http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Friday, March 23, 2012

Plain Guy part 2



 TIZZA DAN WALID keluar bersama ke sebuah pusat membeli belah dan kali ini Tizza bertegas untuk menjemput Walid. Dia tidak mahu jadi mangsa buat kali kedua. Penat nak angkut semua barang naik komuter. Serik! 

"People keep looking at us..." Luah Tizza menghela nafas panjang tidak selesa. Walid sengih. 

Inilah risiko kalau berjalan sama dengan Walid, mereka jadi perhatian. Dahlah tu ada yang tertoleh-toleh 
mencuri pandang ke arah mereka berdua...

Tizza pandang ke wajah Walid. Walid tetap tenang tidak terusik.

"They are looking because they think that we're suit to each others." Balas Walid, begitu optimistik, dengan 
senyuman bangga di bibirnya.

"Really? But what I see is their eyes is looking at you, smiling to you dan yang paling penting sekali diorang tu semuanya perempuan!" Balas Tizza sinis. Baik sangat si Walid ni. Semua benda dia nak fikir positif, bagus... Sedangkan perempuan-perempuan itu tadi telah memandang dirinya kerana kekacakan yang dia miliki. 

 "B.. Are you jealous? B, I sayang you aje. Nak atau tak nak you kena percaya yang tiada perempuan lain mampu ada di sini selain you.” Walid tunjuk dadanya. Dia gelak kecil. “Jadi buat apa you nak cemburu? Tak ada faedah pun!" Balas Walid tertawa besar. Berdesing telinga Tizza. Ada rasa kecil hati bertamu di dalam dirinya.

"Lucu sangat ke?" Tanya Tizza kasar. Walid memandang wajah Tizza kosong.

“Tak lucu ke?” Walid tanya balik. Naik merah wajah Tizza menahan geram. 

“Suka hati you lah!” Ucap Tizza mendongkol. Tizza melangkah laju meninggalkan Walid.

“Tizza...” Seru Walid. Tizza tak peduli. Hati dia sakit. Walid lambat pick up! Dia cemburu bila Walid jadi perhatian gadis-gadis di luar sana. Kenapa Walid tak pernah nak faham hati dia? Tizza ketap bibir sendiri. 

“Marahlah ni?” Usik Walid menyaingi langkah Tizza. Tizza terdiam membisu. Marahlah! Siapa yang tak marah boyfriend sendiri jadi perhatian orang lain?

Tizza teringat ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias. ‘Kalau nak hidup dengan lelaki yang handsome, bukan awak aje yang nakkan dia. Orang lain pun teringin kat dia!’ Tizza mengeluh panjang.

"Sayang... Ada seorang client ni asyik ajak I keluar aje..." Sengaja Tizza menduga. Dia merenung wajah Walid memerhatikan reaksi Walid. Walid buat muka batu.

"Really? Lelaki ke perempuan? I kenal dia tak?" Soal Walid teruja.

"Nope, you tak kenal dia dan dia lelaki." Balas Tizza.

“Iya? Bila dia ajak keluar tu?”

Tizza telan air liur. Walid tak jealous ke? “Sepatutnya hari ini. tapi I tolak.” Ucap Tizza hambar. 

“Oh, so kenapa you tak keluar dengan dia?" Soal Walid selamba. Seolah-olah dia tidak kisah langsung dengan ajakan itu padahal kalau lelaki lain sudah pasti menunjukkan rasa cemburu.

"Sayang..  I kan dah ada you, kenapa pulak I kena keluar dengan dia?" Tekan Tizza. Walid garu keningnya.

"B... Keluar makan je kan? You belum jadi isteri I so you bebas nak keluar dengan sesiapa yang you mahu. I tak kisah. Besides... I trust you! Lainlah kalau you dah jadi bini I..." Walid kenyit mata. Tizza hampir-hampir ternganga tidak percaya. Bukankah sepatutnya Walid perlu halang Tizza daripada berhubungan dengan lain? Stone heart punya Walid! 

Tizza mengeluh. Mengikut teori Tizza, ada dua kesalahan dalam bercinta, 1. Don't trust your partner too much dan 2. Jangan kongkong pasangan kamu macam dia langsung tak ada hak untuk hidup. Masalah yang dihadapi bersama Walid adalah Walid terlalu mempercayai dirinya. "Just do anything you want, I won't stop because I trust you" Ayat itu selalu sangat diucapkan oleh Walid sehinggakan Tizza sudah dapat menghafal ayat Walid setiap kali Walid buka mulut untuk keluarkan teori dia yang satu itu.

"So, you pernah keluar dengan perempuan lain tanpa pengetahuan I sebab I bukan isteri you?" Soal Tizza pelan. Walid memandang Tizza, wajahnya kosong lagi.

"Yea.. Sometimes," balas Walid tenang.

Tizza ketap bibir. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah, kenapalah Walid ni jujur sangat? Dia boleh berbohong dengan mengatakan 'tak pernah' sekalipun dia dah banyak kali keluar dengan perempuan lain. Tak faham betullah dengan perangai sebenar lelaki seorang ni.

"B, I salah cakap ke?" Soal Walid apabila menyedari perubahan pada air muka Tizza.

"I nak ke ladies," Tizza berlalu menuju ke arah tandas. Dia sudah tiada mood melayan kerenah Walid. Sakit hatinya menjadi-jadi.

Beberapa minit di dalam tandas tanpa buat apa-apa melainkan termenung dihadapan cermin dan cuba menenangkan diri sendiri. 5 minit kemudian dia melangkah keluar.

“Apa la si Walid tu. Tak ada perasaan ke?” Rungut Tizza perlahan. Tapi Walid tetap Walid. Walid bijak memujuknya dengan ayat-ayat menusuk jiwa wanitanya. Memujuk dengan sesuatu yang manis. Sebab katanya...

"You tau kan yang I suka tengok senyuman you yang manis macam gula tu?"

Tizza menghela nafas panjang sambil memandang lurus ke hadapan. Matanya membulat bila terpandang seorang lelaki bercermin mata bingkai tebal sedang duduk di KFC seorang diri.

“Dia tu... Bukan mamat poyo komuter ke?” Tizza mengamati seraut wajah itu dari jauh.

“Tizza, you tengok siapa tu?” Suara Walid menerobos ke telinganya. Tizza gugup terus memandang wajah Walid. Walid pandang ke arah yang Tizza pandang dengan kerutan di dahi.

“Tak ada sesiapalah! I ingat lelaki tu kenalan I tapi nampaknya I salah. Jomlah kita balik. Dah lewat ni...” 
Tizza tarik tangan Walid. Walid memandang wajahnya hairan. Kenapa dengan Tizza hari ini?

Tizza memegang dada kirinya. Jantungnya berdegup laju. Kenapa dengan aku hari ini?

*****

SHAFIQ aka Shaq itu mengganggunya lagi. Naik buntu Tizza mencari alasan menolak pelawaan Shaq. Lelaki memangkan? Kalau orang dah cakap tak suka tapi degil jugak sebab otak dia bebal nak terima kenyataan!

“Sekali ni aje. Lepas ni tolong jangan ganggu hidup I lagi.” Tegas suara Tizza menerima pelawaan Shaq. Shaq angkat kening.

“No hal!” Ucap Shaq dengan senyuman memekar di wajahnya.  Tizza mencebik.

Shaq baginya tak banyak beza dengan lelaki kacak lain. Romantik, kacak, penggoda, tahu melayani wanita dengan sebaik-baiknya dan kasanova! Terlalu tipikal untuk lelaki buaya darat. 
Dia menyampah tengok senyuman Shaq. Nampak palsu. Sekali senyum buat mulut senget sebelah. Euwww... Handsome lah sangat!

Rambutnya yang hitam lebat itu berkali-kali dilurut kebelakang dengan jari-jemarinya sambil matanya terus merenung ke arah Tizza. Tak ada cara lain ke nak mengorat perempuan? Aset rambut aje nak buat apa? Kang tak pasal-pasal aku cantas rambut tu sampai botak. 

"I kat sini bukan nak tengok you perhatikan muka I ni sepanjang hari.” Perli Tizza.
Sejak lima minit yang lalu Shaq pandang wajah dia dengan sengihan lebar. Sikit pun tak cakap apa-apa.

Bosan tau tak? Dengus Tizza geram. Shaq angkat kening. "Sorry... I sebenarnya masih tak percaya you sudi keluar dengan I. Rasa macam mimpi. Rasa macam heaven!" Shaq ketawa kecil. Heaven? Sah mamat ni wayar kepala dia putus fius.

"Dengan perempuan lain,  you guna dialog yang sama ke?" Soal Tizza sengih. Lelaki kasanova macam Shaq tak boleh dipercayai. Semuanya jadi heaven bila dah jumpa perempuan.

Shaq ketawa. "Actually, you cemburu kan? Jangan risau, I tak pernah gunakan ayat tu kat perempuan lain sebab perempuan lain kejar I, you pula I yang terpaksa merayu-rayu nak jumpa...”  Berdesing telinga Tizza. 
Wah! Macam mana lelaki itu boleh terfikir benda yang aku tak pernah fikir? Tizza terkebil-kebil sendirian.

"I cemburu??” Tanya Tizza tak percaya. “Dalam mimpilah!” Tizza senyum sinis.

“Tak apa Tizza. I tau you segan.” Shaq ketawa lagi. Gila perasan! Segan? Dia fikir aku segan kat dia? Bueekkk! Tak hingin okay...

“I tengah perli you Shaq. Tak ada hati I nak jealous jealous sekadar dengan lelaki sesen macam you.” Balas Tizza kasar. 

Shaq berhenti ketawa. Wajahnya berubah tiba-tiba. Shaq berdehem beberapa kali sebelum dia memanggil pelayan restoran. Dia pesan set lunch yang agak mewah. Biar Tizza sedar dia kaya. Biar Tizza tahu dia lelaki kegilaan wanita di luar sana.

“Kita makan-makan sambil sembang-sembang ya tuan puteri....” Shaq buat ayat romeo lagi. Tizza cebik.

"I datang sini cuma nak makan cepat-cepat dan balik semula ke office I. I banyak kerja daripada melayan mamat sengal macam you." Wah Tizza! Cakap tak cover-cover lagi. Tau la awak benci kat saya... Desis hati Shaq.

"Look, you janji keluar makan dengan I dan lepas ni I akan terus pergi dari hidup you. Jadi I nak luangkan lebih masa untuk puteri hati I ni. Salah ke Tizza?” Tanya Shaq perlanan.

Tizza mengeluh, berat.

"You expect too much Shaq. I dah ada boyfriend, you pun tahu. Jadi untuk apa you terkejar-kejar I lagi?" 
Soal Tizza merenung tajam ke wajah Shaq. 

“Tizza, I didn't expect too much. I buat apa yang hati I suruh buat. I jujur pada perasaan sendiri.  I just go for what i want. And you patut tahu yang I sebenarnya dah lama kenal dengan boyfriend you tu.” 
Tizza pandang wajah Shaq hairan.

“Nama dia Walid kan? Dia memang seorang lelaki yang baik dan mampu untuk menjaga you, Tizza...”

"Mana you tau? You intip I?"

Shaq angkat bahu. 

“Lepas ni tolong jangan masuk campur dalam urusan hidup I. Waima berkenaan Walid sekali pun! Dan ingat perjanjian kita, ini adalah hari terakhir I nampak muka you. Dan I serius Shaq!" Kata Tizza tegas. Tizza angkat tubuh dan berlalu pergi sebelum sempat ditahan oleh Shaq.

Dada Tizza berombak geram. Dia berjalan pantas melangkah keluar dari restoran tanpa sempat menjamah makanan. 

Biarlah! Dia bukan pengemis yang tak mampu nak beli makanan guna duit sendiri.

Brakkk....

Tizza terpaling kebelakang hampir-hampir tubuhnya bergolek ke tanah. Bahunya terasa perit spontan dia pegang. Sakit sangat! 

Dia melemparkan pandangan tajam ke arah orang yang melanggar dia tadi. Ya Allah! Mata Tizza membulat. Mamat poyo komuter... 

Lelaki itu tunduk sedikit sebagai tanda meminta maaf sebelum melangkah pergi. Tizza tercengang-cengang sendiri. Macam tu aje?

*****

"AKU dengan Walid dah putus.” Ujar Tizza selamba. Diana terkejut. 

“Ni yang aku tak faham ni. Elok-elok couple boleh putus? Apsal kau putus dengan Walid?” Soal Diana tak percaya. Wajah Tizza diamati dalam-dalam. Minah ni macam tak ada perasaan. Selamba badak. Diana naik hairan. Dia yang tadi berbaring-baring di sofa sambil membaca novel terus terduduk menanti jawapan Tizza.

"Aku yang nak putus dengan Walid," jawab Tizza sambil mengurut hujung dahinya. Kening Diana bertaut.

“Ye lah putus, tapi kenapa?”

"Aku dah mula bosan dengan dia." 

"Bosan? Itu alasan nak lepaskan diri ke? Eh, kau ni biar betul Tizza? Kang menyesal kang, ha.... Gigit jari la lepas ni...”

"Aku jahatkan? Tapi aku memang tak dapat nak go on dengan Walid.”

“Bila kau putus dengan dia ni?”

“Baru aje tadi. Aku call dia minta putus.” Ucap Tizza menghela nafas panjang. Diana tepuk dahi.

“Sure ke kau tak nyesal nanti?” Mata Diana bulat merenung raut Tizza. Tizza geleng kepala perlahan.

“Kau tak sayang dia lagi ke?” Tanya Diana lagi. Tizza buat muka sedih sambil geleng-geleng kepala. Tipulah kalau dia tak sayang. Dia dan Walid menyulam kasih hampir 7 tahun sejak di universiti dulu. Tapi tak tahu di mana silapnya, hubungan ini semakin hambar. Dengan sikap Walid yang selalu buat don’t know, ketenangan 
Walid yang dulu mampu mencairkan hati dia, tetapi sekarang dah macam satu kepahitan buat Tizza. Dia jadi ragu untuk mengenal kasih Walid. 

"Tapi Za, Walid tu punyalah..."

"Punyalah baik, romantik, handsome, sweet, berduit, bekerjaya... Pendek kata sempurna serba serbi. Tak gitu?" Tizza menyampuk. Semangat Diana angguk kepala. Tahu pun kau ya minah?

"Hah! Tau pun kau. Habis nak putus jugak apesal?"

"Sebab aku bosanlah! Bila aku merajuk dia pujuk aku dengan benda-benda manis, coklatlah, aiskrim, gula-gula.. Apa dia nak aku dapat penyakit kencing manis ke? Bila aku marah dia sejukkan aku dengan bunga, dengan hadiah-hadiah misteri dia, dengan gurauan dia yang langsung tak kelakar. Tiap-tiap kali aku marah pun itulah modal dia nak pujuk aku. Bila aku sedih, bila aku nak mengadu, bila aku nak dia faham aku, dia tak habis-habis dengan kata-kata positif dia tu, Asyik-asyik look at the bright sight!, Sekali-sekala aku nak jugak layan rasa marah aku, rasa sedih aku, rasa geram aku. Aku nak jugak kutuk client yang tak habis-habis paksa aku siapkan permohonan pinjaman dia cepat-cepat, aku nak jugak kutuk kawan lama yang rasa pakwe dia lagi handsome daripada pakwe orang lain padahal muka pakwe dia tu biasa je, aku nak jugak look at the dark sight." Luah Tizza panjang lebar.

 “Dia nak kau jadi yang terbaik, Tizza... Kau janganlah nak ikut kepala kau aje...” Tersirap Tizza mendengar kata-kata yang terluah dari bibir Diana.

“Nak jadi terbaik tu memang bagus, tapi aku tak mampu! Terbaik? Weyh, aku tak dapatlah weyh... Rasa tertekan.”

"Kau dah simpan lama benda ni dalam hati kau kan?" Soal Diana cuba memahami perasaan Tizza saat ini.  Dia kawan, jadi dia patut berikan sokongan.

"Tak jugak lama, dalam sebulan dua je kot..." Mata Tizza juling ke atas. Cuba mencongkak berapa lama dia mula rasa begini.

"Kenapa tak cerita kat aku??" Soal Diana.

"Heh... Mana ada orang yang suka dengar kisah cinta orang lain. Kalau baca novel cinta tu lain ceritalah..."

"Kau patut tahu Za yang aku sangat suka dengar kisah cinta orang lain. Kisah kau terutamanya." Diana tersengih besar. Sempat pula dia loyar buruk.

"Kau ni pun... Ye lah kau suka dengar cerita cinta orang lain... Kau kan penyibuk. He he he...” Tizza gelak. Diana tampar lengan Tizza. Penyibuk dia kata? Muncung bibir Diana dah macam itik.

“Aku tak kisahlah Dee... Kau sahabat aku dunia akhirat. Lagipun aku tak nak cerita ni sebab aku nak lupakan pasal kisah aku dengan Walid ."

“Betul kau dah bulat hati tak nak Walid lagi? Tak menyesal ni? Jangan tak tahu Walid tu idaman wanita Malaya...” Usik Diana. Tizza cebik.

“Yeee la...” Tizza tekankan suara dia. Diana sengih.

"Berakhirnya sebuah perhubungan itu bukan suatu pengakhiran, tapi ia cuma sebuah permulaan untuk satu kisah yang baru... Itu ayat yang aku baca dalam novel inilah!" Diana menunjukkan novel yang dipegangnya. 

"Aku ingat ayat kau sendiri tadi, baru ingat nak puji." Tizza ketawa. Diana tarik muncung lagi. Alahai housemate dia yang seorang ni... Manja sangat! Tizza peluk bahu Diana. Diana tepuk belakang Tizza.

“Kau dengar apa aku cakap ni ya, kalau kau sedih, kau luah aje kat aku... Aku sudi dengar...” Ucap Diana sambil senyum. Tizza angguk kepala.

“Love is always like this, it fades away after some time..” 

“Tizza, when love goes away... another love comes again. It definitely will! Even if it hurts now, it will heal a little later... Kau percayalah cakap aku ni...” Ujar Diana bersungguh-sungguh. Tizza senyum kecil. Ya, mungkin sekarang cinta itu pergi, Cuma untuk menerima cinta baru, dia tak nak kesilapan lama berulang kembali.

Diana kembali berbaring dan membaca juga menghayati kisah cinta di dalam novel itu dan Tizza kembali memandang ke arah tv tapi yang sebenarnya fikiran dia menerawang mengingati peristiwa kenapa dia putus dengan Walid beberapa minit lepas.

Beberapa minit lepas, semasa Tizza di dalam bilik tidurnya, sedang membuat panggilan kepada Walid kekasih hatinya untuk mengadu dan menceritakan betapa tak wajarnya tindakan Shaq, lelaki playboy yang asyik menggangunya itu kerana telah mengintip pergerakan dirinya semata-mata kerana ingin kenal siapa Boyfriend 
Tizza. Secara tak langsung, tindakan Shaq itu sebenarnya telah mencerobohi hak asasi Tizza sebagai seorang manusia. Tapi kata Walid..

"Kenapa pulak you nak marah, sepatutnya you berbangga sekurang-kurangnya ada juga orang yang bersusah payah untuk you semata-mata untuk kenal siapa boyfriend you ni kan B?" Kata Walid, tergelak-gelak.

"Sayang! I tak buat lawak okay! Cubalah serius sikit. You tak fikir ke yang dia mungkin boleh buat lebih dari itu? Entah-entah dia intip jugak kat mana I tinggal, kat mana kampung I, siapa mak bapak I? You tak risau ke?" Soal Tizza menahan geram. Walid ketawa besar.

“Takkan sampai macam tu kot... You ni lebih-lebihlah Tizza...” Walid macam menyindir dia. Tizza ketap bibir tahan geram. Bibirnya terkumat-kamit mencari ayat untuk membalas kata-kata Walid tetapi dia gagal. Marahnya sudah merebak keseluruh urat nadi.

"Nak risau apa? I rasa dia just curious nak tahu siapa Walid Idham yang sebenar. Lelaki yang berjaya mendapatkan hati milik Tizza Maisarah. Tak gitu?" 

“You jangan nak sombong sangat, Walid.” Ayat Tizza kasar. 

“Apa pulak nak sombongnya... I rasa you macam tak perlukan I sebagai kekasih. You perlukan kawan untuk meluahkan perasaan. I tak ada masa nak dengar you merungut macam ni, Tizza.” Ada sinis pada kata-kata Walid. Tizza tahan hati sendiri. 

Oh, kawan? Tak ada masa nak dengar aku merungut? Jadi kalau seorang lelaki dan seorang perempuan bercinta, tak adalah istilah perkongsian bersama? Salah ke dia cuba berkongsi masalah? Salah ke dia nak mengadu masalah dia pada kekasih sendiri?

“You sukalah kalau satu hari nanti dia boleh buat lebih daripada itu? Hei Walid. I tak sangka you berfikiran cetek macam ni.”

"Nak buat apa?"

"Do something lah... Dia lelaki I perempuan. Siapa yang tahu apa akan terjadi kemudian hari? You tak teringin ke nak marah dia sebab kacau I? At least ugut dia supaya jangan ganggu I or anything??"

"Hahahahhaaa..."  Walid ketawa dan ketawa. Mungkin sekarang ni Walid tengah fikir yang dia obvious sangat nakkan perhatian Walid. Tapi itulah yang sebenarnya. Dia nak rasa kasih-sayang daripada Walid tapi macam mustahil aje. 

"B, kenapa pulak I nak kena buat benda-benda bodoh tu semua? You're my girlfriend, bukan wife I pun. Mengarutlah." Tizza ketap bibir. Kenapa Walid tak pernah faham perasaan dia? Susah sangat ke nak faham? 

Dia perempuan dan wanita perlukan perhatian untuk merasai kasih sayang yang dihulurkan. Tapi apa Walid 
dah buat? Macam tak ada perasaan. Hambar. 

"Tapi takkan you tak nak pertahankan I? Mana kasih sayang you, Walid?"

"Pertahankan apa? Apa yang dia dah buat sampai I mesti kena pertahankan you? Ada dia rogol you? Cabul you? Kiss you? Ada?” Cabar Walid. Dia jadi sebal melayan emosi Tizza. Tizza tersentak. 

"You tau tak, kadang-kadang bercakap dengan you ni cuma menyakitkan hati?! Fine, you tak pernah cuba nak faham perasaan I. Mulai detik ini, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Faham?!" Jerit Tizza terus matikan panggilannya.   

Dia memang tak pernah rogol I, tak pernah cabul I, tak pernah kiss I... Tapi dia cuba rampas I dari you. You tak bimbang langsung ke pasal itu Walid Idham? Hidup you easy aje kan? Keluhan terbit di bibir Tizza. 

****

TIZZA shopping lagi. Ini salah satu cara untuk dia hilangkan tekanan. 50 kali Walid telefon tapi dia buat tak tahu. Kali ini muktamad dia nak break dengan Walid tak macam sebelum-sebelum ini. 

Tizza mahu buktikan pada dirinya sendiri yang dia mampu untuk berdiri tanpa Walid di sisi. Habis gaji sebulan dia keluarkan untuk membeli baju-baju berjenama dan kasut-kasut mahalnya. Sebelum ini asyik Walid yang keluarkan wang dia. Kali ini Tizza perlu hidup berdikari.

Tiga jam dia pusing-pusing Time Square sebelum dia putuskan untuk pulang ke rumah. Tizza menjinjit beg-beg plastik di kiri dan kanan tangan menuju ke stesen komuter. Rasa menyesal pula sebab tak nak bawa kereta tadi. Kononnya nak ambil angin jalan-jalan. Padan muka kau Tizza... Dia kutuk diri sendiri.

Salah satu begnya tercicir semasa dia sedang menyeberang jalan. Ingin berpatah balik tapi kereta pula lalu lalang, penuh sesak. Lama dia menunggu di tepi jalan itu semata-mata ingin mendapatkan kembali beg yang terjatuh di seberang jalan sana.

Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian t-shirt hitam serta baju kemeja yang tidak berbutang mengambil beg plastiknya dan berjalan menghampiri Tizza. Kening Tizza terangkat. Macam pernah jumpa... Tapi kat mana? 

Tizza amati lelaki itu sebelum mengambil beg plastik yang lelaki itu hulurkan. Lah... Mamat poyo komuter hari tu! Patutlah nampak lain... Dia tak pakai spectacle dia...

“Terima kasih...” Ucap Tizza teragak-agak. Mamat komuter itu mengangguk tanpa membalas senyuman 
Tizza. Amboi.. Sombong nampak...

Mamat komuter itu terus berlalu pergi. Tizza tercengang-cengang sebelum dia mengejar langkah lelaki itu.

“Hey... Siapa nama awak? Saya Tizza Maisarah...” Tizza cuba menyaingi langkah kaki mamat komuter. 
Mamat komuter toleh memandang Tizza dengan pandangan kosong.

“Kita dah terserempak tiga kali tapi tak pernah bertegur sapa. Nama saya Tizza...” Tizza hulur tangan kanan. Lelaki itu menundukkan kepala. Perlahan-lahan Tizza letak tangannya ke sisi. Malu!

“Saya pergi dulu,” ucap lelaki itu sebelum melangkah pergi.

“Eh, nama awak?” 

“Doraemon.” Lepas tu mamat komuter terus pergi. Rahang Tizza terjatuh ke bawah. Doraemon pulak?



bersambung lagi....



2 ceritaMia's lovers:

m said...

Dorarmon? hahahahahaha cpt sambung!

Anonymous said...

nama?
doraemon...

ohhh...mkhluk dari jpun rupa nye..kah3
knp x nobita..nt tizza bley jadi sizuka...hehehhee..

~mai~