http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Thursday, July 19, 2012

Kisah Hati : 6. Biola (last)


Aku dan Lily serentak menoleh ke belakang, melihat budak lelaki yang sedang ketawa itu  berlari-lari sambil memandang ke belakang dan mentertawakan seseorang.
                "Ouch!" Jerit Lily
                Seseorang merempuh kami dan serentak itu pegangan tangan Lily di lenganku terlepas.
                "Arrgghh.. the bad boy!" Keluh Lily dengan dengusan kasar seperti dia redha saja jika lelaki itu yang melanggar mereka.
                "The... what?" Soalku, kerana aku kurang mendengar dengan jelas apa yang Lily katakan tadi.
                "The. Bad. Boy." Ulang Lily.
                "Siapa?" Soalku kembali. Maksud aku "siapa" itu adalah siapa peribadi sebenar bad boy itu?
                "Tadi. Yang langgar kita lepas tu tak reti nak mintak maaf, jauh sekali nak pandang belakang balik dan angkat tangan atau lambai sedikit pun sebagai tanda maaf."
                "Ya.. tapi kenapa panggil dia dengan gelaran itu?" Soalku.
                "Sebab dia memang bad boy! Sejak dari hari pendaftaran lagi, dia dah jadi popular hanya kerana dia tak mahu gunting rambut dia yang panjang macam... pernah tengok drama Asmara?" Soal Lily, tiba-tiba tukar topik.
                "Kadang-kadang." Balasku.
                "Hah... rambut dia dulu macam rambut Shahz jeszle dalam Asmara itulah, cumanya rambut dia taklah smart bergaya siap curly macam Asmara tu, tapi panjang rambut dia hampir macam tu, lepas tu dia buat hal tak nak potong sebab katanya dia simpan rambut tu bertahun-tahun. Cuba bagitau saya, patut ke tak patut apa yang dia buat tu?" Soal Lily dengan muka tak puas hatinya.
                Aku menggeleng.
                "Kannn.."
                "Tapi tak silap tadi, rambut dia bukan pendek ke?" Soalku, ragu-ragu.
                "At last! Bila tuan pengarah sendiri datang kelas siap bawak gunting.. mana dia nak lari. Itupun, jangan tak tau pulak yang sampai dua tiga orang kena pegang tangan dia sepanjang proses gunting rambut dilakukan. Bukan bad boy ke kalau dah sampai macam tu teruk punya perangai?" Soal Lily mengharapkan pendapat dariku.
                "Oh.. memang.. Bad. Boy."
*****
Tapi satu perkara yang aku tak jangkakan terjadi adalah apabila lelaki yang digelar bad boy itu tiba-tiba saja muncul di hadapanku dan memandang ke mukaku, lama. Dia bukan saja memandang ke mukaku tanpa sebab, tapi dia juga sedang menghalang laluanku, sedangkan sekarang aku sebenarnya ingin ke tandas.  Dan sekarang juga aku masih ada kelas Fizik, jadi aku tak boleh sewenang-wenangnya membuang masa di tengah-tengah laluan ini bersama-sama dengan bad boy ini yang dari tadi langsung tak bersuara!
                Aku berkalih ke tepi dan melangkah ke tempat yang sepatutnya aku ingin tuju. Tapi tiba-tiba lelaki ini memanggilku..
                "Weiii.. "
                Aku menoleh. Tapi dia cuma garu kepala. Aku kembali menyambung langkahku bila melihat yang dia seperti tidak ada apa-apa yang ingin dikatakan. Lagipun aku dah nak terkucil benar ni!
                "Weii.. weii.. tunggulah!" Panggil lelaki ini lagi. Baru sekarang aku sedar yang selama ini aku cuma memanggilnya badboy sehinggakan aku tak tahu apa nama sebenarnya.
                "Apa dia? Nak cakap cepatlah, aku nak pergi tandas ni." Rungutku.
                "Oh. Pipi kau dah ok ke?" Soalnya.
                Aku raba pipi aku sendiri. Tempat dimana ia dihentam dengan bola sepak.
                "Dah.. oklah sikit." Jawabku sekalipun aku agak pelik kenapa dia mesti bertanyakan soalan itu kepadaku?
                "Oh, ok.." Balasnya dan dia terus berpaling dan pergi. Macam tu je?
                Mengingatkan ada hajat yang harus aku selesaikan, maka aku terus ke tandas tanpa sempat memikirkan tentang lelaki itu lagi.





p/s : Still, my own favourite.  I love the way i write this story, and ya.. still the goods comes from Allah. Hope you'll like it too! ;D



0 ceritaMia's lovers: