http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Wednesday, July 4, 2012

Kisah Hati : 1. Imaginasi Cinta




bersempena dengan penyediaan buku KISAH HATI : ANTOLOGI CERPEN MIA KAFTIYA, aku akan masukkan detail isi cerpen dalam buku itu dalam blog. Sekadar untuk berkongsi dengan korang, sebab kebanyakan cerpen-cerpen ni aku dah tulis lama dulu, mungkin ada yang pernah baca tapi dah lupa, mungkin ada juga yang langsung tak pernah perasan tentang cerpen-cerpen aku yang dulu. Jadi, sebab sekarang aku tengah edit cerpen ni, maka cerpen inilah yang akan aku kenalkan dulu. huhu...






Mengisahkan seorang gadis yang ada bakat menulis tapi mempunyai tahap keyakinan yang sangat rendah. Baginya apa yang ditulis bukanlah untuk di baca oleh sesiapa sebaliknya dia menulis sekadar untuk mengeluarkan segala idea-idea yang berterbangan di dalam kepalanya.

semasa di kem penulisan, dia bertemu dengan Ilham, juga seorang bakal penulis yang mengagumi bakat yang ada pada Zameera. Tapi perwatakan Zameera yang tak pandai bergaul membuatkan mereka sering bertingkah. Ilham dengan niat ingin berkawan manakala Zameera dengan tafsiran bahawa Ilham sekadar ingin mengganggunya. 

Ilham dengan penulisannya yang berkonsepkan imaginasi, manakala Zameera dengan genre cinta, apabila perbezaan itu disatukan, apakah jadinya?


Excerpt,

Aku baru mencapai dulang dan ingin melangkah ke menu bufet yang terhidang untuk makan petang bila Ilham tiba-tiba muncul di sebelahku.
            “Hey, aku teringin nak baca cerita kau tentang cinta bas?..” katanya terfikir tajuk penuh cerita aku tu.
            Lepas Adda dia pula mengatakan perkara yang sama. Aku diam buat tak tahu.
            “Pasti best kan? Seorang lelaki bertemu dengan seorang perempuan di dalam bas, dan akhirnya bercinta. Wow! Macammana kau boleh fikirkan idea tu?”
            “Tak ada apa yang menarik pun tentang cerita tu. Sama saja macam kisah cinta yang lain.” jawabku malas sambil mencapai kuih karipap
            “Tak menarik? Kau tau tak berapa ramai yang kata 'wow' masa kau cerita tentang cerpen kau tu. Bagi mereka itu hebat!.” Balas Ilham dan turut sama mencapai seketul kuih karipap itu dan seketul roti sardin.
            “Hebat? Tak lah, bagi aku itu memalukan” Aku mencapai sekeping roti bakar dan terus berlalu ke tempat air.
            “Aku tak faham kenapa kau rasa karya kau sendiri memalukan. Biasanya setiap penulis akan menganggap hasil penulisan mereka adalah yang terbaik.” kata Ilham sambil menyumbat roti sardin ke mulutnya. Tak sopan betul, makan sambil berjalan!.
            “Macam kau?” Perliku dan terus ke meja makan.
            “Macam aku? Err.. mungkin!” Ilham terus mengekoriku dan duduk di kerusi berhadapan denganku.
            “Aku tak nak jadi macam 'orang lain' atau macam kau.”
            “Kau ni pelik betul, kalau kau nak tau aku dah cuba macam-macam cara hanya untuk dapatkan feel menulis cerita cinta seperti.... kau.”
            “Feel? Aku menulis tanpa ada feeling terhadap cerita aku. Aku cuma tulis apa yang terlintas di fikiran.”
            “Sekarang aku nak cakap wow..wow..wow... kau hebat!” kata Ilham sambil memandangku tak berkelip. Begitu taksub.
            “Aku tak faham apa yang membuatkan kau mengulang perkataan 'wow' itu.”
            “Zameera Zainuri. aku tahu yang kau akan jadi penulis yang hebat!.”
            “What? Hah.. whatever!” Kalau kata-kata Ilham itu adalah satu pujian, sayangnya aku tak pandai dan tak mudah menerima pujian.
            “Yes it is!.”
            “Daripada kita bercakap soal aku, apa kata kita bercakap tentang kau. Hah.. rasanya kau tak pernah pun ceritakan tentang 'cerita' kau kan?.” Aku mengubah topik perbualan dengan bercakap tentang Ilham dan hasil penulisannya pula.
            “Err.. tak ada yang menarik pun tentang cerita aku. Lebih baik bercakap tentang 'cerita' kau.” Ilham cuba mengelak.
            “Tak, kau.. “ kata aku tegas.
            “Well aku bukan macam kau, menulis daripada yang ada disekeliling kau, aku tulis berdasarkan imaginasi aku.”
            “Imaginasi?” Mata aku bersinar-sinar. Sepenuh tumpuan aku berikan pada lelaki di hadapanku ini yang nampak teragak-agak untuk menceritakan tentang 'cerita'nya.
            “Ya.. kisah pembunuhan, harta karun, makhluk asing dan penaklukan bumi, ada hidupan di pluto.. “
            “Wow”
            Bicara ilham terhenti apabila dia mendengar perkataan yang keluar dari mulutku.
            “Apa kau cakap tadi?” Soalnya, pelik.
            “Aku kata 'wow'”
            “Kau perli aku?”
            “Mungkin kau perlu belajar cara untuk terima pujian orang lain.” Aku memerlinya dengan perkataan yang pernah dikatakan kepada aku sebelum ini.    


Nota : cerita ini aku tulis pada tahun 2010 dan diinspirasikan dari sebuah filem inggeris, tajuknya Camp Rock. Pergi youtube sekarang kalau nak tau cerita tu berkisarkan tentang apa!. Ho ho..


            

0 ceritaMia's lovers: