http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Saturday, November 5, 2011

Bab 24



Aku memerhatikan Harraz yang Lepas saja mandi terus bentang dia punya selimut toto dan bantal kemudian berbaring dengan berselubung selimut sehingga menutupi separuh muka. Terketar-ketar badannya dalam selimut nipis itu. Kelakar pun ada aku tengok, tadi bukan main lagi berlagak sangat nak main hujan sekarang ambil kau, kesejukan. Kat luar pun hujan masih belum berhenti turun sejak kami sampai rumah tadi, malah makin lebat. Agaknya kalau Harraz ikut cadangan aku supaya tunggu sehingga hujan reda, entah pukul berapalah baru kami akan sampai di rumah.

Eh, kenapa tiba-tiba aku nak sokong perbuatan Harraz pula ni?? Aku kemudiannya keluar dari tempat persembunyian iaitu disebalik langsir bilik dan berjalan ke arah Harraz sambil berpeluk tubuh dan tersengih sinis.

“Sejuk bang???” Soalku, dalam nada lembut yang dileretkan. Harraz mendongak memandangku yang berdiri di tepi kepalanya.

“Tak sejuk.. dingin je..” Balasnya, turut ingin membalas loyar buruk aku.

Aku tergelak lucu. “Tadi bukan main lagi, apa? Tak pernah main hujan? So sekarang, amacam? Seronok tak main hujan??” Soalku, kini duduk di atas kerusi bersebelahan dengan tempat Harraz sedang baring.

“Sibuklah kau! Pergi main jauh-jauh, jangan menyemak kat depan mata aku boleh tak?” Katanya, menghalau aku.

“Amboi.. halau tuan rumah nampak? Ambik balik selimut dengan bantal tu karang baru tahu.” Ugutku sambil bangun selangkah untuk menghidupkan tv. Suara dari tv itu aku kuatkan untuk menyaingi bunyi air hujan di luar.

“Hish.. aku nak tidurlah Irin, tutup jelah tv tuh.” Pinta Harraz, rimas dengan bunyi  kuat yang keluar dari tv itu. Tapi aku buat tak tahu malah main tekan-tekan siaran untuk mencari cerita menarik untuk ditonton.

“Ada ke nak tidur? Dah asar ni mana boleh tidur, nanti jadi gila!” Sempat bibir aku mengucapkan kata-kata sindiran sementara mataku masih memandang ke arah tv.

“Hurgghhh.. tidur-tidur ayam pun boleh jadi gila ke?” Soalnya kembali.

“Hurmmm... tak boleh kot!” Jawabku.

Harraz menggelengkan kepalanya dan kembali berselubung sehingga menutupi kepala, malas nak layan aku membebellah tu. Aku tersengih, kemenangan. Lalu menonton cerita di tv yang aku sendiri tak tahu hujang pangkal cerita untuk meraikan kemenanganku. Eh tak,  yang sebenarnya aku cuma nak isi masa sementara tengah tak tahu nak buat apa ni. Memandangkan tidur selepas asar sangatlah tak baik sekalipun perkara itulah yang aku mahu lakukan saat ini.

“Irin..” Harraz menyelak sedikit selimut yang menutupi mukanya dan memandang ke arahku.
“Hemm..” Jawabku tanpa mengalihkan mata daripada skrin di tv.

“Ada selimut lebih lagi tak?” Soal Harraz. Baru aku menoleh memandangnya, kerana  terasa pelik dengan soalan itu.

“Kenapa?”

“Sejuklah.. nak selimut tebal lagi.”

Aku diam, sedang memikirkan ada ke selimut lebih kat dalam rumah ni? Kebetulan mak baru keluar dari bilik dan ingin menuju ke dapur, terus aku memanggilnya.

“Mak, Harraz tanya ada selimut lebih tak? Dia kesejukan sebab main hujan tadi.” Kataku, sengaja kenakan Harraz balik.

“Selimut? Ada.. nanti kejap mak ambik.” Mak berpatah balik masuk ke bilik dan keluar kembali dengan selimut tebal. Nampak macam baru.. lalu diberikannya kepada Harraz.

“Bila mak beli selimut ni mak?” Soalku.

“Alah.. ini mak hutang dengan mak cik kama, saja je beli sebab ingat nanti Irin nak balik sini, rupanya memang tak rugi mak beli Harraz pun boleh pakai hah. Lain kali kalau ada orang datang rumah kita, ada lah juga selimut spare”

“Ye ke.. berapa baki hutang tu? Nanti Irin bayarkan.”

“Eh, tak payahlah.. mak ada duit, mak boleh bayar.” Tolak mak, lembut.

Hurmm.. ini yang aku tak suka ni, bila aku nak bagi duit sikit mesti mak nak mengelak. Tak payahlah, ada duitlah, itulah inilah.

“Eh, mak nak masak air ni. Hujan-hujan ni mula la nak makan macam-macam..” Kata mak dan terus ke dapur. Pasti ingin cepat-cepat melarikan diri daripada membicarakan tentang hal ini.

Aku mengeluh, berat. Bilalah baru aku dapat balas budi baik emak dengan abah? Tengoklah, sampai sanggup belikan comforter baru untuk aku sedangkan harganya berpuluh-puluh ringgit.

“Woit, mak cik.. apasal?” Soal Harraz tiba-tiba. Menghilangkan terus lamunan aku tadi.

Aku kerut dahi. “Amende?” Soalku, tak faham.

“Apasal buat muka?”

“Buat muka apanya? Sibuk je, dah dapat selimut tu diam jelah.”

“Chit.” Harraz campak kusyen ke arahku sebelum dia mengiring ke arah kanan membelakangi aku. Aku terfikir untuk campak balik kusyen tu kepadanya tapi tak jadi sebab kusyen itu aku jadikan alas kepala untuk aku berbaring di kerusi berangkai tiga ini.

Tengok tv sambil berbaring ditambah lagi dengan hari hujan dan suasana yang sejuk... Huarrgghhh... mengantuk tiba-tiba. Kejap-kejap mata aku terpejam, aku bukak balik luas-luas dan tenung tv tu lama-lama supaya aku tak tertidur lagi. Tapi beberapa minit kemudian entah macammana aku terlelap lagi, lena!.

"Hoi!!.. Nak tidur dalam biliklah!"

Aku terus terjaga dan terduduk, terkejut. Bukan terkejut sebab disergah tapi sebab muka aku kena hempuk dengan sesuatu. Terasa macam roh aku masuk dalam badan terlalu drastik. Sakit kepala dibuatnya.

"Kenapa? Kenapa?" Soalku, entah kenapa soalan itu yang aku tanyakan. Blur.

Harraz mendengus kasar. "Pergilah masuk bilik kau, tadi marah aku tidur lepas asar, ni kau pulak yang sibuk
nak menyempit tidur kat aku." Bebel Harraz.

Menyempit kat dia? Eh, aku baring atas kerusi, dan dia atas lantai. Bila masa pula aku menyempit kat dia ni?

"Oh," Itu saja reaksi yang aku mampu bagi dan terus bangun dan keliru samada nak masuk bilik dan sambung tidur atau ke dapur dan cuci muka?

"Woii Irin, tutuplah balik tv ni!!" Panggil Harraz, tak puas hati. Aku buat tak dengar. Bila kaki aku dah hampir ke pintu bilik, aku terus berpusing menuju ke dapur. Tak bagus tidur lepas asar irin... aku mengingatkan diri sendiri.

Di dapur kelihatan emak sedang mencedok sesuatu ke dalam kuali.

"Emak buat apa tu?" Soalku, emak menoleh.

"Jemput bilis.. makan tengah hujan ni memang sedap"

Aku menjenguk sekilas sebelum aku ke sinki untuk mencuci muka dan berkumur kemudian aku capai sebiji jemput-jemput masuk ke dalam mulut. Sedap!

"Abah mana mak?"

"Ada.. tengah tidur."

"Harraz mana?" Soal emak pula dalam selang masa beberapa saat selepas dia menjawab soalanku.

"Kat depan, tadi nak tidur, sekarang dah tidur kot."

"Pergilah gerak dia, ajak makan."

"Biarlah dia."

"Lah, kenapa? Bergaduh ke?"

"Taklah, dia kan nak tidur.. jadi biarlah dia tidur, tak payah gerak"

"Hish.. panggil jelah, entah-entah dia pun lapar berhujan tadi."

Aku capai sebiji lagi dan sumbat ke mulut.

"Irin..." Panggil mak,

"Hem?"

Mak buat muka, nak suruh juga aku pergi gerak Harraz. Aku mengeluh. "Yelah.. yelah.." Kataku dan berlalu ke hadapan.

 ***************

Rupanya sejuk yang Harraz rasa tu bukan sebab sejuk semata-mata sebab hari hujan, tapi sejuk sebab dia dah demam. Lepas je solat maghrib Harraz terus berselubung kembali di tempat beradunya, katanya masa ambil air sembahyang tadi rasa macam kena jirus dengan ais batu yang cair. Abah raba dahi Harraz..

"Panas, Harraz demam ni." Kata abah memandang aku dan emak.

Aku dan emak pula berpandangan. Aku angkat kening ke arah emak, manakala emak buat isyarat dengan dagunya menunjuk ke arah dapur. Aku kerut dahi, tak faham bahasa isyarat emak.

"Pergilah buat air asam jawa, jeram kat kepala Harraz." Arah mak.

"Kenapa Irin pula.." Rungutku, monyok. Bukan aku yang suruh Harraz main hujan, dia sendiri yang gatal sangat nak main, lepas tu demam aku pulak yang susah nak kena jaga dia. Haishh.. melampau la macamni.

"Pergi jelah.. dia kan kawan Irin..." Pujuk emak beserta usikan, bila perkataan kawan itu ditekankan.
Aku mencebikkan bibir sebelum ke dapur. Capai satu mangkuk plastik, kemudian aku isi asam jawa dan air banyak-banyak sebelum aku ramaskan ianya sebati sambil berjalan ke hadapan dan menghulurkan bekas itu kepada emak.

Emak pandang aku bersilih ganti dengan mangkuk yang aku hulurkan kepadanya itu. "Sapulah kat kepala Harraz.." Kata emak.

Eh, aku terkejut. Tak sangka yang mak boleh suruh aku buat sampai macam tu sekali. "Kenapa Irin pulak?
Mak lah buat.." Rungutku. Tak ada maknanya aku dengan hati yang terbuka besar untuk melakukan perkara itu dimana aku perlu mengusap-ngusap kepala Harraz dengan kasih-sayang? No! Never!.

"Ish.. ada mak pula kena buat" Mak sambut juga huluran mangkuk di tanganku itu kemudian di hulurkan pada abah, "Nah, bang, jeram kepala Harraz dengan air asam ni." Kata mak kepada abah. Tanpa banyak soal abah menyambut dan melakukan apa yang sepatutnya sambil membaca beberapa ayat-ayat suci Al Quran.
Oleh kerana aku rasa pelik bila kami tiga beranak duduk mengelilingi Harraz yang sedang terbaring menggigil itu macam orang kampung membacakan surah yasin untuk jenazah, aku pun ambil keputusan untuk masuk ke bilik dan melakukan sesuatu yang lebih baik dan lebih bermakna macam... mengarang!

Aku hanya berhenti menaip bila jam dah menunjukkan ke pukul sepuluh malam, dah cukup-cukuplah aku lewatkan solat untuk hal dunia, aku harus paksa diri untuk selesaikan dulu solat isyak sebelum aku semakin terlajak mengarang sampai ke tengah malam. Laptop aku biarkan terbuka di atas katil sementara aku keluar mengambil wuduk dan menunaikan solat.

Selesai urusan itu, baru aku kembali mengarang sehinggakan aku tak sedar yang jam dah menginjak ke pukul dua belas lima belas minit tengah malam. Wow.. rekod paling bagus aku pernah cipta dalam sejarah hidupku, mengarang dalam tempoh yang lama tanpa henti dan ia berlaku semasa hari sedang hujan lebat di luar dan suasana sangatlah sejuk.

Satu perkara yang aku suka tentang hujan adalah, bau dia.. sangat menyenangkan. Sekalipun kadang-kadang hujan itu menakutkan sebab ia disertai dengan guruh dan kilat tapi hujan tetap waktu yang paling nyaman aku pernah rasa selain waktu subuh.

"Errgghh.. arrghh.." Tiba-tiba dalam kesamaran bunyi hujan menimpa bumbung rumah ini, aku terdengar seperti suara lelaki mengerang. Perasaan aku dah mula rasa cuak. Aku taulah aku dah lama tak duduk kat rumah ni, tapi takkan baru pukul dua belas lebih dah ada yang tak kena kot??

"Hurrrgghhh.." Kini bunyi itu kedengaran lebih jelas lagi, seperti suara orang menggeletar. Bila diamati betul-betul, bunyi tu dengar macam datang dari luar bilik aku, Harraz ke?

Tak mahu terus berada dalam keadaan tertanya-tanya, aku terus bangun dan menapak keluar, memang betul Harraz tengah meracau-racau. Badannya menggeletar, tapi matanya terpejam. Aku garu kepala. Apa patut aku buat sekarang? Takkan nak gerak emak dengan abah dah tengah malam ni.

"Sejukkkk... Hurrrrr..." Kata Harraz lagi, diluar kesedarannya. Tiba-tiba aku rasa kasihan. Tangan aku laju je nak letak tapak tangan atas dahi Harraz untuk pastikan tahap kepanasan tubuhnya, tapi tiba-tiba tindakanku terhenti. Mana boleh suka-suka hati pegang anak teruna orang Irin! aku mengingatkan diriku sendiri. Habis? Apa aku nak buat ni?

Aku pandang sekeliling, mencari apa-apa klu untuk aku redakan kesejukan Harraz, dan ketika itulah aku terpandang mangkuk berisi air asam tadi. Tanpa fikir panjang aku terus celupkan tuala basah yang diletakkan bersebelahan dengan mangkuk itu sebelum aku mengelap-ngelap dahi dan rambut Harraz, juga kawasan mukanya. Aku pun tak pasti samada cara ini berkesan atau tidak tapi masa aku demam mak selalu jeram kepala aku dengan air asam ni sampailah suhu badan aku turun.

Berulang-ulang kali aku lakukan perkara yang sama sehinggalah Harraz akhirnya diam dan nampak tenang. Mungkin dia dah tak rasa sejuk lagi kot. Aku tarik nafas lega. Puas. Nasiblah, masa aku demam, Harraz yang tolong aku makan ubat, sekarang bila Harraz demam, aku pula yang tolong tuam kepala dia dengan air asam. Adillah itu kan?

Di luar kesedaranku, rupanya aku sedang tersenyum sambil memandang Harraz yang sedang tidur lena. Bila tersedar, cepat-cepat aku matikan senyuman dan menggeleng kepala berkali-kali, cuba mengusir pergi pemikiran indah yang aku fikirkan tadi, dan berkira-kira untuk masuk ke bilik kembali. Tapi entah macammana, mata aku terpandang pula kusyen tempat aku duduk bersandar tadi, nampak macam best je kalau aku baring sekejap kan? Tanpa fikir panjang, aku terus menyandar dan berbaring dengan separuh badan dengan niat, nak lepak sekejap je...

**************************

Aku terjaga bila kesejukan terasa mencucuk tulang belulangku, Sejuk sampai menggigil!. Aku perhati keadaan sekeliling, rupanya aku tertidur kat sini! Berdekatan pula tu dengan Harraz, sebelum orang lain tersedar kewujudan aku di sini baik aku lari masuk bilik dulu. Selimut aku tarik menyelubungi badan sehingga ke kepala, dan sambung tidur.

Aku terjaga kembali bila mak ketuk pintu bilikku untuk menyuruh aku bangun solat subuh. "Irin.. bangun Irin, solat.." Panggil mak dengan ketukan yang masih belum berhenti.

"Hemmm.." Sahutku, dengan mata yang masih terpejam.

"Irin..."

"Hemmm.." Kali ni lebih panjang hemm aku.

"Irina Imani... bangun!!!"

Aku mengeluh, selimut yang menutupi muka aku tolak kasar. "Ya, irin dah bangun lah ni..." Jeritku agak kuat. Supaya mak dengar dan berhenti memanggil dan mengetuk pintu bilikku.
Senyap. Mak dah tak ketuk pintu lagi.

Mengantuknya... Aku terfikir untuk sambung tidur untuk lima minit lagi tapi bila memikirkan lima minit aku tu bersamaan satu jam, ada baiknya aku bangun sekarang!. Dengan kepala yang berpusing, dengan rambut yang separuh diikat dan separuh lagi terlepas dari ikatan aku berjalan ke bilik air sambil menggaru-garu kepalaku dengan mata yang tak berapa nak terbuka.

Tapi di tengah-tengah ruang yang memisahkan antara ruang dapur dan ruang hadapan, aku bertembung dengan Harraz yang baru keluar dari arah dapur. Terus celik mataku memandang dia yang nampak segar dan seperti orang sihat. Di wajahnya terlihat sisa-sisa air yang aku fikir, itu adalah air sembahyang yang baru diambil tadi. Aku mengiring ke kiri, memberi laluan kepada Harraz untuk jalan dahulu sebelum aku terus ke bilik air sambil membetulkan ikatan rambutku, hahhh.. malunya berpenampilan sangat buruk di hadapan seorang lelaki!.

Bila aku keluar dari bilik air, Harraz sedang rukuk dalam solatnya. Sweetnya dia dalam kain pelikat tu. Sempat hati aku memujinya. Oh, Irin! tak baik tenung anak teruna orang!!. Aku gelengkan kepala cuba menghalau pemikiran jahat yang bermain di fikiranku dan terus masuk ke bilik untuk menunaikan solat.
Kerana semalam, seharian hujan turun tak henti, maka hari ini cuaca sejuk dan tanah lecak itu masih lagi mempengaruhi mood kami. Abah tak ke kebun pagi ini sebab katanya dia jadi malas nak keluar rumah, melainkan hanya terasa ingin tidur di rumah. Dan emak pula, tak buat nasi lemak kerana stok daun pisang yang tinggal semalam dah pun habis dan tak sempat nak ambil yang baru petang semalam kerana hari hujan.
Dan Harraz, masih dalam baju sejuknya tapi tidak lagi berselubung atas tempat beradunya, sebaliknya sama-sama menyertai kami di meja makan.

"Dah sihat ke?" Soalku kepadanya.

Harraz angkat kepala memandangku, abah dan emak sebelum dia kembali memandang aku. Dia buat reaksi muka seperti bertanyakan kepada diakah soalan itu aku ajukan.

"Awaklah, dah sihat ke? Kan awak sorang je demam kat dalam rumah ni." Jelasku, sempat memerlinya.

"Dah!" Jawab Harraz mendatar. Dia menarik hujung baju sejuknya agar menutupi juga kesemua jari-jemarinya tapi tak berjaya kerana lengan bajunya itu betul-betul disukat cukup-cukup lengan, lalu dia berpeluk tubuh dan menyembunyikan jari-jemarinya di bawah ketiak. Terletus ketawa kecil yang tak mengeluarkan bunyi dari bibirku, lucu melihat gelagatnya.

"Atuk Irin tu kerja apa?" Soal abah, membuka bicara bila sejak tadi selepas habis makan kami hanya duduk-duduk tanpa berbicara apa-apa.

"Kerja... hotel." Aku pandang Harraz, mengharapkan kepastian darinya. Aku sendiri pun belum tahu dengan lebih mendalam tentang perniagaan atuk, kecuali aku diberitahu yang atuk ada rangkaian hotel yang diberi nama Residence Hotel, lain-lain aku tak tahu.

"Hotel? Kerja sebagai apa kat hotel tu?" Soal emak pula, pelik.

Aku garu kepala."Tak.. bukan kerja macam tu, ni..." Aku usap-usap rambut pula. Sedang mimikirkan jawapan terbaik untuk aku berikan pada emak. Nak cakap atuk tu bukak hotel pun susah ke? "Apa Harraz??" Penyudahnya aku serahkan kerja menjawab soalan itu kepada Harraz.

Harraz kerut dahi memandangku seperti berkata "Apa aku pulak?" Aku membalas pandangannya dan membuat mimik muka sebagai jawapan, "Jawab je lah." Kemudian kami sama-sama pandang mak dan abah yang setia menanti jawapan dari kami.

"Atuk sebenarnya jadi pengerusi untuk Residence Hotel, so... kerja dia itulah!" Jawab Harraz, terangguk-angguk, seperti tak tahu bagaimana untuk menjelaskan kedudukan atuk di hotel itu.

"Pengerusi? Oh, dia jadi big bos kat hotel tu lah ya?" Soal abah, cuba mempamerkan kefahamannya.

"Hahhh..." Aku dan Harraz serentak menjawab. Sangat setuju dengan jawapan ringkas yang abah berikan itu. Kan senang dari tadi cakap bos saja. Apalah kau ni Irin!.

"Dia tak teringin ke nak datang sini? Sekurang-kurangnya jumpa mak dengan abah yang dah jaga cucu dia ni.." Soal abah lagi, nada seperti menyindir tapi aku tahu maksud kata-kata abah itu begitu mendalam. Mungkin bagi abah, atuk sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah membesarkan aku dan menjaga aku dengan baik.

"Err,, ada atuk cakap nak datang sini, tapi Irin tak bagi. Sebab jauh sangat, Irin ingat nak ajak abah dengan mak je yang pergi sana. Sekurang-kurangnya bolehlah mak dengan abah tengok tempat tinggal baru Irin kat sana tu." Jawabku, bukan sekadar untuk menyedapkan hati mereka tapi memang itupun yang aku rancangkan dulu, cuma masih belum berkesempatan untuk melakukannya.

"Mak dengan abah pergi sana? Waahhh.. mak memang teringin pun nak ke sana, bila nak bawa mak dengan abah?" Soal emak teruja. Aku pandang Harraz, menagih jawapan darinya. Walaupun diorang ni mak dan abah aku, tapi aku masih bukan tuan punya villa, dan aku tetap tak boleh buat keputusan sesukahati aku tanpa berbincang dulu dengan atuk.

"Nanti, kami akan aturkan satu majlis untuk irin dan masa tu mak cik dan pak cik akan dibawa ke sana. Bila tarikhnya kami akan maklumkan kemudian." Jawab Harraz lancar. Aku tak pasti samada itu jawapan yang sebenar-benarnya mereka akan lakukan atau itu cuma ayat kosong Harraz untuk menyedapkan hati mak dan abah.

"Ohh.." Itu reaksi emak. Kemudian emak memandang Harraz, agak lama sebelum dia tiba-tiba mengajukan soalan..

"Harraz ada berapa adik beradik?" Soal emak, tersenyum-senyum.

"Err... saya anak tunggal." Jawab Harraz, seperti tak selesa bila ditanya tentang hal peribadinya. Tapi mak, seperti orang yang tak faham bahasa tubuh badan orang yang disoal, terus saja ligat menanyakan lebih banyak soalan lagi.

"Ohh.. anak tunggal, sama macam Irinlah. " Emak menjelingku sekilas. "Dah tu, umur Harraz berapa? Sebaya Irin juga??"

Harraz memandangku, cuak. Aku jongket bahu.

"Tak.. saya dah dua puluh empat mak cik." Walaupun nampak seperti tak selesa, jawapan emak tetap dijawabnya.

"Mak ayah ada lagi?"

Lama Harraz diam bila nak menjawab soalan ini. "Ayah ada.." Jawabnya perlahan.

"Emak?" Soal emak, pantas.

"Emak tak ada dah.." Jawabnya, dan cuba untuk ukir senyuman segaris, mungkin kerana tak mahu buat mak rasa serba-salah kerana bertanyakan soalan itu.

Ya, memang emak langsung tak rasa bersalah, sebaliknya aku yang terkejut mendengar jawapannya itu. Selama ni aku tak pernah tau yang Harraz tak ada mak sebab aku fikir emak Harraz pastilah tidak bekerja dan duduk di rumah menjadi isteri sepenuh masa kepada pak cik Ghazi, oleh kerana itulah aku langsung tak pernah nampaknya, tapi ternyata tekaan aku itu silap sama sekali!.

Nampaknya, nasib aku dan Harraz seakan sama. Cuma aku kehilangan kedua orang tuaku dan Harraz cuma kehilangan salah satu darinya.

"Sejak umur berapa emak Harraz tak ada?" Soal emak lagi tanpa rasa bersalahnya. Nampaknya mak betul-betul mahu mengetahui dengan lebih mendalam tentang latar belakag Harraz.

"Sejak.. saya tingkatan tiga. Lima belas tahun" Jawab Harraz, aku nampak dari air mukanya, dia seperti berharap yang mak takkan tanya lagi soalan itu tapi mulut mak macam bertih jagung yang asyik mengeluarkan soalan sebaik saja mendapat jawapan balas.

" Dia sakit ke apa?" Soal emak, kali ini aku mencelah.

"Emak.. dah la tu." Tegurku.

"Biarlah mak nak tahu, kan Harraz pun macam Irin juga. Masing-masing tak ada mak ayah. manala tahu boleh kongsi rahsia ke."

"Rahsia?.. apa..." Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku Harraz dah mencelah.

"Rahsia apa mak cik?" Soal Harraz tiba-tiba, seperti berminat dengan apa yang bakal mak katakan. Padahal apa yang mak cakap itu bukan sesuatu yang penting pun, entah-entah rahsia nak tahu peribadi Harraz je.

"Tak.. Irin ni kan mak cik jaga masa umur dia lima tahun, manalah tau kot-kot Harraz pun orang lain yang jaga lepas mak Harraz tu meninggal." Terang emak. Padat dan ringkas. Aku dah kata dah, bukannya rahsia apa sangat pun.

"Mak cik jaga Irin masa umur Irin lima tahun?" Soal Harraz, berselang seli memandang emak dan abah sebelum memandangku. Seperti tak percaya. Heh.. habis tu dia ingat selama ni aku hidup sampai ke besar macam ni hanya dengan jaga diri aku sendiri?

"Iyalah.. kami lah yang jaga dia," Jawab abah, berbangga.

Harraz diam, seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kenapa Harraz?" Soal abah.

"Tak.. cuma tak sangka." Katanya sambil tersenyum. Tapi sekejap kemudian reaksi mukanya berkerut kembali. Aku pasti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya, tapi aku tak tahu apa dia.

"Err.. maaf kalau soalan saya ni salah, tapi macammana mak cik dengan pak cik boleh jumpa Irin?" Soal Harraz. Soalannya itu membuatkan emak dan abah terdiam. Aku pandang mereka bertiga yang seperti sedang bermain dengan mainan fikiran. Masing-masing terdiam dengan pemikiran mereka sendiri, dan cuma aku yang masih blur.

p/s : Jom join segmen "Review Iman Harraz" 


10 ceritaMia's lovers:

afiqahairil said...

okay..tak sabar nak tau next chap...dupdapdupdap..

arasnieryie@1995 said...

huih!..asal cter skerat jer nih?!!..cpt smbg,plizzz!

Khairun Nida said...

nak lagi miss author...
x sbr2 nak tau cite sambungannyer..excited dah nie..
best!!

annysshazana said...

love it ..ta sabar na tww cite slanjutnya ,, cepat2 smbung ,, :)

rahimawati said...

mane sbugan nyer, cepat cikit...cepat cepat cepat cepat cepat......

idA said...

E3 ni membuat kita tertanya tanya apa motif Harraz menanya kat ibubapa angkat irin mengenai kehidupan masa lalu irin..? Sedangkan ayah Harraz yg menemui irin dan pertanyaan lagi bagaimana ayah Harraz boleh tahu mencari irin? adakah ini satu konspirasi..untuk merampas harta milik irin ??

Anonymous said...

cepatlah sambung kak.Tak sabar nak tahu cerita selepasnye =)

Anonymous said...

Cepatlah sambung kak mia.X sabar rasanye nak tunggu ape jadi lepas tu...............................:(

Anonymous said...

cepatlah sambung kak...dah saspen dah dah ni...:)

little suho said...

sambunglah lagi...saspen dah ni...