http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Wednesday, July 18, 2012

Kisah Hati : 4. Cupcakes





“Jom! Kita nak pergi mana dulu ni?” Soal Emma.
            “Eh kejap, ada seorang lagi tertinggal” Kata Han, menahan kami dari berjalan sambil matanya melilau memerhati sekeliling.
            “Siapa?” Soal Emma, aku mengangguk, setuju dengan soalan Emma. Memang itu yang bermain dikepala aku sejak Han kata ada seorang lagi yang akan mengikut kami. Tak cukup ke Han sorang dah merosakkan mood aku, takkan ada lagi orang yang nak memansuhkan terus mood aku untuk tenangkan fikiran?
            “Hah itu pun dia..” kata Han menunjuk ke arah seorang lelaki yang tinggi, berambut pacak di tengah kepala, memakai baju T lebih labuh dari saiz badannya dan berseluar pendek. Oh ya, juga cuma berselipar getah! Kat pusat beli belah terkemuka yang jadi tumpuan orang ramai ni, dia boleh pakai pakaian selekeh macam nak lepak kat tepi tembok rumah sambil main gitar je??
            Heh, gila selamba. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu di atas bahu lelaki ini sewaktu dia mengusap belakang kepalanya. Apakah itu? Tupai? Oh, dia juga memelihara tupai yang dibawa kemana-manakah? Semakin lama kawan si Han ini semakin menghampiri kami, dan semakin aku nampak dengan jelas ekor yang terletak elok di bahunya itu bukanlah ekor sejenis binatang bernama tupai sebaliknya ia adalah.. ekor rambut kawan si Han ini? Oh my.. sekali pandang, rumusan yang boleh aku buat tentang lelaki ini, dia adalah..
            Mat ganja!.
            Astaghfirullah Tinie.. tak baik menilai orang dari luaran dia.  Kata satu suara dalam diriku. Ya betul, memang tak baik tapi penampilan dia betul-betul buat aku rasa tak selesa berdampingan dengannya. Err.. memang aku tak nak pun tapi sejak tadi dia asyik memandang ke arahku dan tersenyum-senyum. Apa kes?
            Jangan kata Emma akan tinggalkan aku dan suruh aku berjalan dengan lelaki ni, aku tak mahu!!
            “Tinie, ni Hakimie..” kata Han memperkenalkan aku kepada mamat tiga suku ni. Oh selain kelihatan seperti mat ganja, dia juga nampak macam mamat tiga suku sebab dia tak henti-henti tersengih walaupun sudah jelas aku menjelingnya. Dan Han! Kenapa kenalkan lelaki ni kat aku saja? Kenapa tak kenal kan sekali kat Emma? Mereka ada agenda tersembunyi untuk menyatukan aku dengan lelaki inikah?
            “Hai Tinie..” tegur si Hakimie sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat denganku. Mataku jatuh kepada huluran tangannya. Terkejut besar aku bila melihat ada tiga bentuk cincin bermata besar yang tersarung di tiga jarinya iaitu di jari telunjuk, jari hantu dan ibu jari. Oh gosh!
            Spontan aku berundur ke belakang setapak. Huluran tangannya aku biarkan tidak bersambut.
           
*****


Aku lihat diruangan info. Tak banyak maklumat tentang dirinya yang diletak. Kemudian aku ke ruangan gambar. Jenuh aku mengerah otak memikirkan siapakah makhluk Allah ini. Letak gambar semuanya tak sempurna, muka separuh la. Gambar belakang badan la, gambar kaki dengan selipar la..  sehinggalah aku terjumpa gambar jarinya dengan tiga bentuk cincin yang tersarung di tiga jarinya. Aku mula mengaitkan nickname “Haq Kim” dengan Hakimie, setelah benar-benar yakin itu memang mamat tiga suku tu, barulah aku membalas tegurannya.
            “Hoi.. hoi tak ada bahasa lagi indah ke?” perliku.
            “Hoi adalah bahasa paling indah yang aku pernah tau..” balasnya.
            “Sengal..”
            “Mak aku cakap kalau sengal-sengal badan gunalah yoko-yoko, ia melegakan dengan cepat..”
            “Kau ni memang tiga suku kan?” soalku sengaja mengusik. Gurauannya berjaya membuatkan aku tergelak.
            “Aku memang suka makan telur tiga suku.. mana kau tau? Mak aku bagitau kau ye?” Balasnya lagi.        
            Wahh.. pandai pulak dia berloyar buruk dengan aku malam-malam ni, kalau jumpa depan-depan bukan main skema lagi.
            “Malas aku nak cakap dengan kau.” balasku
            Kau tak sedar ke yang kau memang malas nak bercakap dengan aku, sebab tu la sekarang aku chatting dengan kau. Kita menaip!”



p/s : another one of my fav cerpen. Dedicated to Emma and Tinie. Peace! ;D coming soon in Kisah Hati :Antologi cerpen miaKaftiya
            



0 ceritaMia's lovers: