http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Sunday, October 30, 2011

Bab 23



Jam dah menginjak ke pukul lapan pagi, tapi Harraz masih lagi tidur selepas dia bangun solat subuh tadi. Aku biarkan saja dan terus ke dapur untuk membantu apa yang patut. Siap menyediakan makanan untuk sarapan, aku lihat Harraz masih lagi belum bangun padahal jam dah hampir ke pukul sembilan. Haih.. orang tua ni, tak ingat nak bangun ke?

                "Lambatnya Harraz bangun, Irin?" Soal abah sambil menarik kerusi dan duduk di meja makan, bersedia untuk bersarapan.

                "Itulah.. selalu tu dia bangun awal, ini lambat pulak." Luahku. Terfikir juga samada nak gerak Harraz supaya bangun atau biarkan saja dia bangun sendiri?.

                Mak muncul dari dapur dengan seteko air tea panas. Sempat emak menjeling memandang Harraz.

                "Dia penatlah tu.. bukannya dekat KL dengan perlis.. memandu tanpa henti pulak tu semalam." Kata mak, menyampuk perbualan kami. Mendengar kata-kata emak itu membuatkan aku mengambil keputusan untuk membiarkan saja Harraz tidur.

                Aku tarik kerusi dan duduk, capai piring dan kauk mee goreng ke dalam piring.

                "Irin ada nak pergi kemana-mana ke hari ni?" Soal mak, menghulurkan cawan yang berisi teh panas kepadaku.

                Aku diam, sedang memikirkan kemana lagi tempat yang aku nak pergi? Semalam dah puas berjalan..

                "Tak tahu lagilah mak, kenapa?" Soalku.

                "Kejap lagi mak nak ikut abah pergi kebun, nak ambil daun pisang, Irin dengan Harraz takkan duduk berdua je kat rumah? Geraklah Harraz, ajak dia pergi kebun sekali..." Mak pasti risau memikirkan yang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk serumah. Hemm... kalaulah mak tahu yang aku dan Harraz pernah duduk sebilik berdua-duaan masa aku demam hari tu.....

                "Oh, kejap lagi Irin gerak dia.." Balasku, Sempat menjeling memandang Harraz.

                "Geraklah sekarang nanti lambat pulak nak tunggu dia mandi, nak makan lagi" Gesa emak, risau benar kalau aku tak gerak Harraz.

                Akur dengan arahan mak, aku bangun menuju kearah Harraz dan menggeraknya supaya bangun. Tapi cuma menggunakan mulut sebab aku rasa kekok dan tak tahu macammana nak gerakkan seorang lelaki bangun. Takkan nak sentuh bahu dia? Atau kaki dia? Atau tolak je badan dia dengan kaki? Mana satu cara yang paling baik?.

                "Harraz.. bangun..." Kataku, tapi dia senyap tak berkutik.

                "Harraz.." Panggilku lagi, agak kuat sikit dari tadi.

                Aku garu telinga, dia ni tidur mati ke? Huihh.. Aku bercangkuk di belakang Harraz yang tidur mengiring. Teragak-agak aku tolak bahu dia perlahan.

                "Harraz, bangun."

                Tak tak reaksi.

                "Harrazzzz.. bangunnn.." Aku tolak lebih kuat.

                "Hurmmm..." Harraz mula sedar, dia mengeliat sebelum membuka mata.

                "Apa?" Soalnya.

                "Bangun!" Balasku, geram. Nak bangun pun susah.

Aku terus berjalan kembali ke meja makan, bila Harraz dah sedar dan duduk di tempat tidurnya. Harraz bangun menuju ke bilik air sambil menguap dan menggaru kepalanya. Heh.. buruknya rupa..

                "Harraz, mari makan." Panggil mak. Harraz mengangguk, tak jadi ke bilik air sebaliknya terus menuju ke arah kami, dan dia terus duduk di salah satu kerusi kosong ini. Aku terpinga-pinga memandangnya. Apakah? bangun tidur terus nak makan? Muka tak payah cuci? Satu lagi perangai buruk dia dah ditonjolkan....

                Piring dicapai, dan tangannya laju nak kauk mee goreng ke dalam pinggan. Cepat-cepat aku tarik mangkuk mee. Harraz, mak dan abah serentak memandangku. Pelik.

                "Muka tak payah basuh? Gigi tak payah gosok?" Soalku. Perhatian mak dan abah beralih pula kearah Harraz. Harraz tersengih macam kerang busuk, baru tersedar akan perbuatannya. Senduk yang dipegang dihulur kepadaku. Kemudian dia bangun dan terus ke bilik air. 

                Aku menggeleng kepala berkali-kali. Tak sangka, macam ni perangai sebenar Harraz?. Ish.. ish.. ish..

                "Kenapa Irin?" Soal mak. Pelik melihat gelagatku,

                "Ha? Tak ada apa-apa.." Balasku dan kembali makan. Kalaulah mak tahu yang peribadi Harraz kat sana sangat kemas, segak dan berdisiplin, pasti mak pun akan pelik melihat perangainya sekarang.

                "Dah? Abah nak pergi dah ni? Maknya nak tunggu Irin ke?" Soal abah, menolak pinggan kotor ke tengah dan menarik cawan teh rapat kepadanya.

                "Urmm.. mak nak ikut abah, malas mak nak jalan kaki.." Jawab mak dan cepat-cepat menghabiskan baki mee di dalam piringnya.

                "Irin, nanti jangan lambat-lambat sangat, lepas makan ajak Harraz pergi kebun. Kunci pintu sekali tau?" Pesan emak lagi dan dia bangun menyorong kerusi ke dalam meja bila abah dah bangun dan keluar.

                "Ini.. Irin tolong basuhkan ya, abah nak cepat tu.." Pesan mak lagi, merujuk kepada pinggan kotor yang dah diguna tadi. Aku mengangguk.

                Harraz keluar beberapa minit kemudian dan kembali duduk sambil memandang sekeliling. "Mana diorang?" Soalnya.

                "Dah pergi kebun. Lepas ni awak siap cepat, ikut kita pergi kebun." Kataku, mengarah. Bukan mengajak.

                "Buat apa? Malaslah!." Balasnya,

                "Emak suruh kita bawak awak pergi kebun, bukan ajak awak pergi kebun. Suruh dan ajak itu adalah dua makna yang berbeza.. jadi tolong fahami maksud kita tu. Cepat sikit makan, orang nak pergi dah ni." Balasku, tegas. Wah.. tiba-tiba aku dah terasa macam aku jadi 'Irin versi Harraz'. Dan Harraz jadi 'Harraz versi Irin'. Hahahha..

                "Kalau aku tak nak pergi?" Soalnya, sengaja menduga reaksiku.

                "Tak nak sudah.. duduk rumah, basuk pinggan mangkuk kotor ni, kemas tempat tidur awak tu, dan.. masak untuk tengahari ni."

                "Woo.. aku bukan perempuan nak buat semua kerja ni."

                "Awak ingat kerja-kerja ni semua kerja perempuan je ke? Sepatutnya lelaki yang kena buat kerja rumah tau?. Dah, sekarang awak nak duduk rumah dan kemas rumah atau ikut kita pergi kebun?" Soalku.

                "Ikut kau pergi kebun." Jawabnya, dan hirup teh panas.

                "Bagus!, Jadi makan cepat sikit."

                "Baik mak cik." Harraz jelir lidah kepadaku.

                Aku membalas dengan jelingan. Selesai makan, aku kutip pinggan dan cawan kotor untuk dibasuh dan sempat berpesan pada Harraz agar membawa piringnya ke sinki bila dah habis makan nanti.
                "Dengar tak?" Soalku, bila Harraz buat tak tahu.

              Dia mengangguk cuma. Aku berlalu ke dapur dan mula membasuh pinggan. Tiba-tiba Harraz datang dan letak pinggannya di sinki, tanpa kata dia terus pergi masuk ke bilik air, mandi.

                Ingat aku ni kuli dia ke? Main letak saja, bukan nak cakap “Irin tolong basuhkan, boleh?” ke, apa ke, tak beradab betul mamat sorang ni.  Sementara Harraz mandi, sempat aku kemas dapur dan meja makan seterusnya tempat tidur Harraz. Ya, malam tadi oleh kerana kasihan melihat dia tidur sehelai sepinggang macam orang menumpang yang tuan rumahnya tak sudi nak terima, aku bentangkan selimut tebal yang aku panggil 'selimut toto' dan bantal untuknya. Seterusnya menjadi tugas abah untuk mengejutkan dia supaya tidur di atas selimut tebal yang dah aku bentangkan itu.

                Selesai semuanya, aku menunggu Harraz di kerusi kayu di luar rumah, tak mahu berdua-duaan dengannya di dalam itu, bahaya!. Beberapa minit kemudian, Harraz keluar dengan seluar jeans dan baju t, kemas. Aku mengeluh.

                "Harraz.. kita nak pergi kebun, bukan nak pergi makan angin." Kataku, kurang setuju dengan pakaian yang dikenakannya. Karang comot pulak baju mahal tu kena getah pokoklah, kena lumpurlah segala bagai.

                "Aku belum nyanyuk lagilah untuk lupa apa yang kau cakap kat dalam tadi.." Balasnya, memerli. Sah, dia tak faham perlian aku ni. Aku mengeluh lagi.

                "Dah tu yang awak pakai menyemat tu kenapa? Pakailah baju yang buruk-buruk sikit."

                "Oh, memang aku banyak baju buruk-buruk. Ini baju paling buruk aku pernah ada." Katanya. Ya, aku faham maksud perlian itu, lalu aku masuk ke rumah dan mencari baju-baju yang abah biasa pakai ke kebun untuk aku berikan pada Harraz.               

                Aku keluar kembali dan menghulurkan sepasang pakaian itu kepadanya.

                "Nak buat apa ni?" Soalnya.

                "Pakai baju ni,"

                "Tak nak ah.."

                "Apasal?"

                "Buruk, kotor.."

                "Buruk, ya. Tapi kotor? Baru basuh kot..."

                "Apa-apalah, yang penting aku tak nak pakai."

                "Kita tak tanya, ‘awak nak pakai ke tak nak’.. kita suruh awak pakai."

                "Ya, ya.. balik-balik ayat poyo tu yang kau guna, baiklah. Ayat poyo aku jugak yang aku akan guna, aku pakai sekarang." Balasnya dan kembali masuk ke dalam untuk salin baju.

                Aku tersenyum, menang. Beberapa minit kemudian kami sudah pun meninggalkan rumah dan sedang berjalan menuju ke kebun yang jaraknya hampir lima belas minit dari rumah kalau berjalan kaki.
                Aku berjalan di hadapan dan Harraz mengekori di belakang.

                "Irin!" Panggil Harraz. Aku berhenti berjalan dan menoleh ke belakang.

                Harraz yang sedang memegang beberapa kuntum bunga berjalan pantas ke arahku, dihulurnya bunga yang berwarna oren itu kepadaku. Aku terpinga-pinga dengan tindakannya tapi tangan aku tetap menyambut huluran bunga itu. Tanpa kata dia terus berjalan mendahului aku dan menyembunyikan tangannya dalam poket seluar dengan kemeja lusuh yang labuh menutupi hampir keseluruhan lengannya. Comel!. Ops..

                Aku dekatkan bunga itu ke hidung, busuk!. Aku perhati bunga itu betul-betul sebelum aku mencari dimana Harraz petik bunga ini. Rupanya tak jauh dari tempat kami berdiri, milik sebuah rumah di situ. Bunga tahi ayam.. memanglah busuk.

                "Harraz.. awak petik bunga orang tanpa kebenaran eh?" Soalku agak kuat sambil berlari anak mengejar langkahnya di hadapan.

                Harraz jongket bahu dan menoleh sekilas memandangku.

                "Kena marah nanti baru tahu." Ugutku. Kini aku berjalan beriringan dengannya.
                Harraz mencebik, tak peduli.

                Aku tersenyum lagi, lucu. Eh, bukan lucu, cuma... comel, Harraz bagi aku bunga? Mat bunga juga mamat ni.

                "Kau nak tahu satu rahsia tak?" Soal Harraz tiba-tiba. Cepat-cepat aku matikan senyuman.

                "Apa?" Soalku.

                Harraz dekatkan mulutnya ke telinga aku, berbisik.

                "Bau kau busuk macam bunga tu.." Dan serentak kata-kata itu dia terus berlari sambil ketawa berdekah-dekah, suka benar dia kenakan aku.

                "Jahat!" Jeritku, tak berniat pun untuk kejar dia dan pukul atau apa saja sebab sedar perbuatan itu tak manis dipandang orang. Tambah-tambah lagi kat kampung ni ada je mata-mata yang memandang.

                "Hahahaha... lepas ni kalau aku jumpa bunga tahi ayam aku akan ingat Irin." Katanya lagi.

                Malu giler, bukan malu sebab dia kata badan aku busuk, tapi malu sebab aku dah mula tersentuh bila dia bagi bunga tadi. Baru nak puji yang Harraz ni rupanya romantik jugak, tapi tak jadilah kot sebab dia bukan romantik tapi... menyakitkan hati.

******************

                "Amacam syok tak duduk sana?" Soal Bob. Kami sedang duduk minum-minum di kedai makan tempat biasa kami selalu lepak dulu, sekadar menghabiskan masa bersama-sama sementara nak tunggu shif Ziana dan Bob petang nanti.

                Aku mengangguk. "Kau tengok badan aku makin gemuk ke makin kurus?" Soalku, agak lari dari soalan asal Bob.

                "Aku tanya lain kau jawab lain" Balas Bob, jengkel.

                "Tak.. kalau kau tengok badan aku makin gemuk maksudnya aku happy la tu tapi kalau aku makin kurus.. sebaliknyalah pulak jawapannya."

                Mendengarkan itu, terus Bob memandang aku atas dan bawah. "Tak nampaklah, kau kena berdiri baru boleh pastikan. Tapi kalau ditengok dari muka kau.. memang dah tembam. So ternyata kau memang happylah ye? Oh, mesti Harraz jaga kau dengan baik, betul tak Harraz?"

                Aku memandang Harraz sekilas. Dari tadi dia bukan ambil peduli pun dengan apa yang kami bualkan, bila namanya disebut, dia terpinga-pinga.

                "Siapa tak happy duduk dengan keluarga sendiri.. dapat pulak cousin yang.. ehem, ehem tu kan.. " Kata Ziana menjeling sekilas ke arah Harraz.

                "Wei dah lah korang ni, asyik cakap pasal aku je, cerita la pulak pasal korang. Dah ada perkembangan ke?" Soalku, mengusik.

                "Apa maksud kau 'perkembangan' tu?" Soal Bob, curiga.

                "Perkembangan hubungan kau orang berdualah. Perkembangan apa lagi.."

                Ziana buat-buat tersedak, Bob tepuk meja dan memandang ke arah lain.

                "Apa kau merepek ni Irina oii.. tak ada maknanya nak berkembang-kembangnya." Balas Ziana.

                "Eleh.. malulah tu,."

                "Hah.. bercakap pasal malu, kau tau yang si syafiq dah habis belajar?" Soal Bob.

                Aku kerut dahi, apasal pula tiba-tiba sebut pasal Syafiq ni, depan Harraz pula tu.. Hei kawan aku ni lah..

                "Memang aku jaga dia, mesej dengan dia, berwebcam setiap hari dengan dia!" Perliku.

                "Eh, ha'ah kan.. mestilah kau tak tahu. hah.. sebab itulah aku nak bagitau ni, Si syafiq dah habis belajar, dia sekarang kerja kat KL, tapi aku lupa nak tanyakan KL tu kat mana.." Kata Bob, kesal.

                "Mana kau tahu semua ni? AKu tak tahu pula yang kau berkawan rapat dengan dia?"

                "Siapa kata perlu jadi kawan baru boleh menyembang? Ini Boblah, pandai-pandailah korek.. Khas untuk kau pulak tu. Kau patut ucap big thanks kat aku Irin sebab dah tolong kau walaupun tanpa disuruh..” Kata Bob terangkat-angkat keningnya.

                Aku jelir lidah kearahnya sambil tersenyum malu, terharu. “Terima kasih banyak-banyak-banyak kali kat kau Bob, kaulah kawan aku dulu kini dan selamanya.. hahaha..”

                “Ceh! Kalau kawan forever and after kenalah belanja makan beb.. mee goreng mamak sepinggan pun bolehhh..”

                “Amboi... memang kawan forever and afterlah kan dah tolong minta habuan, melampau.” Kataku pura-pura marah.

                “Ala.. bukan selalu pun kau belanja aku makan, betul tak Ziana?” Kata Bob menyiku lengan Ziana.

                “Hurm, betul!”

                “Bob, orderlah!” Kata Harraz tiba-tiba.

                Serentak kami bertiga memandangnya.

                “Order? Order apa??” Soal Bob kembali, tak faham maksud Harraz. Ya, aku pun tak faham apa yang dikatakannya itu.

                “Kata nak makan, orderlah.. aku bayar. Ziana.. order je” Katanya lagi, lebih jelas dan terperinci.

                “Ohh...”Bob terangguk-angguk sambil tersengih suka, Ziana tersengih-sengih berbunga, dan aku terpinga-pinga, keliru. Harraz nak belanja kawan-kawan aku makan? Baiknya dia..

                “Hah.. apa lagi Bob, dah ada orang nak belanja tu orderlah banyak-banyak” Usikku sempat menjeiing memandang Harraz sekilas. Dia buat tak tahu, malah begitu asyik menelek Iphone ditangannya.

                “Hah.. Irin, kau patut jadi macam sepupu kau ni, pemurah.. baik.. handsome..” Kata Ziana dengan perkataan handsome  itu diperlahankan. 

                Aku terangguk-angguk. “Baiklah mak cik.. dah, korang baik order cepat, karang lambat siap kang haru je lambat masuk kerja”

                “Baiklah.. aku nak order sekarang sebab aku dah tak sabar-sabar nak makan banyak-banyak.” Kata Bob dan memanggil pelayan kedai. Gayanya dah macam orang tak makan seminggu.

                “Eii.. buruk perangai.” Kataku, mengejek Bob.

                Bob buat muka tak kisah dan kami masing-masing terus membuat pesanan dengan Bob meminta mee goring basah, sirap limau dan tambahan ais batu campur.  Betul-betul ambik kesempatan mamat ni.

                Aku memandang ke langit yang gelap dilindung oleh awan hitam tanda hari nak hujan. Kami sedang berjalan untuk pulang ke rumah selepas Bob dan Ziana meminta diri untuk pergi kerja.

                “Hari nak hujanlah..” Kataku.

                Harraz turut mendongak ke langit. “Belum hujan lagi” Katanya.

                “Memanglah belum lagi, tapi akan..” Balasku.

                “Tak semestinya awan yang hitam itu tandanya hujan akan turun.. kalau angin datang dan tolak awak hujan tu ke tempat lain, jadi hujan takkan turunlah kat sini.” Hujah Harraz dengan teori sainsnya. Ini dia tengah mengajar ke apa ni?   

                “Iya.. tapi ‘kalau’ hujan turun kat sini, dengan kita yang tak bawak payung, dengan nak sampai ke rumah pun jauh lagi, apa kata awak jalan pantas sikit supaya kita akan sampai ke rumah dengan lebih cepat sebelum hujan turun?” Balasku.

                “Cakap pasal hujan, aku dah lama tak mandi hujan. Apa kata kita jalan lambat-lambat dan berdoa agar angin takkan bawa awan hitam tu tempat lain supaya aku boleh mandi hujan. Ok tak?” Soal Harraz memandang ke arahku.

                “Tak ok! Kalau awak nak main hujan sangat, ikut suka awaklah.. tapi kita nak balik cepat. Bye!” Kataku dan berjalan pantas meninggalkannya di belakang. Tapi baru beberapa langkah aku berjalan, hujan mula turun renyai-renyai dan semakin lebat. Aku memusing memandang Harraz, dia tersenyum, suka dan aku menangis duka. Oh Noooo...

                “Harraz... hujan lebat ni cepatlah sikit jalan tu” Panggilku, geram melihatnya yang boleh lagi jalan terhegeh-hegeh sambil kononnya menikmati pancuran air hujan yang lebat ini. Dia ingat dia tengah mandi pakai shower kat bilik mandi ke apa?

                Aku mencari tempat berteduh di sebuah pondok tempat menunggu bas yang juga ada beberapa orang yang berteduh di situ. Tergeleng-geleng kepalaku melihat Harraz yang dah macam budak-budak bermain di lopak air, kemudian di tadahnya air dengan tapak tangan sebelum dia berlari ke arahku dan disimbah air takungan dalam tangannya kepadaku.

                “Hey!!..” Jeritku, tak jangka akan tindakannya. Walaupun aku memang dah basah kuyup dan simbahan air yang tak seberapa dari Harraz itu tak mengubah apa-apa terhadap pakaianku, tapi aku malu bila beberapa orang yang berada bersamaku di pondok ini tersengih-sengih dan pelik dengan gelagat Harraz. Macam tak pernah jumpa hujan. Budak kecik sekarang pun tahu takut dengan hujan tau.

                “Irin.. jomlah balik!” Ajak Harraz.

                “Sabarlah.. tak nampak hujan lebat ni?” Kataku.

                “Kalau hujan macam ni lambat nak redalah, jomlah balik.” Ajak Harraz lagi lalu ditariknya tangan aku supaya mengikut dia meredah hujan.

                “Eh, Harraz! Hujan ni..” Kataku, geram.

                “Hujan je.. bukan ada kilat pun!”

                Penyudahnya, aku dan Harraz sampai ke rumah pun hujan masih belum berhenti. Mak menyambut kami dengan dahi berkerut.

                “Kenapa berhujan ni?” Soal emak.

                Aku pandang Harraz. Nak saja aku cakap kat mak yang Harraz buat kerja gila nak mandi hujan, tapi Harraz terlebih dulu cakap kat mak yang aku ajak dia balik dalam hujan. Mak tergeleng-geleng kepalanya memandangku. “Irin.. Irin..” Kata mak.

Eh, aku pula yang kena? Kejamnya Harraz ni!!!!...


p/s : Sorry, lambat lagi. hehehe.. *gelak dengan muka tak bersalah* Dream High punya pasallah ni, Eh! >_< Oh nak kongsi satu video dengan korang, comel sangat la Jason dan pilseuk ni.... hihihihiii... *Gedik!*


              

6 ceritaMia's lovers:

arasnieryie@1995 said...

ohh dear,dah bab 23 dah..but,still de best!!..gud job.

afiqah airil said...

Kesian Harraz. Tak pernah mandi air hujan rupanya. Lawak..Comel laa dierang kat kg ni..;)

rahimawati said...

best nye dpt madi ujan same2, dpt bunge tahi ayam lagiii. ooooo so sweettt

nanie said...

sweet nyer,, hehe, xsabar nak baca next entry :)

Afifah Yusof said...

sweetnya diorang..^_^
teringat masa kecik2 suka main hujan..hehehe.. =)

BlueApple said...

so sweet~t'ingat balik zaman kanak2...