http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Friday, March 9, 2012

Plain Guy part 1



TIZZA memegang beg-beg kertas di kiri dan kanan tangannya sambil berlari-lari anak dengan kasut tumit tinggi 3 inci.

“Mati la aku!” Tizza menggigit bibir berlari menuju ke arah kaunter pembelian tiket. Dah lambat sangat!
Duit bakinya renyuk di tangan. Cepat-cepat dia letakkan kad kecil itu ke dalam mesin sebelum meloloskan diri daripada gate masuk.

“Eh, ringan aje ni?” Tizza pandang ke bawah. Beg kertas di tangannya tinggal dua. “Alamak! Macam mana boleh tinggal!”

Tak sempat dia patah balik palang gate dah tutup! Mata Tizza membulat.

“Haishh! Tak guna!” Tizza panik seketika.

Tiba-tiba satu tangan mencapai beg kertas Tizza. Tizza memandang wajah lelaki itu.

“Beg aku!” Seru Tizza cemas. Lelaki itu melepasi palang gate selepas memasukkan kadnya.

“Mine....” Ucap Tizza menunjukkan beg di tangan lelaki itu. Gusar sekiranya lelaki itu ada hajat nak ambil beg kertas dia. Mahal dowh kasut yang aku beli tadi!
Lelaki itu tertunduk memandang beg yang Tizza tunjuk. Dia menghulurkan kepada Tizza tanpa sepatah ayat pun.

Tizza terkial-kial mengambil beg kertasnya. Lelaki itu menarik nafas panjang. Tiba-tiba barang-barang di tangan Tizza dirampas oleh lelaki itu. Tizza terkejut. Dia memandang lelaki itu penuh tanda tanya. Lelaki itu tidak mempedulikan renungan tajamnya malah terus berlalu menuju ke pintu masuk komuter. Tizza laju mengikut langkah lelaki itu. Dia kalut sebentar.

‘Poyo arr mamat nih! Bisu ke apa?” Tizza tercebik-cebik sendirian memandang tubuh lelaki bercermin mata bingkai tebal itu dari belakang.

Langkah lelaki itu terhenti tiba-tiba. Tizza turut kaku memandang lelaki itu dengan perasaan pelik.

Lelaki itu memandang Tizza tajam sebelum mengangkat beg-beg Tizza.

“Oh!” Tizza mengambil barang-barangnya dari tangan lelaki itu sebelum duduk di kerusi kosong berdekatan pintu.

Lelaki itu masih memandangnya. Tizza tarik muka masam. Apa pandang-pandang?!  Poyo punya mamat... Dah la nerd semacam.

Mamat poyo itu berlalu keluar dari pintu selepas satu perhentian. La, sombong gila! Cakap pun tak.... Tengok, tak de pun dia nak minta diri pergi dulu padahal tadi beria-ia nak tolong aku... Eh, aku tak cakap thanks pun kat dia! Tizza garu kepalanya yang tidak gatal. Ada sedikit kesalan di hatinya.

Tizza melangkah keluar setelah komuter berhenti ke stesen berikutnya. Nak cepat balik rumah. Penat sangat!
Tiba-tiba telefonnya berbunyi nyaring. Tizza meletakkan beg-beg kertasnya di kaki sambil mengeluh kecil. 
Handbag di selongkar mencari telefon bimbit yang tak henti-henti berbunyi.
‘Sayang’ terpapar di skrin Samsungnya. Tizza menghela nafas panjang sebelum memicit butang accept.

"Kenapa?" Tanya Tizza agak kasar. Dia betul-betul penat!

"Hello B, you kat mana? I call you banyak kali tapi you tak angkat. I risau tau tak?" Suara Walid mencecah telinganya. Tizza mencebik.

"I dalam komuter tadi. Tangan I penuh dengan barang-barang. Mana sempat nak cari handphone. Lainlah kalau I ni "squidward", ada banyak tangan boleh guna. Ha,  you nak apa pulak?” Perli Tizza. Membuat perumpamaan dirinya dengan si sotong yang bermain alat muzik dalam kartun spongebob.

Walid gelak. Tizza monyok.

Mood Tizza terganggu sebab sepatutnya  Walid yang menghantar dia sampai ke rumah. Alih-alih dia kena naik komuter kerana Walid dapat panggilan kecemasan dari siapa entah. Hai! Bebal betul...

"Sempat pulak you buat lawak ye sayang? By the way, you dah sampai mana sekarang?" Soal Walid lembut. Memujuk lah tu! Tizza mencemik wajahnya sekali lagi.

Tak kuasa melayan Walid. Tadi beria-ia nak temankan orang shopping. Last-last jadi macam ni! Semua ni salah Walid sampaikan dia terjumpa mamat poyo tu tadi.

"On my way to my house!"

"Okay kalau macam tu, kejap lagi I datang ambil you."

"Apsal?"

"Keluarlah. Tadi kita tak sempat makan kan?"

"How about you punya emergency call dari rumah tu?"

"Oh... Tak ada apa-apalah, dah settle. Jadi bolehlah ya?"

“Boleh apa?”

“Keluar dengan I... You know, makan-makan...”

"No. Tak payah. I malas nak keluar. Ni pun baru aje sampai."

"B... You merajuk eh? I'm sorry ok. I'll pick you up."

La.... Bebal jugak dia ni. Tak faham bahasa kut...

"I said no! I tak nak keluar sekarang ni, I penatlah... Dan tolong jangan datang rumah I okay..." Tegas Tizza 
lantas mematikan talian. Padan muka Walid. Kena bagi pengajaran sikit kat lelaki macam tu.

Berombak dadanya menahan marah. Lebih menyakitkan hati lagi bila emergency call tu dia kata tak penting. Grrr...  Sakit jiwa betul.

Tapi Tizza tahu yang dia takkan merajuk lama-lama sebab Walid bijak mengambil hatinya. Saja nak main tarik tali dengan boyfriend sendiri apa salahnya? Tizza memuncungkan bibir sambil meneruskan langkah kakinya.

*****

“SIAPA punya ni?” Tanya Tizza hairan. Faridah mengangkat bahu.

“Kau lah kut...” Balas Faridah tidak mengendahkan pertanyaan Tizza. Tizza capai bungkusan coklat dengan sekeping kad di atas meja pejabatnya.

Tizza buka kad berbentuk hati berwarna merah dan membaca satu-satu ayat yang tertulis di situ.

"Your smiles as sweet as this chocolate. So, smile aaaallways! :-)"

Tizza senyum lebar. Pandai Walid pilih coklat kegemaran dia.

Tizza keluarkan telefon bimbit dari dalam beg.

"Hello. Sayang...." Sengaja Tizza keluarkan suaranya ala-ala Mulan Jamila, paling seksi!

 See? Dia memang takkan mampu untuk merajuk lama-lama!

******

"HAI TIZZA... Sibuk ke?" Tegur satu suara. Mendengar suara itu saja sudah cukup untuk buat Tizza rasa harinya jadi kelam. Tizza tarik muka masam. Syuh... Syuh... Benci pada lelaki itu lebih menguasai hatinya.

"Amboi... Sombong nampak! Langsung tak nak pandang muka I ni kan?" Ucap lelaki itu.

“Tau tak pe...” Balas Tizza sinis.

Shaq sengih nakal sambil menolak rambutnya ke belakang. Siap angkat-angkat kening tunjuk kacak. Boleh 
tak aku nak muntah sekarang? Bueekkkk!!! Tizza buat muka menyampah.

Bajet handsome satu Malaysia konon!

Taula dia kaya, muka jambu ala-ala jambu batu. Senyuman boleh pikat jantung si Senah anak mak cik jual karipap kat depan pejabatnya. Tapi hakikat sebenarnya, Tizza langsung tak pernah kisah dengan segala aset yang dimiliki oleh Shaq itu. Euwwww... Tolong okay, menyampah gila! Sekali lagi Shaq usap-usap rambutnya. Tizza mencebik kecil.

"Maaf, ini bukan office bapak I jadi tak payah nak kacau I kat sini sebab I tak suka orang lain ganggu I buat kerja. Nanti boss I mengamuk, I jugak yang kena marah. Ada faham?” Kata Tizza dingin.

"Jadi kalau office ni office father you, I boleh kacau you setiap hari la ye?" Shaq buat ayat ala-ala kasanova. Tizza ternganga. Shaq ketawa lucu. Suka pandang muka Tizza yang kalut seperti itu. Dia paling suka lihat wajah Tizza yang buat-buat muka menyampah pada dia. Comel!

“Excuse me? You ada sakit mental ke?” Kening Tizza bertaut dekat.

“I just nak bawa you untuk lunch dengan I... Salah ke?” Cabar Shaq.

"Salah tak salah, kalau you nak tau, I ada date dengan my boyfriend hari ini.” Ucap Tizza. Sengaja dia keraskan perkataan ‘my boyfriend’ biar Shaq tahu hati dia sudah dimiliki!

Shaq buat mulut macam ‘n’ sambil angkat kening.

"Esok boleh?" Tanya Shaq cuba nasib.

"I think I dah cakap dengan jelas yang I dah ada boyfriend." Kata Tizza sinis.Sekalipun dia berpisah dengan Walid, dia tetap tak akan memilih Shaq sebagai pengganti. Never!

"Apa lebihnya dia berbanding I?” Cabar Shaq tersenyum sinis. Hati Tizza terbakar.

“Banyak.”

“Banyak?”

“Dia cukup sempurna untuk I!” Bentak Tizza geram.

"Habis? I tak sempurna?" Soal Shaq sambil menunjukkan tangan dia konon-kononnya ‘solid’ berotot-otot. Tizza tahan ketawa. Betul ke tak si Shaq ni?

“Sempurna seseorang tu terlalu subjektif, Shaq. You bukan test I.”

"Okay then... Kita lihat aje nanti ‘kesempurnaan’ boyfriend you tu..." Shaq lemparkan pandangan menggoda. Siap kenyit mata. Tizza tersenyum sumbing.

"Hei, you tak payah nak sibuk-sibuk pasal kehidupan I, boleh tak?"

"Well... I nak tau jugak ‘power’ mana boy you tu... Entah-entah jumpa lipas dah lari 10 batu!" Shaq ketawa. Tizza membulat mata. Wajah Tizza naik merah.

“You jangan nak buat I marah...” Tizza bagi amaran. Shaq sengih. Tangannya terus melekap ke pipi Tizza sambil kenyit mata sebelum berlalu. Tizza ternganga. Tak guna punya lelaki!

Tizza kesat pipinya berkali-kali. Geramnya naik ke kepala.

Walid pun tak pernah nak sentuh aku. Tak guna kau Shaq! Sesen pun tak guna!



bersambung...

2 ceritaMia's lovers:

Anonymous said...

sorry ek nk tegur. taste bukan test.

mcm best. tp awal2 pening sikit. masa dia dgn mamat nerd tu

norihan mohd yusof said...

k dek akak suke...