku tanggung dah ditarik. Aku rasa selamat, aku menangis kerana gembira.

Harraz hembus nafas lega. Dia nampak penat, peluh yang merenik di dahi dikesatnya, dia terbongkok sedikit sambil memegang pinggang sebelum akhirnya dia bercangkung di hadapanku. Harraz tunduk memandang tanah. Kemudian dia angkat kepala memandangku. Muka penat tapi serius.

"Kenapa kau menyorok kat sini? Menyusahkan aku je nak cari kau tau tak?" Soalnya. Mendatar.
"Tsk... tskk.. kita takut.." Jawabku.

"Takut? Dah tu apasal kau lari dari mak su?" Soal Harraz agak kasar. Sinis.

Aku pandangnya dengan pandangan pelik. Bila masa aku lari dari mak su?

"Mana ada kita lari!, kita cari mak su tapi tak jumpa..." Balasku diiringi sedu. Terasa susah nak bercakap semasa sedang menangis.  Tapi aku tak boleh biarkan Harraz menuduhku dengan tuduhan yang tak benar. 

Harraz mendengus.

"Kau tau tak kau dah susahkan semua orang? Kau dah susahkan hati atuk, kau dah buat Ros risau, kau dah buat mak su serba salah, dan kau dah susahkan aku untuk keluar pergi cari kau!. Kalau aku tak jumpa kau kat sini tadi, macammana? Kenapa tak call aku? Atau call mak su? Atau sesiapa saja asalkan orang lain tak risau." Soal Harraz lagi, agak tegas. Nampak dia cuba mengawal nada suaranya.

"Telefon kita ada kat mak su...isk.. isk.. macammana nak telefon..." Jawabku tersekat-sekat. Sampai hati Harraz letakkan semua kesalahan pada aku sedangkan keadaan begitu sukar bagiku. Mak su tiba-tiba hilang sedangkan dia cuma kata nak pergi tandas. Beg tangan aku yang mengandungi duit, kad pengenalan dan telefon bimbit juga ada di tangan mak su yang entah dimana. Dengan aku yang tak pernah langsung mengjangkakan perkara sebegini akan berlaku di tempat yang sangat asing bagiku. 

Harraz ingat aku suka-suka hati ke nak menyusahkan diri aku sendiri?.

Harraz bangun. "Kalau nak dengar alasan kau, sampai esok pun tak habis. Dah jom balik." Kata Harraz, sinis. Ya Allah... sakitnya hati aku dengar kata-kata yang keluar dari mulut dia. Penjelasan aku dikatanya alasan? Harraz, kalau kata-kata kau itu cuma untuk membalas dendam pada aku atas kejadian di tasik pagi tadi , percayalah ini bukan masa yang sesuai!.

"Irin! Kau nak duduk kat sini tunggu siapa pula yang nak datang jemput kau? Jomlah! Aku tak ada masa lah nak layan kerenah kau kat sini." Bebel Harraz bila dilihatnya aku masih belum bangun dari tempat persembunyianku. Terhiris lagi hati aku mendengar kata-katanya.

Perlahan-lahan aku cuba bangun walaupun kaki aku dah terasa sangat kebas kerana telah duduk berpeluk lutut terlalu lama. Terasa menggerutu di kakiku, kebas. Harraz tanpa menantiku terus melangkah meninggalkan aku dibelakangnya. Perlahan aku angkat kaki, melangkah setapak dan berhenti. Setiap kali aku memijakkan kaki ke tanah, terasa tapak kakiku macam menggerutu dan kebas sampai ke betis. Aku angkat lagi sebelah kaki, dan berhenti. Nak tunggu sehingga rasa kebas itu betul-betul hilang.

Harraz memusing memadangku "Jalan pun terhegeh-hegeh. Cepat sikit boleh tak?" Panggil Harraz. Nampaknya hubungan aku dan Harraz betul-betul dah berubah fasa seperti asal. Cik muda dan tuan muda singa!

"Kejaplah... kaki kita kebas ni." Kataku berlagu. Kesan daripada nada suara yang garau. Bila kebas di kaki dah terasa berkurangan aku teruskan perjalanan sehinggalah kami sampai di kereta. Aku tak mahu duduk di kerusi depan sebelah Harraz, sebaliknya aku duduk di kerusi belakang sambil berbaring. Letih. Pengalaman yang aku lalui hari ini sangat meletihkan. Menangis, risau, lapar, takut semuanya cukup untuk buat badan aku jadi lemah kehilangan tenaga. 

Tiba-tiba Harraz mencampakkan baju panas yang dipakai itu kepadaku. Aku angkat sikit kepala memandangnya. Tapi dia tidak memandangku. "Kalau sejuk pakai lah baju tu, kalau tak nak pakai campak aje keluar tingkap." Sempat lagi dia perli aku?.

Aku tarik juga baju panas itu menyelubung badan. Dan cuba pejam mata, moga-moga aku dapat tidur sepanjang perjalanan pulang ke villa. Aku terasa yang kereta mula bergerak perlahan dan semakin lancar. Perut aku berbunyi, pedih. Aku lapar.. tapi dalam keadaan macam ni aku tak fikir yang aku ada selera untuk makan. Aku hanya mahu tidur puas-puas.

Dan akhirnya aku terlena. 

Aku cuma kembali tersedar bila aku terasa yang tanganku ditarik kuat. Badan aku terangkat sama. Muka Harraz berada sangat dekat dengan mukaku. Aku garu kepala yang tak gatal, mamai. Kat mana aku sekarang?.

"Kita dah sampai.." Kata Harraz memjawab persoalan dalam kepalaku.

Tangan aku ditarik oleh Harraz supaya keluar dari kereta. Badan aku dah lembik macam sotong, nak berjalan pun terhuyung hayang. Kepala aku masih pening-pening lalat. Ternguap-nguap aku berjalan dan menaiki anak-anak tangga. Tiba-tiba aku terasa lengan aku ditarik. Aku menoleh ke sisi. Harraz memimpinku berjalan, dia yang membukakan pintu utama untuk aku masuk sebelum dia menutup kembali pintu itu. Aku gosok-gosok mata memandang sekeliling.  Kelihatan Ros tergesa-gesa berjalan menuju kearahku dan memeluk erat lenganku, memapahku berjalan sambil membebel macam murai tercabut ekor.

"Cik muda pergi mana? Macammana boleh sesat pula? Risau saya dibuatnya... lain kali jangan tinggalkan telefon.. Jangan lupa.."

"Ros.." Panggil Harraz yang mengekori kami dari belakang. Aku menoleh sekilas memandangnya sebelum kembali memandang Ros di sebelahku.

"Kalau susah sangat, hafal je nombor saya dalam kepala cik muda. Atau nombor telefon polis!.. "
"Ros..." Panggil Harraz lagi. Aku ingin katakan kepada Ros yang Harraz memanggilnya tapi mulut Ros terlalu becok bercakap sampai aku tak ada peluang untuk mencelah.

"Kalau ada masalah jangan fikir banyak terus ke balai polis, tahu lah nanti kami nak cari cik muda kat mana.." Pesan Ros lagi.

"Ros, boleh tak awak berhenti membebel sekejap?!" Kata Harraz tegas dan lantang. Terus Ros terdiam dan menoleh memandang Harraz dibelakang kami.

"Maaf.." Katanya.

"Yang lain mana?" Soal Harraz.

"Kat ruang tamu. Tuan pengerusi tengah risau sangat tu."

Mendengar sekali lagi perkataan 'risau' itu membuatkan aku jadi semakin serba salah. Kami terus menuju ke ruang tamu, kelihatan atuk sedang duduk sambil menyandarkan kepalanya di tongkat yang dipegang, mak su berdiri sambil mematah-matahkan jari jemarinya dan pak cik Ghazi tetap tenang berdiri di situ.

"Atuk.." Panggilku.

Serentak mereka semua memandang ke arahku. Mak su meluru mendapatkan aku dan memelukku erat, atuk cuba untuk bangun dan dibantu oleh pak cik Ghazi, berjalan perlahan tapi pantas ke arahku sebelum tangan aku ditarik olehnya. 

"Irin.. Irin pergi mana? Jenuh mak su cari, tapi tak jumpa.." Kata mak su menangis. Melihat mak su menangis, aku pun mula terasa nak menangis sekali. Touching betul!.

"Irin... Ya Allah, atuk ingat yang atuk akan kehilangan Irin lagi sekali." Kata atuk sambil menggemgam jemariku, dimukanya terlukis wajah lega.

"Syukurlah cik muda dah selamat." Kata pak cik Ghazi pula.

Aku sampai tak terkata, nak minta maaf, tapi aku tak rasa yang aku ada buat salah. Nak bagi penjelasan, aku dah terasa sangat penat untuk cakap banyak bila perut aku dah sangat pedih kelaparan. Penyudahnya aku hanya boleh menangis saja.

"Atuk.. saya rasa baik biar Irin berehat dulu." Saranan Harraz membantu aku untuk keluar dari situasi yang membingungkan ini.

Atuk mengangguk, setuju. "Yelah.. Irin pergilahrehat. Esok baru kita cerita panjang." Kata atuk.

Aku kesat air mata. Ros menarik tanganku, mengajakku ke bilik. Tanpa banyak soal, aku turutkan saja. Lagipun dalam fikiranku sekarang aku hanya mahu mandi, makan dan tidur!.

7 ceritaMia's lovers:

arasnieryie@1995 said...

waaaah,tuan mude Harraz ni dah de kat link Zatie ye,tahniah2..err,naper aku rase maksu tu sngaje jer tggal kan Irina..aku rase lar,heheheee..so,next plizzz!

mia kaftiya said...

dah ada kat link zatie?? sape zatie tu??... tak faham... heee... *garu kepala*

nurafiqah airil said...

mak su tu macam ade something jee..
ke atau mang dia tak sengaja.
huhu..harraz dah marah. takut~
nak lagi. ;p

arasnieryie@1995 said...

aik,xtau?..laa,hang pi la sni:enovel-link.blogspot.com@::-mereka punya-::...sana byk blog2 novel yg best2 tau..

zura asyfar said...

zatie tu tokey blog 'mereka punya'....situ tempat tuk cari link2 novel on9...

shadow said...

maksu 2 pelik la...
betul ke die baik or die sje tnjuk baik kat irin..
kalu betul die x jmp cri irin nape la x suh bodygad cari trus kan...

farahnsz said...

Rasanya mak su memang sengaja nak tinggalkan irin kat shopping mall tu. Saja nak bagi Irin kena marah. Haishhhh...