http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Tuesday, January 3, 2012

Bab 32




Aku tau yang aku tak sepatutnya salahkan Harraz yang kerana dia aku terlepas janji temu pertama aku dengan Syafiq, kerana sekurang-kurangnya aku tahu yang Harraz dah berjaya buang satu beban atas bahunya yang selama ini ditanggung sendirian.

Aku juga tahu yang aku tak sepatutnya merungut kalau lain kali Harraz mungkin akan cari aku lagi sebab nak luahkan perasaan dia tu yang entah berapa banyak lagi masalah dia tengah tanggung. Tapi... sekarang aku betul-betul rasa macam nak salahkan sesuatu dan rasa macam nak menyesal bila dari tadi panggilan yang aku buat kepada Syafiq masih belum berbalas. Ok, baru lima panggilan tak dijawab, belum lima belas atau lima puluh lagi... 

Tapi bukankah lima panggilan aku yang tidak dijawab itu sudah menunjukkan yang Syafiq sebenarnya marah atau mungkin merajuk dengan aku? Habis apa aku patut buat sekarang? Pujuk dia sekalipun kami tak ada apa-apa hubungan istimewa? Err.. tapi aku memang berniat untuk berbuat begitu pun, kalau tak kenapa dari tadi aku asyik menekan nombor telefonnya, kan?

"Haaihhh... " Masuk kali ini aku sediri pun dah tak terkira berapa banyak kali aku mengeluh kerana kealpaan aku semalam, kenapalah aku boleh lupa yang aku ada janji temu? Kenapalah aku boleh tak perasan yang aku sudah berjanji dengan lelaki yang aku suka itu hanya kerana Iman Harraz sedang menangis dan mengharapkan aku sebagai tempat dia mengadu?

"Masuk kali ini dah..." Harraz tiba-tiba muncul dan mengira dengan jarinya berapa kali aku mengeluh. " Dah sepuluh kali kau mengeluh, apasal??" Soalnya.

"Tak ada apalah!" Balasku, berdiri membelakangi dirinya.

"Ehem.. aku harap pasal semalam kau tak ceritakan pada sesiapa. Pada Ros pun jangan!" Pesan Harraz, memberi amaran.

"Kenapa pulak tak boleh?" Soalku, terus memusing memandangnya.

"Tanya pulak kenapa tak boleh.. sebab tak bolehlah!" Rungut Harraz.

Aku berdiri sambil berpeluk tubuh memandangnya. tiba-tiba ada satu lintasan jahat dalam fikiranku sekarang ini. "Kalau kita bagitau jugak?" Soalku, dengan sengihan ugut.

"Kau bagitau, aku... aku..." Harraz terfikir-fikir ugutan apa pula yang ingin diberikan kepadaku.

Aku tersengih, menang.

"Pendek kata, jangan bagitaulah! Kau ni tak faham bahasa ke?" Marah Harraz.

"Ok, kalau tak nak kita bagitau.. awak kena buat sesuatu untuk kita!"

"Buat apa?" Soalnya, dengan dahi berkerut.

Aku tersengih dengan rancangan yang sedang aku aturkan dalam kepala.

************************

Sekarang kami sedang menuju ke pejabat untuk berjumpa dengan Syafiq atas permintaanku, dan Harraz kerana tak mahu aku buka mulut, di terpaksa membawa aku ke sini sekalipun reaksi mukanya menunjukkan yang dia tak mahu!

"Harraz tak payah buat muka terpaksa awak tu boleh kan?" Kataku, sengaja mengusiknya. Dari tadi dia asyik mengeluh dan seperti tak senang duduk, rimas pula aku dibuatnya.

"Dalam banyak-banyak permintaan, kenapalah ini jugak yang kau nak mintak? Tak boleh ke suruh je Syafiq tu datang villa jumpa kau? Kenapa mesti nak pergi cari dia kat office pulak?" Soal Harraz, tak puas hati.

"Kita sebenarnya tak nak babitkan awak dalam hal ini tau, tapi memandangkan awak dah cakap macam tu, jadi kita terpaksa jugak cakap yang sebab awaklah kita sampai terlupa janji temu kita dengan Syafiq malam tadi. Jadi sebenarnya apa yang awak buat ni bukanlah apa-apa sangat.. "

"Oh, jadi malam tadi kau terlupa date kau dengan Syafiq sebab aku kemudian Syafiq merajuk dan kau suruh aku bawak kau ke office sebab nak pujuk Syafiq?? Baguslah tu, aku jadi kuda untuk korang pulak."

"Kuda? Maksudnya?"

"Tak faham sudahlah.."

"Eleh, tanya sikit pun nak marah."

"Aku ada rupa marah ke sekarang ni?" Harraz memandangku dengan muka yang dimaniskan.

Aku tergelak. Lucu melihatnya tersenyum paksa. 

"Suka!" Kata Harraz, merujuk kepada aku. Dan secara tak langsung bibirnya turut senget sebelah, tersenyum.

"Comellah awak ni Harraz." Kataku, diluar kesedaran otakku.

"Apa kau cakap?? Comel??" Soal Harraz, memandangku dengan reaksi muka terkejut.

Aku terdiam. Terus mati senyumanku, errr.. aku cakap apa tadi?

"Err.. tak! Eh, entah!" Balasku, kalut. Aku berdehem beberapa kali.

Aku nampak Harraz memandang ke luar tingkapnya dan dia tersenyum. Dia ingat aku tak boleh nampaklah bayang-bayang muka dia dari cermin tingkap dia yang lutsinar tu?? Heh.. aku pula yang tersengih. Malu dan... entah!

"Ehem.. ehem.." Harraz berdehem dua kali. "Aku nak pesan ni, kat office tu tak ada sesiapa pun tahu tentang kau, jadi kalau diorang nampak aku datang berdua dengan kau dan kalau ada sesiapa yang tanya siapa kau dengan aku, kau jawab je yang kita ni sepupu. Pesan kat Syafiq jugak! "

Aku mengangguk.

"Dengar tak?" Soal Harraz.

"ye.. tak nampak ke kita angguk tadi?"  Bidasku.

Baru Harraz menoleh memandangku di sebelahnya. "Ok, sekarang angguk." Arahnya.

"Tadi kan dah angguk?"

"Tadi aku tak nampak.."

"Ish, mengada-ngadalah awak ni." Rungutku.

Harraz tersengih suka.


**********************************

Syafiq nampak terkejut sebaik saja melihat aku masuk ke department ini. Malah bukan Syafiq sahaja, tapi semua staff yang ada di sini seakan kaku apabila melihatku..

"Tengok apa? Sambunglah buat kerja!" Kata Harraz lantang dari arah belakang aku.

Oh.. atau mereka sebenarnya kaku apabila melihat Harraz?

 Masing-masing kalut kembali melakukan apa yang sedang mereka lakukan tadi kecuali Syafiq yang masih kekal berdiri di tempatnya berdiri tadi dengan sebuah fail di tangannya.

Aku cuba untuk senyum padanya tapi entah kenapa bibir aku tiba-tiba jadi macam beku pulak, membuatkan senyuman yang cuba aku lontarkan jadi hambar dan palsu! Adoi aku sepatutnya lemparkan senyuman paling manis untuk dia! 

"Takkan kau nak berdiri kat sini je sampai esok?" Perli Harraz lalu dia berjalan mendahului aku menuju ke arah Syafiq sebelum masuk ke dalam salah satu bilik di sudut belakang. 

Syafiq memandang aku sebelum dia juga berpaling dan mengekori langkah Harraz dan mereka sama-sama hilang dalam kamar pejabat itu. Dan aku? Apa patut aku buat sekarang? Biarkan saja staf-staf pejabat ini memandangku dengan seribu persoalan di fikiran mereka tentang siapa aku?  Sudah tentu tidak! Aku atur langkah lebih pantas menuju ke arah bilik yang Harraz dan Syafiq masuk tadi, itupun sepanjang kaki aku melangkah menuju ke bilik itu yang jaraknya cuma sepuluh langkah dari tempat aku berdiri tadi, aku rasa macam berjalan seratus langkah!

Tanpa mengetuk pintu terlebih dulu, aku terus masuk ke dalam bilik itu. Harraz dan Syafiq serentak memandangku.

"Err.. sorry...." Ucapku, baru tersedar yang aku dah melanggar etika sebelum memasuki bilik orang. Terutama di pejabat. Lalu aku berkira-kira untuk keluar kembali.

"Irin!" Panggil Harraz.

Aku tak jadi keluar, sebaliknya angkat kening sambil memandang tepat ke muka Harraz.

"Kau kata nak jumpa dia?" Soal Harraz sambil menjuihkan bibirnya ke arah Syafiq yang berdiri menghadapku dan membelakangi Harraz.

"Ha'ah.. " Aku tersengih memandang Syafiq yang senyap tidak bersuara sejak tadi. Aku kerut-kerutkan keningku ke arah Harraz sebagai isyarat menyuruh Harraz keluar dari bilik ini jadi aku boleh berbicara muka ke muka dengan Syafiq. Malulah nak cakap kalau Harraz ada.

Tapi masalahnya Harraz buat-buat tak faham dan terus saja duduk di atas kerusi empuk dia tu sambil memusing-musingkan pen di jari. Bila Syafiq pandang aku menagih penjelasan, aku buat-buat tersengih dan kembali memandang Harraz dengan reaksi muka yang lebih serius. Tak faham-faham bahasa lagi ke mamat ni?

Mungkin terperasan dengan reaksiku, Syafiq turut menoleh memandang Harraz di belakangnya. Aku juih-
juihkan bibir kearah Harraz, membebel dalam senyap supaya dia keluar.

"Apa?" Soal Harraz.

"Tunggu kat luar boleh tak?" Pintaku, kini aku tak perlu buat mimik muka lagi memandangkan Harraz memang takkan faham.. atau buat-buat tak faham?

"Apasal pulak? Nak cakap, cakap jelah. Lagipun ini bilik aku, bukan bilik korang!"

"Eiii.. pleaselah Harraz, pinjam bilik sekejap pun tak boleh ke?" Aku jegilkan mata memandangnya.

"Ish! Yelah, yelah. Lima minit je.. eh, tak! Dua minit je!" Kata Harraz sambil dia berjalan keluar dari bilik ini. 

Aku menunggu sehingga Harraz betul-betul dah keluar dan dah tutup pintu, baru aku fokuskan pada Syafiq dihadapanku ini.

"Sorry pasal semalam, tapi kita betul-betul tak sengaja! Masa tu kita dah siap, dah nak keluar pun tapi tiba-tiba ada hal yang tak dapat nak dielakkan lepas tu kita terus terlupa nak bagitau awak yang kita tak dapat keluar, Sorry sangat, sangat, sangat!" Pintaku, bersungguh-sungguh.

"Hal apa?" Selepas berpatah-patah perkataan yang aku ucapkan, hanya dua perkataan itu saja yang keluar dari mulut Syafiq.

"Hal.. err.. " Ok sekarang aku memang tak tau nak bagi alasan apa? Takkan nak cakap hal dengan Harraz? Bukan ke Harraz dah pesan orang lain tak boleh tahu tentang hal malam itu?

"Ni.. kita sakit perut. Sebab..." Aku terdiam lagi, sedang memikirkan alasan yang logik. Kening Syafiq dah terjongkit, menunjukkan yang dia memang menantikan alasan dariku.

"Senggugut!" Lancar mulut aku mengeluarkan perkataan itu. 
Hilang kerutan di dahi Syafiq diganti dengan reaksi muka lega. Perkataan "oh" terluah di bibirnya. Sekarang aku rasa macam aku boleh tarik nafas lega.

"Kalau first date tak jadi, masih boleh aturkan second date kan?" Soal Syafiq, kini reaksi mukanya lebih berseri dan manis.

"Second date? Err.. boleh, boleh!" Balasku. Juga tersenyum.

"Bila?" Soal Syafiq, teruja.

"Bila? Maksudnya?"

"Hehheh.." Syafiq ketawa perlahan. "Bila Irin dengan saya boleh keluar untuk second date pulak?" Soalnya.

"Ooohhh.. hihi.. err nanti saya bagitau boleh?"

"Sure! Nanti bagitau ya? Can't wait for the date!" Kata Syafiq dengan senyuman teruja.

Aku senyum je sambil angguk-angguk kepala. 

"Err... oklah Syafiq, kalau tak ada apa-apa kita balik dululah ya?" Aku meminta diri untuk pulang.
Syafiq mengangguk dan mempersilakan aku untuk keluar. Di muka pintu bilik, aku dikejutkan dengan Harraz yang sedang berdiri bersandar pada dinding dengan kedua-dua tangannya di kocek dan kaki kanan yang di rehatkan di dinding. 

"Awak ni, terkejut kita! Buat apa berdiri kat sini?" Marahku.

"Dah kau yang halau aku keluar, lagi mau tanya.." Rungutnya pula.

Syafiq berdiri di antara kami sebelum dia minta diri untuk menyambung tugasnya.

"Kau tak boleh keluar dengan Syafiq lagi" Kata Harraz sebaik saja Syafiq semakin jauh dari kami."

"Kenapa pulak?" 

"Sebab aku cakap tak boleh!" Harraz mengunci pintu pejabatnya dan terus berjalan meninggalkan aku. Saat itu nak saja aku jeritkan kepadanya apa alasan dia tak benarkan aku keluar dengan Syafiq?



p/s : Petang. Dalam bilik, aku tengah dalam dalam mood menyiapkan Bab ni, dan dah berada dalam karekter Irin dan Harraz. Adik aku shafurah (darjah lima) duduk kat sebelah. Tanpa aku sedar rupanya dia tengah baca apa yang aku taip. Tiba-tiba...

Uah : Uda, "kalut" tu apa?"
Aku : (Terganggu. Mula berkira-kira untuk bukak software kamus yang ada dalam lappy ni, tapi tak jadi) "Ish! Uah ni.. cuba jangan kacau uda nak buat kerja. Tengok uda dah lupa nak tulis apa. Lain kali jangan tanya apa-apa soalan masa uda tengah menaip!" Aku bagi amaran tegas.
Uah : Ok.. ok..

Cuba cari line masa yang uah tanya tu?? hihi.. ok nak kongsi itu jer. Tak ada motif! ;p


12 ceritaMia's lovers:

alfa syamimi said...

harraz jelass2 jeles. haha neway kak mia,..nama manja kita sama r! hehe kat umah pom dorang besekan sya kak uda.. dunnoe why?

mia kaftiya said...

Sebab anak nombor 4?? ;)

arasnieryie@1995 said...

..ko mmg trbaek lar Mia,aku suke!!

hanna aleeya said...

pheww22.. iman harraz.. iman harraz.. asal la aku tak jadi irin.. haha

Kayrel said...

eh... pendeknye... npe pndek.. (sdey)

scroll smule naik atas.. konon2 nk cri 'kalut' tu...

eh..eh.. panjangla sbenarnye...

** x puas bace... syok sgt... hehehe...

:D

che`leen said...

Time line 4 `kalut`:
Masing-masing kalut kembali melakukan apa yang sedang mereka lakukan tadi...
(ada hadiah tak? hi hi hi..)

ainur nordhia said...

bile lagi nak sambung kak mia
dah x sabar da ni
cite ni sampai bab bape?

mia kaftiya said...

che leen : hihi.. terima kasih diatas kerajinan anda utk scroll up balik semata2 nk cari line itu. Syangnya.. tak ada hadiahlah.. >_<


Ainur : bila nak samng? ok, akak nak mula menulis sekarang, bila siap tak tau lg.. hahaha.. citer ni smpai bab bape tak pasti lagi. tungguuuu jelah.

KNR_Nida said...

ye la..sedikit pendek dari biasa..tapi tetap best..!!
x sbr nak tunggu next bab..^_^

Anonymous said...

cepatlah sambung, tak sabar nak tau kesudahannya. saya tiap2 hari baca cerita ni,ulang2 bab yang best hehehehe

ainur nordhia said...

bestnye!!bile lagi nak sambung kak mia da x sabar da ni
err,,nak tanye sket cite ni sampai bab bape ekk?

Anonymous said...

bila nak sambung bab 33 tak sabar nak baca hehehehe