http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Tuesday, January 21, 2014

#Cerpen #teaser #sinopsis - SOULMATE


Lelaki itu tidak percaya pada cinta dan perhubungan. Mana  ada hubungan yang akan berkekalan selama-lamanya. Mana ada lelaki yang akan tahan dan faham dengan kerenah wanita, malah sebaliknya. Ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia di usia muda. Sepanjang kehidupannya, dia Cuma melihat pertengkaran ibu dan ayahnya untuk hal-hal yang kecil. Baginya hanya lelaki yang faham fikiran lelaki. Dia juga melihat kakak dan abang iparnya, doanya pula agar dia mereka bertahan sekurang-kurangnya sehingga anak-anak buahnya sudah dewasa.
                Bagi Lily, cinta dan kasih sayang itu sentiasa wujud. Wujudnya dia di dunia ini pun atas limpah kurnia dan kasih sayang Allah terhadapnya yang telah memilih dia dari berjuta-juta sperma lain sebelum pensenyawaan dengan ovum di dalam rahim ibu. Melihat ibu dan ayahnya yang selalu berkasih sayang membuatkan Lily tak sabar-sabar untuk mempunyai seorang soulmate.
                Ya, dia ada Farhan, tapi akhirnya Farhan tinggalkan dia. Kemudian dia jumpa Afiq, seorang lelaki yang tidak percaya pada kasih sayang dan perhubungan. Bagaimanakah perbezaan pandangan mereka itu mampu menemukan mereka dengan soulmate masing-masing?
               


EXCERPT


 “Sorry, sorry mana saya tahu. Berbalik pada cerita awak, itu kenangan terakhir sebelum… dia pergi mana?”
                Lily menunduk. Berat untuk dia tuturkan. Malu pun ya.
                “Sebelum dia tinggalkan saya untuk perempuan lain.” Lirih Lily berkata.
                “Oh” itu yang terluah di mulut Afiq tapi apa yang terkandung dalam hatinya, ‘Clich√©. Tinggalkan  kekasih yang ada untuk orang yang baru, yang kononnya lebih baik. And the formula goes on and on.’
                “Dia dah tinggalkan awak dan berseronok dengan kekasih baru dia tapi awak duduk seorang diri di taman sambil membaca nota pada kad terakhir yang dia bagi sambil mengenang masa silam korang. Is that fair?” soal Afiq. Sinis sekali.
                “Saya faham kalau kami mungkin tidak berjodoh, tapi saya perlukan masa untuk lepaskan dia pergi dari hidup saya.”
                “Tak. Salah tu. Dari saat dia buang awak dari hidup dia, waktu itu awak dah perlu move on dan lepaskan dia pergi.”
               

*** 

“Kenapa tidak?” Tapi Lily masih mahu tahu kenapa jawapan Afiq adalah tidak.
“Perhubungan itu adalah satu kerumitan. Saya tak faham macammana seorang lelaki dan perempuan boleh hidup bersama dengan harmoni.” Jawab Afiq berdasarkan pengalaman hidupnya.
                “Dengan kasih sayang.” Dan dibalas pula oleh Lily berdasarkan pemerhatiannya.
                “Tak semudah itu. Mak ayah saya sendiri bercerai seleps 30 tahun hidup bersama. Kakak saya yang keras kepala dengan suaminya yang kepala angin tu saya tak tahulah berapa lama mereka akan bertahan.”
                “Habis tu awak tak nak kahwin ke?”
                “Nak kahwin dengan siapa? Ada ke orang yang boleh tahan dengan perangai saya?”
                “Mungkin ada.” Lily terfikir yang mungkin perempuan tadi akan jadi calon yang sesuai
                “Saya lebih rela tak kahwin kalau perhubungan itu melemaskan.”
                “Habis tu awak tak pernah bercinta?”
                “Saya tak suka terikat.”
                “Habis perempuan yang saya nampak tadi?”
                “Dia salah satu contoh yang buat saya rasa perhubungan itu melemaskan.”
                

0 ceritaMia's lovers: