http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Thursday, July 19, 2012

Kisah Hati : 5. Dia yang aku tunggu



“Merah muka.. kau suka kat dia kan..” soal Anis masih ingin mengusikku.
            Dah tau lagi mau tanya. Aku diam seribu bahasa, malas nak menjawab soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

            “Nama dia Iqram, dia sebaya kita tau, tapi dia tu pendiam sikit, suka lepak sorang-sorang. Aku jarang sembang dengan dia sebab dia tak suka bercakap. Tapi kan, kadang-kadang dia tu pemalu juga tau. Sebab tu aku suka menyakat dia. Tadi tu aku saja nak sakat kau.. jangan risau aku takkan bagitau dia lah, tapi aku saja nak bagi dia tengok kau tadi. Ye lah, mana tau tiba-tiba dia terjumpa kau kat mana-mana nanti dia tau la kau tu kawan aku. Kan?” Tiba-tiba saja Anis menceritakan pada aku semua tentang Iqram. 
            Aku diam tidak memberi sebarang reaksi, tapi sebenarnya dalam hati aku dah kembang mekar bunga di taman. Dah rasa macam tak nak balik rumah pun ada. 
            “Eh.. kau lepak la kat sini, jangan balik dulu tau, aku nak pergi bagi bunga telor jap.” kata Anis sebelum dia terus menghilang di dalam kanopi.
            Aku terkulat-kulat sendirian di situ, entah kenapa tiba-tiba rasa segan pulak berdiri sorang-sorang sedangkan aku berada di kawasan kampungku sendiri. Aahh.. buat bodo je la.
            Aku lihat Iqram sudah habis makan dan dia bangun menuju ke arahku. Aku dah jadi tak tentu arah. Mana la tau dia nak tanya apa-apa ke pasal Anis tadi. Aduuhhh.. nak lari ke nak atau nak berdiri je kat sini?. Hati aku berbelah-bahagi. Tapi tiba-tiba aku lihat Iqram menunduk dan dihadapannya ada bekas untuk basuh tangan.
            Oohh dia nak basuh tangan rupanya. Kebetulan bekas untuk basuh tangan itu diletakkan tak jauh dari aku. Hati aku kembali tenang. Aku memandang ke kiri dan ke kanan, pura-pura seolah-olah kehadiran Iqram di hadapanku tidak membawa sebarang erti. Padahal dalam hati meronta-ronta nak usha dia.
            Dari sisi mata aku nampak Iqram sedang mengambil tisu yang disangkutkaan dalam plastik di tiang kanopi. Walaupun melihat dari sisi mata tapi mataku tetap tertangkap dengan Iqram bila mata bulatnya juga memandang ke arahku. Terus aku memusingkan kepala. Memandang keadaan di belakang tempat aku berdiri. Konon-konon ada orang panggil, padahal nak sorok muka malu. 
            Aku kembali memandang ke hadapan bila sudah yakin yang Iqram tidak berdiri di situ lagi. Memang betul. Dia tiada di hadapanku. Tapi.. dia tiada di mana-mana. Puas mata aku mencari lelaki yang memakai kemeja kotak-kotak. Tak jumpa. 
            “Eeheemmm..ehem..” aku terdengar suara lelaki berdehem di sebelahku. Spontan aku memandang. Errkk.. dia ada kat sebelah aku rupanya. Sedang mengurut tekak sambil membetulkan suara.
            Chill Nabila.. chill,” kataku kepada diri sendiri dan cuba berlagak biasa.
            Mengetahui yang dia berada dekat denganku sudah cukup untuk membuat hati aku berasa tenang. Tak perlu tercari-cari dia lagi.
            

2 ceritaMia's lovers:

MiMi said...

dalam kisah hati ade bape smua kak mia? heheh..

mia kaftiya said...

ada enam! ;D